BTC USD 84,095.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

ala kira sebelumnya ni kisah cinta terpendam jer.. ni kiasah real sket sebab dpt gak merasa dating kt kfc seri serdang ekekekeke

senang gile ko dapt kapel..anta email gitu jer
 

Semenjak mengenali Hanim, kami kerap keluar bersama. Rupenya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Ternyata dia turut menyimpan perasaan terhadapku. Percubaan pertamaku untuk meraih cinta rupanya berhasil. Cinta pertama merupakan saat paling manis dalam hidupku. Seluruh jiwa ragaku korbankan untuk dia. Tidak pernah kami bertengkar, apatah lagi meninggikan suara. Sehinggakan aku menyayanginya lebih dari menyanyangi diriku sendiri. Setelah lebih 3 bulan bersama, aku mula dikhabarkan berita yang kurang menyenangkan.
"Wan, aku rase aku kenal la awek ko tu,"sapa teman sebilikku, Atok. " Kenapa dengan dia", aku bertanya dgn nada serius. "Sorylah..aku bukan nak burukkan awek ko, tapi aku rase mcm dia ni kapel dengan member aku Hafiz", terang rakanku lagi. Aku mula kebuntuan. Percintaanku dengan Hanim sebenarnya tidak diketahui oleh rakan sebilikku sehinggalah genap 2 bulan kami bersama, itupun setelah aku menceritakan yang aku sudah mempunyai kekasih.
Atok meneruskan ceritanya. Walaupun aku sedikit kurang selesa dgn cerita itu namun aku tetap cuba mendengar apa yang dia ingin sampaikan. "Wan, baik ko jumpa awek ko tu, suruh dia terangkan perkara sebenarnya. Aku tak nak ko dipergunakan. Dia tu dah berpunya." terang Atok lagi.

Keesokannya, aku menemui Hanim di perkarangan Kafeteria Kolej Rahman Putra. Aku menunggu dengan penuh rasa kecewa. Hanim pun muncul dengan berbaju kurung biru dan sempat melemparkan senyuman dari jauh. Aku sekadar memasamkan muka.
"Hai awak, awal datang ari ni. Kita nak ke mana." sapa Hanim sambil duduk disisi aku. "Saya nak tanya awak ckit, boleh? Tapi awak kena janji akan bercakap jujur dengan saya,"aku memandang tepat ke muka dia. Kulihat wajah Hanim sedikit berubah.
"Awk, betul ker, awk ni dah berpunya." aku bertanya dengan nada yang lembut. Walaupun sedikit kesal menyelinap di dalam hati, aku tetap mengelakkan diri untuk meninggikan suara terhadapnya. Hanim terdiam. Soalanku tadi tidak dijawabnya. Aku terus mengulangi soalan tadi untuk kali kedua. Kali ini, nampaknya Hanim akur untuk menerangkan keadaan sebenar. "Ya sya dah berpunya, tapi saya dah nak mintak putus dengan dia. Cuma dia tak mahu lepaskan saya."terang Hanim. Rupanya selama ini dia mempunyai 2 orang kekasih dalam satu masa. Hancur hatiku mendengar kata-kata dia. Rupanya benar apa yang diperkatakan teman sebilikku.
"Hanim, awak adalah cinta pertama saya, dan saya tak sangka yang cinta pertama saya adalah sebegini rupa." aku kesedihan."Sebenarnya, saya tak bahagia dengan pakwe saya tu, dia selalu pukul saya, tampar saya tapi bila saya mengenali awak, saya cukup bahagia." terang Hanim lagi. Aku masih tunduk membisu mendengar penjelasannya. Aku tidak dapat menerima alasan tersebut. Aku merasakan yang dia telah menipu selama ini. Sedangkan dulu, di awal pertemuan kami, dia menyatakan dia tidak berpunya.
"OKlah, itu sahaja yang saya nak dengar dari awak. terimakasih atas apa yang telah awak beri kepada saya." aku bangun dan mula melangkah beredar dari situ.



Sejak peristiwa itu, aku teramat sedih. Peperiksaan akhir semester akan bermula seminggu lagi. Aku tidak dapat menumpukan pada pembelajaran.
Hanya radio yang menjadi penemanku sepanjang hari.
Kring..kring..kring (bunyi telefon). Aku mengangkat handphoneku berjenama Siemens dengan lemah. Suara lelaki yang tidak ku kenali mula berbicara. Suaranya agak kasar. "Hoi, ko jaga sikit. Jangan ganggu Hanim. Dia tu awek aku. Kalau aku nampak ko lagi dengan dia, aku bunuh ko nanti," tengking suara itu lagi. AKu sekadar mendengar sahaja. Sedikitpun tidak menjawab. Terus kumatikan panggilan itu. Aku mula buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Memikirkan yang aku bukanlah orang yang berhak ke atas Hanim, aku mula membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan cinta selama ini. Satu sms kuhantar kepada Hanim, tanda percintaan kami berakhir.

Keputusan peperiksaan akhir telah keluar. Ku semak keputusan di pejabat fakulti. Ternyata amat dukacita. AKu gagal dalam semua mata pelajaran. "Bodohnya aku, nak sangat bercinta, nilah jadinya," keluhku sendirian. Mulai saat itu, aku mula berjanji tidak akan jatuh cinta untuk kedua kali.




bersambung..episod 3

awek dalam cite ko ni asik pakai baju kurung nan biru je..:p
 
awek dalam cite ko ni asik pakai baju kurung nan biru je..:p

hehe..sebb baju tu feveret aku..kalu dia pakai kaler tu nampak ayula:))
 
Rindu plak aku kat awek aku dulu....

Nma dia HANIM juga.....

Rindu la... kat dia.
 
Ada sesiapa tak yang kenal awek Terengganu.

Duk kat Bukit Payung, Marang.

Nama dia Norlia Ismail.

Dah lama aku cari dia. Putus dah 7 tahun.

Dulu dia kerja sama dgn aku kat Johor....

Kalau korang kenal, bagitau la kat aku.

Just nak tanya khabar dia aje...

Kalau dah kahwin, semoga berbahgia.........
 
entah2 ko yg sound nemo kot jgn ada apa2 hubungan ngn Hanim..:p

yekot...hah..tolong jgn bunuh aku,....aku dah tinggalkan dia...:(( :((
 
Ada sesiapa tak yang kenal awek Terengganu.

Duk kat Bukit Payung, Marang.

Nama dia Norlia Ismail.

Dah lama aku cari dia. Putus dah 7 tahun.

Dulu dia kerja sama dgn aku kat Johor....

Kalau korang kenal, bagitau la kat aku.

Just nak tanya khabar dia aje...

Kalau dah kahwin, semoga berbahgia.........

alahai bro..ni mcm dah jejak kasih ni:))
 
Back
Top
Log in Register