Sekadar Memori...
Kisah 5.8
Banyak yang aku bualkan dengan FF di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi tanpa hala tuju. Pelukkannya juga semakin erat. Membuat jantungku berdegup kencang dan semakin tidak keruan..
"Kita nk ke mana sebenarnya ni?" Soalku yang makin keliru sebab aku pun bukan biasa sangat dengan tempat-tempat yang menarik di bandar S ni. "Kita ke taman rekreasi kolam air panas ajerla bang. Abang teruskan ajer bawak motor nanti saya tunjukkan arah jalan" jawab FF yg masih memelukku dengan erat.
Hampir 45 minit juga perjalan kami sampai ke destinasi tujuan. Kelihatan ramai juga orang yang mengambil peluang untuk berehat-rehat di hujung minggu. Ada yang datang berkeluarga, malah ramai jugak ku lihat pasangan-pasangan yang bermacam-ragam gaya. Ada yang tak tahu malu sambil berpelukan. Ada yang berpegangan tangan. Pendek kata macam dalam filem hindustan plak. "Eleh aku pun apa kurangnya tadi naik motor berpelukan" tempelak hatiku yang begitu kurang ajar menyindir diri sendiri.
Tanpa berlengah dia erat merangkul lenganku. (Kan betul tadi dalam hati bukan main kutuk pasangan lain tak tau malu tapi diri sendiri pun buat gak kan? Isyk tapi bukan aku yang mintak dia rangkul, dia sendiri yg nak rangkul lenganku dan aku ni selemah insan yang imannya hanya senipis kulit bawang tak mampu menolak. Huhuhuhuhu) Kami menuju ke kolam air panas menjadi pemerhati orang yang sedang mandi atau dalam bahasa dalamnya sambil mencuci mata tengok orang mandi hehehehe... Setelah penat kami duduk dibangku yang masih kosong. Hampir 2 jam kami bersembang-sembang sambil kadang-kadang lengan aku menjadi mangsa cubitan FF sekiranya aku terbuat lawak atau mengusiknya. Nasib la tengah bercinta, buatnya kalau orang lain lebih-lebih lagi lelaki yang cubit macam tu mahunya aku tembak dengan pistol air hehehehe...
Masa berlalu begitu pantas. FF mengajak aku pulang setelah genap 2 jam kami berdating. Dalam hati aku meluahkan rasa tak puas hati gak sebab dapat dating 2 jam, padahal perjalanan aku pergi dan balik dari tempat aku ke bandar S mengambil masa 5 jam. Tapi apakan daya, aku kena terima sebab itu dah perjanjian aku dengan dia. Nanti tak pasal-pasal dia pulak kena marah dengan abahnya yang garang. Selepas menghantar dia ke tempat aku menjemputnya sebentar tadi tak puas-puas dia pegang dan salam sambil cium tangan aku. Tak sanggup nak berpisah dengan aku katanya lagi. Selang 15 minit aku lihat motorsikal yang ditunggangi adiknya pun sampai. Masa untuk berpisah. Dia pun menuju ke arah motorsikal itu lalu memboncengnya. Mataku tak berkelip-kelip mengekori pergerakkannya... Kemudian dia pun melambai-lambai tanda berakhirnya pertemuan kami untuk hari itu....
Dengan malas-malas dan perlahan-lahan aku mula menghidupkan enjin motorsikalku. Walaupun berat untuk ku tinggalkan bandar S tetapi aku harus berangkat balik.. Kenangan temu janji dengan FF tetap manis dan segar. So agaknya ke manakah hala tuju perhubungan aku dengan C, FF dan terkini R? Akan adakah kisah cinta yang lain selain dari mereka selepas ini?? Tungguuuuuuu dalam episod 5.9
...Kembali bersambung...