BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

:)) :)) :))
kisah kitorg ni hakcipta terpelihara:p
aku kena mintak izin dr die dulu br bole citer:))
:eek: :eek: :eek:

erkk ada hakcipta rupanya.. meh jual kat brader usop dgn harga 1 sen 500 perenggan nak?? mihahahahaha:p
 
Kesinambungan cinta INICK leh diskodeng di bawah :-

PART 1 & PART 2

PART 3​


September 2007... Haku join porem CG neh... Tujuan utama join adalah utk melampiaskan hobiku.. iaitu berporem tanpa sempadan... :)paid

Leh dikatakan hampir 20+ porem haku join.. but hanya 3-4 porem je haku rajin mashuk.. ehhehe.. :">

Pembawakan diri haku yg agak brutal dan gediks.... ternyata menarik perhatian seorang lelaki yang merupakan suami owang.. (lelaki hampeh) Apakan daya.. hubungan kami hanya bertahan setakat seminggu je.. :eek: disebabkan keboyaan TERlampau beliau dan Kecemburuan haku kot.. :D Apapun.. haku masih menjadi rakannya setelah takder apa2 lam porem neh... :D

Setelah itu haku mula melakarkan hari2 ku dengan pelbagai aktiviti..di porem shinik ataupun porem CARI nu.... juga porem satu lagik.. >:)

Bagi haku... cinta cyber neh buang karan je.. ~X(

Ada juga yang rakan2 lelaki yang haku add lam YM je.. but... tak lebeh dari tue.. setakat YM.. sikapku yg agak kegila-gilaan itu tak sangka pula membuatkan lelaki shuker... err.. sebenarnya.. diorang shuker haku cakap blue je kot.. hikhikhihikhik... ;;)


Setelah merasa bosan... haku membawa diri..aktifkan diri dengan keja serta kat porem lain.. >:) Tiba-tiba.. pada 10 April 2007.. haku tergerak hati nak join CG semula.. sebenarnya saja nak skodeng.. ada perkembangan TERkini yang HANGAT daripada biasa ke? :o

Kelibat seorang lelaki yg agak menarik hati (lelaki pertama) :"> ... membuatkan nafsuku tercuit.. >:) Apapun... haku kan brutal dan pencinta lelaki.. so.. no hal laa nak menggediks pun... Dalam masa yang sama seorang lelaki yg agak gila-gilaan juga muncul (lelaki kedua)... :"> Kemunculan 2 insan ini.. memang membuatkan nafsu keboyaan haku bergelora... >:)>:)

Tup..TUp... Haku menerima 1 PM... Ya.. dari lelaki yg pertama itew.... #:-S

BERSAMBUNG.....


bkn aku eh baby,aku kn baik...:)) :))
 
Sekadar Memori...

Kisah 5.4

Saat hangat bercinta itu mmg manis.. Lebih manis kalau nk dibandingkan dengan secawan kopi yg tertuang selori gula.. Malah lebih manis dari madu yg meleleh dari sarang lebah terus jatuh dalam mulut.. Tapi saat bercinta alam siber yg berjauhan beribu juta batu jalan dan beribu juta molekul air laut China Selatan yg memisahkan aku dan C amat berat rasanya.. Selalu aku bertanya sampai bilakah aku mampu bertahan dengan keadaan begini? Mampu ke aku untuk setia seperti setianya aur dengan tebing? Atau setiakah aku seperti setianya Romeo dengan Julietnya ( tapi setahu aku matt romeo confirm tak setia kan?) Lantas persoalan itu akan dijawab oleh hati aku sendiri.. Memang aku pun tak pasti akan setia walaupun aku tau dia setia...

Keraguan hatiku sendiri akhirnya terjawab.. Memang aku tak setia.Aku telah curang dalam diam.. Dalam masa berhubungan dengan C aku masih melayan hobiku berchatting. Dalam ramai berchatting tu tetiba plak ada seorang awek yg ku panggil sebagai FF telah hadir untuk menjadi kenalanku.. Aku telah berikan no telefon ku kat dia.. Then dalam diam-diam (tapi masa aku borak dlm telefon dgn dia suasana takdelah diam sgt) FF sering menelefonku.. Suatu hari FF juga telah menghantar surat untukku yg di dalamnya bersertakan jugak sekeping foto dia.. Di dalam surat itu juga dia telah meluahkan isi hatinya.. Bahawa dia mula sayangkan aku sebab masa dalam telefon aku bagitau yg aku masih solo. Memang aku solo sebab belum kawin kan???

Walaupun aku dah mula ada awek baru tapi aku masih tetap tak berubah dan masih meneruskan hubungan aku dgn C seperti biasa. Seoalah-olah tiada apa yang berlaku.. Masih berjalan lancar mcm kereta Proton baru lepas servis dengan minyak enjin Petronas (aku tak tau tp iklan selalu ckp mcm tu hehehe). Setelah genap sebulan berhubungan dengan FF melalui surat dan panggilan telefon (sebab FF takde handphone) so kami telah mengukir janji dalam telefon untuk bertemu di satu bandar yg bernama bandar S. Tapi pertemuan itu pun hanya dirancangkan memandangkan aku akan balik bercuti ke tempat kelahiran dengan menumpang kereta kawan yg kebetulan nk balik ke kampung dia jugak. So kami bertemu di sebuah stesen minyak Petronas di bandar S.

Kali pertama memandangnya secara berdepan jantungku berdebar-debar seperti ingin terkeluar dari dadaku.. Hatiku berkata FF ni jauh lebih cute dari rupanya di dalam gambar. Malangnya kami tak sempat untuk berbual panjang dan melepaskan rindu kerana aku pun segan nak membiarkan kawan aku tu menunggu dalam kereta lama-lama. Dah ler perjalanan nk balik ke kampung tu masih jauh. SO pertemuan pertama aku dengan FF hanyalah selama 30 minit tapi cukup bermakna. Sebelum aku beredar, sekali lagi aku terkesima kerana tetiba dia tarik tangan aku dan bersalam dan terus mencium tanganku. Aku begitu terperanjat kerana seumur hidupku inilah kali pertama aku bersalaman dengan seorang perempuan yg bukan muhrimku... Mula aku berkata kat hatiku sendiri, "lepas ni balik rumah kena balut tangan ni dengan plastik sebab tak mau kesan salaman tadi hilang"...

8 jam menempuhi perjalanan yg pjg, memang memenatkan. Sampai kt rumah di kampung aku merasa seronok dan lega sedikit sebab dah agak lama tak bercuti.. Cuma dah mula timbul perasaan bersalah akus ebab aku dah berlaku curang.. Dalam masa yg sama aku ada 2 orang awek.. Isyk-isyk.. Buayakah aku? Akukah buaya? Atau buaya itu sememangnya seorang buaya??? Camna aku nak menyesuaikan diri dengan kehidupan baruku yg dah ada 2 org awek sekaligus walaupun seorang begitu jauh di mata??? Agak-agak apa yg berlaku selepas ini? Seperti biasa ler, bersambung lagi dalam episod 5.5..

...Sambung Daaaaa......
 
Insya-Allah ada la nnti yg bakal join jika berminat dgn penulisan..

bukan hanya utk penulisan sahaja malah apa jua karya kreatif anda..now kami telah improvekan lg dengan adanya section karya kreatif photography/sketch/designation/video etc. Penulis/pengkarya yang baru mula bertapak adalah dialu-alukan..sekian.
 
Aku begitu terperanjat kerana seumur hidupku inilah kali pertama aku bersalaman dengan seorang perempuan yg bukan muhrimku... Mula aku berkata kat hatiku sendiri, "lepas ni balik rumah kena balut tangan ni dengan plastik sebab tak mau kesan salaman tadi hilang"...


hahaha..nice story actually. Memang buat sendiri ke ni?
 
Aku begitu terperanjat kerana seumur hidupku inilah kali pertama aku bersalaman dengan seorang perempuan yg bukan muhrimku... Mula aku berkata kat hatiku sendiri, "lepas ni balik rumah kena balut tangan ni dengan plastik sebab tak mau kesan salaman tadi hilang"...


hahaha..nice story actually. Memang buat sendiri ke ni?

Yup memang karangan sendiri berdasarkan kisah benar diri sendiri yg telah diolah serba sedikit utk menjaga air muka penulis dan mereka yg terlibat secara langsung di dalam kisah ini...
 
Back
Top
Log in Register