BTC USD 84,540.0 Gold USD 4,283.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

eleh nemo ngelat ni
penat je aku tunggu kisah die
ko wat novel ke nemo?

episod 1 dah siap..nak ker..episod 2 bersambung esok..penat la
 
mana ko punya citer ....
aku punya tgh mendapat kelulusan FINAS...sok lusa baru leh tayang

Aku dah janji ngan Azmimazda. Lepas habis cite dia, baru aku sambung. Since ko dah siap first episode, ko teruskanlah posting cite ko, Nemo. Aku teruja nak baca nyhhh...heh heh heh:D
 
Episod 1 Cinta Di Ipt


Johor Bahru - Jam menunjukkan pukul 3 petang, aku dah biasa sendirian di rumah. Sedangkan rakan2 serumahku yang lain sibuk keluar bersama pasangan ceweknya. Berada di tahun 3 di IPT, dan tidak pernah mengenali cinta mungkin amat asing bagi orang lain. Tapi bukan aku tak mahu seperti yang lain, namun hati ini terlalu malu untuk berhadapan dgn wanita. Ya, aku seorang pemalu. Itulah yang memisahkan aku dengan cinta.


Sudah menjadi rutin hidupku sebagai siswa ulang alik ke kelas. Hari ini, aku berada dalam kelas UM. Kelas yang diadakan khas untuk mereka yang mengulang mata pelajaran. Teruk betul aku rupenya dulu. Namun tidak pernah terlintas yang kelas ini bakal menjadi saksi satu detik yang bakal mengubah hidupku. Di dalam kelas mataku sering tertumpu di sudut tepi dewan. Di situ, seorang gadis berbaju kurung biru sedang khusyuk mendengar kuliah. Dalam hati aku berkata " Boleh tahan jugak awek tu, tapi mcmmane aku nak berkenalan ye". Hari berganti hari, minggu berganti minggu, aku masih kaku dengan sebarang tindakan untuk mengenali gadis itu.


"Hai ahmad, aku nampak ko duk sana tadi, pastu sembang dengan gadis baju merah tu." tegur aku pada kawanku yg mengambil kelas yang sama. "Oh itu, kawan aku, budak forecast muda setahun la dari kita." Ahmad mula bercerita. Hatiku dah mula merasakan yang Ahmad ni boleh membantu niatku. Selepas kelas, aku pulang ke rumah menyusun strategi.Maklum la orang naif macam aku, kena la plan apa nak buat.


Hari ini, lepas bersarapan di Kedai Mamak Ayub, aku ke kedai alatulis membeli sekeping kad. Tak tahu kad apa yang nak ku pilih, lantas aku bertanya pada pembantu kedai. "Kak, kad mana yang sesuai nak kasi kat awek" tanyaku dgn malu. Kakak itu menghulurkan sekeping kad yang ringkas dan bergambar SMILEY. "Unik jugak ni", fikirku sendirian. Sekembalinya aku dirumah, aku cuba memikirkan apa yang perlu ku tulis di dlam kad itu. Argh, aku tak pandaila. Cuma "SALAM PERKENALAN" yang tersurat di dalam kad itu.

"Ahmad, ko boleh tolong aku tak",sambil tersengih. "Kasi kad ni kat member ko tu", lantas aku menunjukkan gadis berbaju biru itu. "Ko nak kenal dia ker, ok ..xde hal, tapi cam biasa la banje aku", ahmad membalas. Aku mengangguk tanda setuju.


Setelah seminggu, aku menghantar kad tersebut, aku menyedari yang aku tidak meletakkan sebarang pengenalan diri dalam kad tersebut. "Ades, mcmmane dia nak tau sape yang hantar" keluhku sendirian.


Suasana petang nampak cerah, aku bergegas ke kelas. Dalam keadaan tergesa-gesa itu, mataku terpandang pada gadis yang duduk di kerusi batu. Alamak, dia lah. Aku pun cuba mendekati dia, dan matanya memandang kearahku. "Yea, ada apa", gadis itu bertanya. "Ops, maaf, sya cuma nak bagitahu kad SMILEY tempoh hari saya yang kirimkan", aku terus melangkah pergi dengan malu.



Malam itu, dingin je. Telefonku berbunyi. Ku angkat, kudengar suara perempuan. "Awk, saya Hanim, terimakasih kad tu". Kami mula berbual sehingga lewat malam.

bersambung....

 
Perrgghhh...cam cite novel chenta la Nemo. We want more...:)cgrock
 
Perrgghhh...cam cite novel chenta la Nemo. We want more...:)cgrock

huhu..mmg aku suke menulis dan membaca novel..maafla ye...kisah aku sampaikan dlm bentuk novel
 
ni cerita nemo yang betul ke ni...
nak caya ke tak ni...
 
ni cerita nemo yang betul ke ni...
nak caya ke tak ni...

nak percaya ke x...terpulang..aku cume menceritakan apa yg pernah kulalui...ni kisah masa aku belajar..jgn bandingkan sekarang...cerita ni masih ada kesinambungan lagi....nantikan jer
 
Back
Top
Log in Register