BTC USD 83,526.0 Gold USD 4,156.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

tak de apa yg menarik..dah citer sket2 kat pages dpn2 tu..
kitorang dulu cinta jarak jauh gak..cinta pertama lagi..
alhamdulillah bahagia sampai hari ni..:">


bila nak sambung citer lagi ni?

:p dah tawen ke ko? (nak selak2 page depan japs.. :"> )

urmm.. nnti laa haku sambung citer len lak.. :D
 
:p dah tawen ke ko? (nak selak2 page depan japs.. :"> )

urmm.. nnti laa haku sambung citer len lak.. :D

dah kawen pun..
anak pun dah umo 3 thn skang ni..
ni dlm proses nak tambah lg 1...:)) :)) :">
 
fusss adess. bznya aku x sempat nk selak thread CG ni huhuhuhu.. dah ler tgh injured kat betis kena takek masa main futsal ml td.. huwaaa pg td main kena lg.. isyk camna nk karang kisah cinta ni kaki sakit (ni modal nk melarikan diri kejap hehehe)
 
Sekadar Memori...

Kisah 5.5

Sepanjang seminggu di kampung aku merasa sunyi jugak sebab kebanyakkan kawan baik aku dh pi keje jauh. Cuma pengubat duka dapat berjumpa mak dan ayah serta adik beradik. Paling seronok melayan kerenah anak-anak buah aku yg ramai. Boleh dikatakan aku ni Pak sedara yg disayangi jugak.. Dalam melayani anak sedara pun, aku tetap setia melayan SMS C. Sebelah malamnya pula aku akan telefon FF. Tapi kat kampung ni aku takla bergayut lama-lama sebab segan dgn mak ayah aku.. Sambil-sambil tu aku tetap cover line supaya tak terkantoi. Nasib baik gak sebab masing-masing awek aku tu jauh so takde masalah sangat..

Seperti biasa walaupun berehat-rehat kat kampung aku masih meneruskan lagi hobi aku yg satu.. Apa lagi kalau bukan pi kafe siber pastu chatting kat Mirc.. Kali ni aku chatting sajer jer nk menghilangkan boring.. Tapikan aku ni memang teruk la jugak.. Dalam duk chatting 2-3 kali tu sempat lagi aku berkenalan dengan seorang awek yang aku panggil R. Dia tinggal sama negeri dengan aku. So dah dapat no telefon, mlm tu aku saja-saja try call.. Dah sembang panjang-panjang aku sajer ajak dia blind date.. Bukan apa, saje nak menghilangkan bosan. Dah awek tu sudi plak jumpa aku kat KFC. So salahkah aku?? "Apalah nk jadi dengan diriku ini" ujarku terhadap diriku sendiri.. Hehehehe.. Dah jadi pencinta wanita ker?? Eh tapi normal la lelaki cintakan wanita kan? Takkan la nk suruh kambing jantan pi cintakan wanita itu semua..

Kalau dulu setiap kali nak berjumpa perempuan aku mesti kecut perut tapi kali ni aku macam dah tak berapa cemas sangat. Kata orang Jawa, dah boleh control macho ler hehehe.. Ceh perasan macho konon!! So tepat seperti yg telah dijanjikan aku pi jumpa awek tu kt KFC. Dia pakai baju kurung biru dan aku pulak pakai baju biru dengan seluar jeans biru gelap. Sebagai seorang lelaki yg baru belajar nak memberanikan diri lantas aku tegur dia dulu, " awak ni R kan?" Dia mengangguk sambil aku pun terus memberitahu nama aku. Dalam keadaan masing-masing masih kekok dan malu-malu kami bersama-sama menuju ke arah kaunter untuk memesan makanan. Kemudian kami memilih untuk makan di meja yg agak strategik untuk berbual-bual tanpa ada gangguan.

Perbualan yg pada mulanya agak lembab kemudian bertukar menjadi rancak setelah masing-masing dapat membiasakan diri. Aku macam biasa ler dh mula buat lawak sampai kadang-kadang aku tgk dia tersipu-sipu malu sebab menahan gelak. Hampir 3 jam pertemuan itu, dia pun meminta izin untuk mengundur diri. Tapi yg pelik aku tak nampak plak dia berjalan sambil berundur. Tak kisah lah yg penting aku dah bertemu lagi seorang member chatting aku. Pastu awek tu pun boleh tahan gak sedap mata memandang. Adakah aku dilamun cinta lagi? Arghh gila lah aku kalau betul aku macam ni.. Tapi kenapa aku macam ni?? Why?? Dah macam makin mudah pulak untuk aku jatuh cinta macam meratah ayam goreng yg digoreng ranggup berempah perisa asli. Isyk apakah aku akan menambah koleksi aweks lagi untuk masa yg singkat sepanjang seminggu bercuti di kampung?? Jawapannya selepas disambung dalam kisah 5.6 yang akan datang di skrin anda tidak lama lagi...

....Lagi-lagi Bersambung Daaa.....
 
:p dah tawen ke ko? (nak selak2 page depan japs.. :"> )

urmm.. nnti laa haku sambung citer len lak.. :D

baby, laki aku blk kg ni
aku nk ngurat abg ko plak arrr:eek:
 
mau seminggu aku kena tido kat luar pintu nanti.. ish tak sanggop aku..#:-S

:eek: :eek: :eek:
aku pn xmo la
baby tu ganazzz sgt:p
kang die belasah aku plak:))
pastu plak kang duzzz cop aku nusyuz buat kali ke-18:eek: :eek: :eek:
 
Back
Top
Log in Register