BTC USD 84,793.0 Gold USD 4,170.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

aku tak tau bile aku bersedia utk couple...
sbb aku takde lg prasaan utk laki...
aku susah sgt nak fall in luv...
n aku gak takut kalo nanti dah takde owang nak kat aku... :((
sbb aku skang asyik reject je laki

napa asyik reject jer?
diorg x ensem ke?
klu abg mcm kat avatar tu reject x?:)) :))
 
:-? :-? jgn camni....lelaki skrg makin kurang...kan andartu ko nanti

ishhh...
jgn ckp camtu...
walaupon aku susah nak couple wat mase ni...
tp atiku tetap spt insan lain...
n atiku tetap mempunyai keinginan utk berkahwin n bahagia
(jiwang ckit) :D
 
ishhh...
jgn ckp camtu...
walaupon aku susah nak couple wat mase ni...
tp atiku tetap spt insan lain...
n atiku tetap mempunyai keinginan utk berkahwin n bahagia
(jiwang ckit) :D

:)) :)) :)) :)) :)) :))
klu mcm tu ko bagi je hati ko kt aku...
pasti bahgia selalu..:)) :)) :))
 
Sekadar Memori...

Kisah 5.9

Diam tak diam hampir setahun aku menjalinkan hubungan dengan 3 orang awek sekaligus. Dalam masa setahun itu juga aku terpaksa cover line supaya tidak terkantoi.. Sebulan 2-3 kali aku akan bertemu dengan FF manakala dengan C aku tetap setia melayani SMS dan surat-surat cintanya yg panjang berjela. R pulak sering mengadu aku terlalu jarang menghubunginya. Kalau ada pun sebulan cuma 2-3 kali. So alasan aku hanyalah sibuk dengan kerja pastu malam penat dan selalu tertidur awal... Tapi setiap kali aku balik bercuti ke kampung aku akan bertemu R untuk melepaskan rindu.. Walau apa pun memang ini pilihan aku so aku kena berani hadapi dan mengharunginya dengan cara yg paling bijaksana... (Ayat cover line dari buaya takde ekor).

Dugaan dalam mengharungi percintaan dengan 3 orang sekaligus memang banyak dan memenatkan.. Tapi kali ni berlaku lagi dugaan yg aku sendiri pun tak mampu untuk menolaknya..Sekali lagi melalui ruangan sembang Mirc aku diperkenalkan pulak dengan J, sama negeri kelahiranku dan bekas seorang student UUM yang tengah kerja part time kat Shah Alam. SO seperti biasa ler aku tetap berkawan walau dengan sejuta perempuan sekalipun kerana aku patuh dengan kata-kata orang tua yg begitu kuat tersemat menjadi peganganku. "Berkawan biar seribu, bercinta biar lima". Eh betul ker kata-kata tu?? dari bertukar-tukar alamat email, kemudian bertukar-tukar nombor telefon. Pastu dah tukar ajer aku seperti biasa la menjalankan kewajipanku untuk berbalas email dan berbalas SMS. Lama-lama dah jadi makin mesra dan makin dekat. Dah mula berbunga-bunga rasa sayang dan dah mula memanggil dengan panggilan manja. Hinggakan aku dah memasang hajat untuk berjumpa dengan J suatu hari nanti. Apa aku ni dah gila ker? Dah kemaruk sangat sampai nk pasang ramai-ramai ni? Sukar aku nk jawab soalan camtu sebab aku tak mampu untuk menolak cinta pada masa itu...

Pucuk dicita ulam pegaga yang mendatang. Dah peluang depan mata cicah ajer dengan sambal belacan atau budu sehingga menjilat jari kaki kucing siam Mak Teh. (Eh melalut sakan dah ni) Kebetulan plak aku ada seorang member baik yg aku kenal masa tgh study dulu yg kerja kat Shah Alam. Tanpa rasa malu dan segan aku dah janji dengan member aku nk pi jalan-jalan kat tempat dia sambil berjumpa ehem-ehem bila ada cuti nanti.. So terlakarlah sekali lagi 'Blind Date' aku untuk kesekian kalinya. Tak sabar dah ni nak berjumpa dengan J sampaikan awek-awek ku yang bertiga tu dah macam terabai sedikit. (Sikit jer tau sebab aku ni tetap setia dengan diaorang).

Selang dua-tiga hari kemudian, tiba-tiba pulak aku menerima email dari SZ (Gadis berbibir cantik yang aku minat masa tgh study kat UPM dulu) Dalam email tu dia bagitau yang dia tengah sambung Master kat UPM. Huish dasyat gak SZ ni. Biasalah kalau dulu aku malu-malu so sekarang aku tak melepaskan peluang terus mintak nombor telefon dia yang terkini untuk aku hubungi. Seronok plak bila dah dapat nombor telefon dia yang merupakan cinta syok sendiri aku yg aku paling lama pendamkan hehehehe... Aku masih ada perasaan cinta ker kat dia? Korang rasa camna agaknya?? Confirm la beb!!! Malam tu aku terus hubungi SZ tanpa rasa segan silu pun. Hampir 3 jam jugak berborak kat dalam telefon. Maklumlah dah hampir 2 tahun masing-masing menyepi tanpa berita. Walau apa pun aku pernah cakap dengan dia yg aku dan dia tetap kawan baik walaupun dalam hati aku ingin luahkan yg aku sayangkan dia lebih dari seorang kawan... Memandangkan aku pun dah plan nak pi Shah Alam nanti, jadi aku pun memberi cadangan untuk kami bertemu. Aduhhhh dia setuju pulak... So apa lagi dapat gak aku jumpa J dan SZ bila cuti nanti.. Dah tak sabar dah ni.. Tapi apakan daya.... Cerita ini bersambung lagi dalam Kisah 5.10..

...Tetap bersambung...
 
Back
Top
Log in Register