BTC USD 84,504.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

ish ish ni yg rasa nk pakai kurung biru ni esok g keje ahahahaha
 
Itu lah 2 orang bekas awek aku masa aku muda-muda dulu....

Sekarang pun aku muda lagi. 27 Tahun he he he....
 
part 4 akan menyusul sebentar lagi
 
Nak pakai baju kurung biru : kena nyanyi lagu Raya.

Khairil Johari Johar- Sepasang kurung Biru.....
 
episod 4 -cinta di IPT

EPISOD 1
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1337046&postcount=336

EPISOD 2
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1340679&postcount=376

EPISOD 3

http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1341747&postcount=466

Meow.....kucing putih bertompok hitam menggesel geselkan badannya dikakiku. "Alahai manjanya, lapar ke," aku menegur kucing itu dengan harapan kucing itu faham akan maksudku. Keadaaan di cafe petang itu agak bingit. Maklumla ramai student beli makanan. Di sebalik riuh rendah itu, orang yang kunanti muncul. "Sory, lama ke tunggu. Ada hal ckit tadi." terang Mas dengan sedikit sengih. Inilah masalahnya tunggu perempuan nak nak setiap inci di tubuhnya berkeadaan sempurna. Apapun aku tak kisah akan semua itu, asalkan dia jujur dan menyayangi hubungan yang telah terbina selama ini.
"Hari ini, kita makan kat Kolej Tun fatimah lah pulak, kat sana tak try lagi,"
" Mas, ok jer," sambil tersenyum.
"Eh ni sup apa ni, kenapa rase tawar jer" aku seaakan pelik dgn rasa sup itu.
" NI sup cina, mmg baik untuk kesihatan, tryla.." mas cuba meyakinkan aku untuk meneruskan hidangan sup itu.

"Ari tu, ada orang nak berkenalan dengan Mas. Tapi Mas buat tak layan jer. Dia ada cakap mas tak sesuai kapel dgn awk, sebab dia lagi hensem."
"Hah, abis apa Mas cakap," aku dah mula rase cemburu.
"Mas cakap, biarlah tak hensem,asalkan awak sayang Mas," terangnya lagi. Rase cemburuku mula beransur hilang dengan penerangan Mas.

"Nal, macam ada masah jer..masalah tunang ker?" tegurku pada Zainal. "Yup, dia mintak putus tunang la, aku menyesal dengan apa yang telah terjadi, aku tau aku salah, aku tak berniat nak pasang lain kat sini, tapi aku sunyi . Dia jauh di Shah Alam." Zainal mula menitiskan air mata. Aku berkawan rapat dengan Zainal sejak awal kemasukan kami ke universiti lagi. Aku tau dia sunyi. Aku tau dia perlukan seseorang yang dekat dengannya untuk meluahkan masalah. Sebab itulah, semasa aku mengetahui, impian dia utnuk memikat Mastura, kekasihku sekarang, aku hanya biarkan sahaja. Ingin je, aku nak beritahu Mas dahulu bahawa Zainal ni dah bertunang. Tapi kadang-kadang aku simpati dengan Zainal. Setelah impian dia memiliki Mas gagal, dan
dia mengetahui yang Mas sukakan aku. Zainal kurang bercakap. Namun dia selalu menyatakan yang dia tidak pernah marah terhadapku kerana dia tahu yang Mas lebih sukakan aku.

"Nal, sabar nal. ..benda dah terjadi." aku sedih melihat dia yang menangis akibat putus tunang. Memang aku lah menjadi orang pertama yang mendengar segala masalah Zainal.
Sepanjang malam Zainal tidur dibilikku. Dia masih termangu pilu dengan apa yang terjadi. Sedangkan aku sudah tertidur di sebelahnya.

Semester sudah makin berakhir, ada rakan-rakanku yang sudah melonjak gembira kerana sudah mengakhiri perjuangan di universiti. Tapi aku tak dapat bersama mengikuti kegembiraan itu. Aku perlu menghabiskan lagi subjek yang aku gagal dahulu. Zainal pun senasib denganku. Wajahnya begitu ceria sekali, mungkin peristiwa putus tunang dahulu telah luput dari ingatannya. Mana taknya, dah jumpa pengganti yang baru. Aku memang dah lama tabik dengan kawan aku ni. Senang betoi dapat awek. Kenalan chatting pun beleh cair, inikan pulak yang pernah bersua muka. Takpela asalkan dia bahagia.
"Mas, kat mana ni, nape tak jawab sms semalam," aku menghubungi Mas.
"mas ada keje ckit,"ringkas jawapannya. Sebenarnya sejak akhir akhir ini Mas banyak berahsia dengaku. Aku sendiri pun tak faham. Aku cuba menanyakan sekiranya dia ada masalah. Tetapi jawapannya tetap sama.
Kebetulan aku memang berkawan rapat dengan rakan-rakan Mas. Aku selalu bertanyakan apa masalah Mas kepada mereka, dah mereka sendiri pun tidak tahu. Acapkali aku menghubungi Mas tetapi panggilanku tidak berjawab. Aku mula sangsi. Sejak itu, kerap aku mengendap dari luar bilik Mas untuk melihat kemana dia pergi. Namun biliknya selalu bergelap. Kadang-kadang sampai jam 4 pagi aku menanti menunggu jawapan. Namun hampa. "Kemana dia ni pergi, tak pernah pun beritahu." bisikku sangsi.
Dah lebih sebulan persoalan aku tidak terjawab. Mas seakan mengelak untuk memberi jawapan. Aku mula memikirkan apa yang tak kena sepanjang percintaan kami. Aku dah buat yang terbaik untuk bergelar kekasih, apa yang dia mahu aku turuti. Tak pernah nak meninggikan suara.

Malam ini berlangsungnya battle of the band di padang kawad universiti. Ia adalah acara yang biasa diadakan sempena pesta konvokesyen. Memandangkan aku sudah lama tidak keluar dengan Mas, aku cuba menghubunginya untuk mengajaknya keluar bersama menyaksikan konsert tersebut. Namun jawapan yang diberi oleh Mas hampa. Dia mengatakan ada hal yang ingin dilakukan, namun tidak menjelaskan kenapa. Dengan tidak memaksa, aku akur. Malam itu, aku menghubungi rakanku untuk menemaniku menyaksikan battle of the band. Rakanku setuju. Mereka adalah antara rakan karibku semasa di universiti. Kami kenal semasa penglibatan kami dalam Kelab Penyayang universiti.
Suasana di depan stage bingit sekali. Rakan-rakanku pun sama turut serta menghangatkan keadaan. Mereka ni memang begitu. Kanak-kanak ribena katakan. Mereka ni 3 tahun lebih muda dariku. Namun aku selesa berkawan dengan mereka, kerana sentiasa menghiburkan aku dikala aku sedih atau gembira. Semenjak aku sedih dengan layanan Mas terhadapku, merekala yang sentiasa memberi kata semangat. Terima kasih korang semua.

"Eh, korang layan la dulu yea...aku nak beli keropok dan air.." aku meminta diri untuk beredar. "OK, takdehal...beli banyak-banyak sikit, kitaorang dah penat ni menjerit," balas Sarina yang selalu berwajah ceria. Aku menyelusuri disebalik kumpulan manusia untuk membeli makanan. Selesai membeli, aku terpandang seseorang. Bentuk badannya seaakan ku kenal. Aku cuba mendekati dari sudut yang berbeza supaya dia tidak sedar kehadiranku. Ya, memang aku kenal sekali. Ku lihat kekasihku Mas bersama rakannya sedang menyaksikan konsert pada malam itu. HAtiku sakit sekali lagi. Aku membiarkan dia disitu. Malasla aku nak bergaduh disini. Aku kembali kepada rakan-rakanku.
Konsert sudah pun berakhir. Kami pun pulang. Setelah menghantar rakanku pulang ke kampus, aku memecut laju pulang ke rumah. Ah, hari ni sungguh menyakitkan.

"Mas, Kuar makan jom...ada hal nak diskus," kataku melalui telefon. Nasib aku kali ini baik, dia kebetulan mengangkat telefon, sedangkan agak sukar untuk menghubungi dia.
Sesampainya di blok S04, Mas sudah berdiri di depan pintu menantikan aku. "Ha, ada nape nak gi makan,"kata mas dengan malasnya. Aku terkejut dengan pertanyaan sebegitu. Lain sekali nadanya. "Adalah, awak ikut jer," aku mencapai tangannya terus membawanya ke kereta.
Kami tiba di warung Ina, warung yang selalu menjadi tempat singgahan aku semasa aku masih sendiri. Kami duduk di meja belakang yang agak terlindung dari orang ramai.

"Mas, saya nak tanya awak ni, awk ada masalah ke dengan hubungan kita? Saya nampak awak berubah sama sekali. Tidak semesra dulu. Nak jumpa pun susah."kataku memulakan perbualan. Mas masih diam membisu. "Mas, saya sayangkan awk, tapi saya tak mahu sayang tu datang dari sebelah pihak sahaja, awak ada orang lain ker? Selama ini, saya dah banyak bersabar dengan awak, tapi sampai bila? Saya perlukan kepastian daripada awak. Benarkah awak masih mencintai saya?" kataku sambil memandang tepat ke mukanya. Dia masih membisu. Langsung tidak cuba mempertahankan dirinya.
Kami diam seketika, kali ini masing-masing cuba untuk mengelak untuk bercakap.
"Saya bosan, saya bosan la awak." tiba-tiba Mas mencelah. "Saya bosan la, saya nak kehidupan sya yang dulu." jawab Mas lagi.
Aku tersentak dengan jawapan itu. Bosan, hah.....alasan yang langsung tidak dapat diterima. Aku sama sekali tidak menyangka yang alasan itu, dijadikan sebab renggangnya hubungan cinta kami. Selama ini, aku sentiasa memandang kebaikannya, walaupun aku banyak bersabar dengan sifat buruknya. Sedikitpun dia tidak memperlihatkan usaha untuk mengekalkan hubungan ini.
Setelah lama berfikir, aku memandangnya buat terakhir kali "Ok, kalau awk tak mahu bosan, saya lepaskan awak ke dunia awak. Cuma satu je yang saya nak awak tahu, sepanjang saya mengenali awak, awk sentiasa dekat dihati saya walau di mana sya berada. Terima kasih di atas segala-galanya" kataku perlahan.

Tiada reaksi terkejut dari muka dia. Kami terus pulang ke kampus. Setelah menghantarnya pulang, saya berjanji tidak lagi akan berjumpa dengannya.
Pintu bilik ku buka perlahan, aku merehatkan diri di katil bujangku. Tanganku bergerak malas memasang radio. 'TAKDIR YANG MENENTUKAN PERTEMUAN YANG TAK DISANGKA, TAKDIR JUGA MENENTUKAN PERPISAHAN'....alunan lagu dari Kumpulan Arrow benar-benar membuatkan airmataku menitis lagi.

bersambung di episod akan datang......
nemo sudah membenci kehadiran cinta, 2 kali gagal, adakah selepas ini ada ruang untuk menerima cinta yang baru...nantikan
 
Last edited:

pergghh ayat bawah skali yg x tahan tu..asyik kena nantikan je..
 
[/B]

rileks la ely..dan semput aku ni menulis....esok2 la plak...dah nak abis dah citer ni...:p
 
eh da nk abeh citer ke?
xper bile da abeh nanti ko sambung plak kisah cinta ko dan aku plak:))
 
Back
Top
Log in Register