BTC USD 84,710.3 Gold USD 4,178.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

:eek: :eek: :eek:
aku pn xmo la
baby tu ganazzz sgt:p
kang die belasah aku plak:))
pastu plak kang duzzz cop aku nusyuz buat kali ke-18:eek: :eek: :eek:

fuh..#:-S seb bek ko ckp tanak.. kalo tak, mo 'menangis' baby 'belasah' aku nanti.. hikhik:)) :p
 
Lorrrr...bersambung lagi ke kisah cinta Azmimazda nihhh...alalalalaaaaa ~X(
Ramainya ko pasang awekssss nih Azmimazda. Dalam pemalu2 ko pun, ramai gak awek yang ko dah jumpa...hehehe :D
 
Lorrrr...bersambung lagi ke kisah cinta Azmimazda nihhh...alalalalaaaaa ~X(
Ramainya ko pasang awekssss nih Azmimazda. Dalam pemalu2 ko pun, ramai gak awek yang ko dah jumpa...hehehe :D

itulah masa merubah manusia dr seorang yg pemalu jadi seorang yg x tau malu hehehe...
 
itulah masa merubah manusia dr seorang yg pemalu jadi seorang yg x tau malu hehehe...

Camtu ke? :-?
Kalau camtu, cepat la ko sambung cite ko nih. Tak sabar nak tahu hepi ending ko cemana...kah kah kah
 
Camtu ke? :-?
Kalau camtu, cepat la ko sambung cite ko nih. Tak sabar nak tahu hepi ending ko cemana...kah kah kah

rilek2.. pelan2 kayuh.. jap lg aku mengarang lg kisah cinta aku ni..:)cgrock
 
Sekadar Memori...

Kisah 5.6

Hari terakhir bercuti di kampung sempat lagi aku melakar temujanji kedua dengan R. Kali ni kitaorang berdatingan di tepi pantai yang indah.. Seronok jugak sambil dihembus bayu bantai sambil berbual-bual tentang hidup dan cerita tentang diri masing-masing. Dalam rancak bersembang itu kami kemudian tiba-tiba terdiam seperti kehabisan idea... Seperti segalanya telah habis dibicarakan dalam masa 2 jam pertemuan itu.. Dalam keasyikan mendengar ombak yg membelai pantai itu, (ceh sejak bila aku pandai buat ayat-ayat puitis mcm sasaterawan negara ni)tiba-tiba terpacul dari mulut aku ni satu pertanyaan.

"Awak memang belum berpunya lagi ker?" Tanyaku sekadar memulakan kembali bicara yang tiba-tiba terhenti sebentar tadi.
"Sebenarnya saya sudah lama tidak bercinta. Hampir 3 tahun." jawapan itu keluar dari ulas bibirnya."
"Kenapa?" Tanyaku lagi.
"Entahlah. Mungkin sebab saya belum sedia dan belum jumpa orang yang betul-betul sesuai.." ujar R lagi sambil tersenyum.
"Awak rasa saya ni sesuai tak?" Tiba-tiba soalan maut itu terkeluar dari mulut aku. Isyk rasa macam nak lempang plak mulut sendiri yang gatal-gatal pi bertanya soalan camtu.
"Saya suka berkawan dengan awak sebab saya rasa kita ni macam ada keserasian walau baru 2 kali berjumpa. Lagipun awak ni kelakar lah. That why saya seronok bila bersembang dengan awak ni. Ada jer lawak-lawak spontan awak tu yang buat saya gelihati." Itu dia ulasan yg panjang lebar terpacul dari mulut R. Aku yg melopong campur kembang-kencut lubang hidung yg serasanya mampu untuk memuatkan 8 ekor anak gajah sekaligus dek kerana terlalu seronok menerima pujian dari R. "Eh kelakar juga rupanya aku ni.." puji diriku sendiri tanpa rasa malu tahap tebuan tanah lagi terhadap diri sendiri di dalam hatiku sendiri. Nasib baik hati aku tak kantoikan dengan keluarkan balik apa yg aku katakan tadi kat mulut. Kalau tak dah tak pasal-pasal malu sendiri sebab masuk bakul angkat sendiri dengan kaki..

Hari beransur petang. Hampir 4 jam berbual perut pun dah mula menyanyikan lagu Untukmu Nasi.. Selesai lunch di medan selera yg berhampiran pantai itu kami pun masing-masing menuju ke destinasi masing-masing. Aku nk hantar dia balik tapi dia menolaknya sebab tak mahu menyusahkan aku. So aku pun terus balik ke rumah.

Esok pagi-pagi lagi kawan aku dah dtg menjemput aku untuk kembali semula ke JB setelah bercuti hampir seminggu. Kali ni dia kata tak ikut laluan bandar S sebab dia nk cuba laluan lain. Isyk dah melepas. Ingatkan aku nk jumpa dengan FF sekejap. Isyk dah makin complicated gak kisah aku ni. Mula-mula mcm fobia sgt dengan pompuan. Skrg dah mula berani menyimpan koleksi aweks. Macam mana agaknya perjalanan kisah aku dengan C, FF dan R selepas ini?? Adakah akan berterusan begini atau adakah bertambah lagi kisah lain? Sama-samalah menantikan sambungannya dalam episod 5.7 nanti..

...Bersambung ker??...
 
Back
Top
Log in Register