BTC USD 84,613.9 Gold USD 4,176.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

Sekadar Memori...

Kisah 5.7

Dah lama bercuti nk mulakan kembali kerja pun dh mcm tak berapa nak rajin. Tapi memandangkan kerja aku ni penting demi kemajuan anak bangsa dan negara untuk membentuk generasi yg mampu membina dan menjaga negara Malaysia yang tercinta ini.. Cewaahhh semangat tu beb!! Lagipun segala stress kerja dah berjaya dilupakan sekejap dengan percutian bersama diri sendiri dan R hari tu.. Kerja tetap kerja, life pun kena jaga. Memang perhubungan aku dengan C masih berjalan lancar walaupun hanya berhubungan melalui SMS dan panggilan sesekali sebab aku bagi alasan nk berjimat takut lagi kena bayar bil sampai RM1000 sebulan.. Dalam masa yang sama juga hubungan aku dengan FF tetap berjalan lancar malahan hujung minggu ni FF suruh aku datang ke tempatnya untuk berdatingan.. Camna pulak dengan R? Jangan marah erk sebab aku dengan R pun sudah mula menyemai putik-putik cinta.. Parah la camni.. Akukah buaya? Beliau itukah aku? Ohh yaaaa... memang tak syak lagi aku ler tu..

Mungkin ramai wanita yg marah-marah kalau baca kisah aku ni.. Tapi entahlah mungkin masa tu aku dalam "pencarian".. Iaitu mencari dan terus mencari yg terbaik dalam hidup aku.. Lantak ler korang nk cakap apa tapi yg penting aku bercinta utk mencari seorang bakal isteri yg mampu menjaga dan menyenangkan hidupku untuk selamanya selagi badan dikandung hayat..

Berbalik semula dengan kisah aku.. Memang aku sayangkan C.. Dia yg pertama hadir ketika aku baru mengenak erti cinta. Walaupun tidak pernah bersua muka tapi hatiku terlalu menyayanginya. FF plak hadir dalam hidupku kerana aku ingin melupakan sejenak kerinduanku terhadap C. Tapi R? Apa plak alasanku? Kejap yer aku nak pikir.. Ermm apa erk? Oh ya R hadir sebab aku perlukan seorang teman ketika bercuti ke kampung halamanku.. So, salah ker aku? Lagipun jiwa lelaki yg menyayangi wanita seperti ku ini sangat halus.. Aku tidak sampai hati nak menolak luahan cinta mereka. Walaupun aku ni tidak ada paras rupa yg menarik tetapi mungkin dengan cara aku berkata-kata dan layanan yg baik serta kelawakkan aku buat mereka sukakan aku. (Maaf ni dah masuk bab memerasankan diri sejenak).

Hari minggu tu tanpa meluangkan masa sedikit pun pagi-pagi lagi dalam pukul 7 aku dan start enjin motorsikal. Housemate aku mcm kepelikkan tgk aku yg tak pernah keluar pepagi buta camni. Tapi lantaklah demi datingku dengan FF aku terpaksa bertolak awal. Dari tempat aku nk ke rumah FF ambik masa 2 jam setengah kalau naik motorsikal. Demi cinta, redah ajerlah... Tepat jam 9.30 aku sampai ke bandar S. Sampai jer aku terus menghubungi FF dan dia suruh aku tunggu di Stesen Petronas tempat pertemuan pertama kami dahulu... Kira-kira 10 minit menanti kelibat FF yg membonceng motor yg ditunggang seorang budak lelaki dalam usia belasan tahun. Sesudah FF turun dari motorsikal itu secepat kuda budak itu terus memecut motorsikalnya ke arah yang aku sendiri pun tak pasti.. "Ahh biar lantaklah dia bebudak sekarang memang suka naik motor mcm pelesit" ulasku sendiri dalam hati.

"Dah lama ke abang sampai?" Pertanyaan itu yg terpacul dari mulut FF. "Lama tu tak lama la tapi kalau hisap rokok dah abis sebatang" jawabku spontan. "So kita nk ke mana ni? Tanyaku lagi.
"Mana-mana ajerlah tapi jangan jauh-jauh sangat sebab saya tak boleh keluar lama-lama sangat takut nanti abah marah". Tanpa banyak soal aku pun terus hidupkan enjin motorsikal, lalu FF pun naik lantas terus memeluk pinggangku. Isyk nampaknya aku dah melanggar prinsip hidup aku sekali lagi. Sebelum ni mana pernah aku membenarkan diri aku sendiri membonceng motorsikal dengan seorang perempuan? Siap peluk lagi tu... Kan dah tak pasal-pasal dadaku berdebar-debar di atas sebab-sebab yg aku rasa orang lelaki lain pun boleh paham...Isyk-isyk mati la kalau mak bapak aku tau..

So kemanakah agaknya aku bawak FF pergi?? Kalau korang nk tau boleh ikuti lagi kisahku dalam episod yg akan datang..

...Bersambung ajer....
 
isyk lama betul si nemo ni nk update kan kisah dia.. cepat ler woii penat dh tunggu ni hehehehe..
 
ade lak kisah cinta c azmi ni..
tak sabo nak tau citer seterusnye..
sape laa yg menjadi pilihan..
 
ade lak kisah cinta c azmi ni..
tak sabo nak tau citer seterusnye..
sape laa yg menjadi pilihan..

itulah sebenarnya kisah aku ni pjg lagi.. cuma sebab nk mengarang tu perlukans edikit masa.. so just tunggu ajerlah selagi aku ada kemampuan utk mengarang...
 
mcm nak join la nak mengarang
kisah cinta nih..
 
Lorrr.... to be continued lagi kisah si Azmimazda nih. Tapi kan Azmi, aku rase ko memang dah nak masuk perangai al-buaya la...aku wonder...kalau la pompuan2 tu tahu, kes naya nyyyhhhh...hahhahaha :eek:

p/s: jangan marah aaaaa...hahahaha :))
 
Back
Top
Log in Register