BTC USD 83,949.6 Gold USD 4,176.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

Kisah benar ko ngan tokey murtabak ker.....:p :p

ala x kisah la beb kisah cinta dgn tokey murtabak ker tokey ikan ker yg penting kisah cinta utk dikongsikan bersama...
 
Cinta pertama aku nama dier Ahmad Azmeer tapi aku panggil dier Amad. Aku kenal dier melalui Mirc masa tahun 1999 (aku form 5). Masa tu dier guna id iskandar_zulkarnain. Amad ni dak kluang. Kali pertama dier call aku dier dah minta nak kapel ngan aku. Mula2 aku cakap kat dier aku fikir dulu. Dalam satu hari lebih 3 kali dier tanya soklan yang sama, wat aku kesian jek kat dier. At last aku bergelar awek amad ni. kekeke.. 1 day aku call umah dier kat kluang, masa tu aku ingat nama dier iskandar zulkarnain, aku cakap ngan org yang angkat tepon tu aku nak cakap ngan iskandar. org yang angkat tepon tu bantai gelakkan aku cakap nama anak dier bukan iskandar zulkarnain tapi ahmad azmeer.. Sakit ati tul aku time tu..bila dapat cakap ngan amad, aku marah dier tanya nape tipu aku. amad minta maaf dan janji ngan aku takkan tipu aku lagi. aku pun bagi peluang kat dier. And start dat day aku ngam ngan mak amad nie

Bersambung....
 
Part 2

Spm nak dekat, amad mula wat hal ngan aku, dia tak mo layan aku dah. bila aku tanya dier cakap nak tumpukan perhatian kat pelajaran.. sbb fikirkan masa depan dier, aku terima keputusan dier.. Dalam masa yang sama aku rajin gak call mak dier tanya kabar, bila mak dier cakap ngan aku, amad dah teruk aku terkejut gak, mak dier minta aku nasihatkan dier, aku cakap ngan mak dier aku dah tak kawan ngan amad sebab dier nak belajar. Spm berlalu, hubungan aku ngan amad putus... Ramadan 1999, aku send kad hari raya buat amad.. amad call aku balik ucapkan terima kasih.. cinta kami bertaut kembali.. raya ketiga, wat pertama kali aku akan berjumpa ngan org yang aku paling sayang, 3 jam gak ahh aku tunggu dier kat stesen keretapi KL. bile tren sampai, berdebar2 rasanya hati aku bila aku nampak kelibat amad. berbaloi gak aku tunggu dier 3 jam. tapi aku cuma dapat jumpa dier dalam 5 minit je.. huhu sedih tul..

bersambung lagi...
 
part 3

Keputusan Spm dah keluar, Amad mula menjauhkan diri dier dari aku.. Alhamdullillah keputusan aku memberangsangkan. Aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran kat UPM. Aku dapat tau dari mak Amad dier dapat belajar kat IKM. Amad still tak mo cakap ngan aku.. tak tau nape.. Ramadan 2000, macam biasa aku hantar kad raya kat Amad. Amad call aku balik dan janji takkan kecewakan aku lagi.. Dier berjanji ngan aku dier nak kahwin ngan aku 18 February 2007, atau 3 jun 2007, dua hari selepas hari jadi kami. Aku terima cinta dier balik. Hidup sebagai student aku lalui dengan happynya.. aku still berhubung ngan Amad yang belajar di IKM. 1 day aku terbaca email Ahmad dari seorg perempuan... Alangkah tekejutnya aku bila dapat tau amad curang ngan aku. Aku minta kepastian dari dier. Dier tak nak layan aku dah.. Sedihnya.


sambung.......
 
Back
Top
Log in Register