BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

aku ni dr td tunggu episod 3 dr nemo ni
 
patut la aku x nmpk duzzz..rupenye da lunyai...:))

duzz masih tak sedarkan diri lagi tu
kalo tak sedar gak
elly bole kene dakwa ni atas cubaan mencederakan org awam ni..:eek: :eek:
 
duzz masih tak sedarkan diri lagi tu
kalo tak sedar gak
elly bole kene dakwa ni atas cubaan mencederakan org awam ni..:eek: :eek:

ader ni haaa die selamat di bawah jagaan aku:))
 
Episod 3 - Cinta di IPT

EPISOD 1
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1337046&postcount=336


EPISOD 2
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1340679&postcount=376

Sambungan episod 2

Kini ku berada di tahun 5. Sudah 2 tahun aku hidup bersendiri tanpa mempunyai kekasih. Hidupku berlainan sekali. Rasa bebas je dan tidak lagi bertemankan rasa sedih disebabkan seorang wanita.
"Nal, aku nampak ko mcm suke je kat budak pompuan kelas Mikro-C kita tu, dia tu junior kan." aku mengusik Zainal rakan sekelasku. "Haha, mmg aku suke tengok dia pun, cuba ko tengok dia...pergh cun beb...badan takyah cakapla, dalam kelas aku duk pandang dia jer, apa yang En Syeikh ajar langsung aku tak dengar," jelas Zainal tersenyum. AKu turut mengakui gadis itu cantik seperti yang dikatakan Zainal. Ada la jugak sekali sekala aku memandang ke arahnya di dalam kelas.

"Wan, aku ada something nak bagitau ko la," Zainal datang dengan muka gembira. "Ko ni apa kes, macam angau semacam jer,"aku menepuk bahu Zainal. Zainal tersengih lagi. Seakan ada sesuatu yang menggembirakannya.
"Aku berjaya la, dapatkan no telefon awek Mikro-C tu,"jelas dia dengan bersungguh sungguh. AKu terkejut. "Aik, mcmmane ko dapat,"tanyaku kehairanan lagi.
"Tadi awek tu terjatuh buku kat kelas, so aku tolong la ambikkan, tapi masa aku nak kasi buku tu, aku letakla sekeping nota. Aku tulis yang aku nak berkenalan dengannya. Lepas dia baca nota tu, kami pun bertukar la no fon."terang Zainal. "Pergh, hebatla ko ni. Aku tau ko mesti dapat punya. Ok la beb, kalu dah dapat tu, janganla lupa member plak. Aku ada hal ni, jangan nakal-nakal tau..." aku ketawa sinis.


Jam menunjukkan pukul 5 petang. Banyak lagi buku nak kena baca ni. Esok ada test. Kring ..kring..(telefon berbunyi) "Wan, aku nak mintak tolong ckit,boleh? Aku nak ajak ko pi makan la, naik kete ko...awek mikro-C tu ada sekali,"terang Zainal. "Bila, nak gi mana?" aku bertanya ringkas. "Ala, ko ikut jer, nanti aku call ko jam 6 petang." jawabnya lagi.
Aku menuruni tangga menuju ke arah keretaku. Tiba-tiba kelibat Zainal datang dengan motornya terus parking tak jauh dari tempat aku berdiri. "Wah, cepat ko yea kalu pasal awek tu." aku mengusik.


Blok S04, Kolej Tuanku Canselor- Gadis berbaju kurung sedang duduk di kerusi batu. Sungguh manis. Inilah pertama kali aku bertentang mata dengan dia. "Wan! ini Mastura. Mas! ini Wan kawan saya," Zainal cuba memperkenalkan antara satu sama lain.
Keretaku membelok laju, memasuki kawasan yang agak gelap dan berhutan. "Mana pulak, mamat ni nak bawak ni," bisik hatiku hairan.
5 minit kami menyusur di kawasan belukar, cahaya terang datang dari sudut kanan kami. Sebuah restoran yang agak menarik. 'Restoran ZZ' sesuai untuk orang berkapel makan ni.
"Wow, banyak makanan ko order ni Nal, ko banje erk," sambil tangan kananku mencapai semangkuk sup tulang. Kami pun makan sambil berbual. Mastura, ternyata petah berbual bersama kami. Banyak juga, cerita yang kami bualkan bersama. Selepas hampir 3 jam berbual, kami berangkat pulang ke kampus. Malam itu, aku tidur dengan kekenyangan. Maklumla dekat 4 pinggan nasi aku belasah.


Tik..tik..(bunyi sms) Ku capai hensetku di sudut tilam bujang. Ada sms. Nombor telefon yang tak kukenali. Aku membaca perlahan. 'Hi, saya Mas. Yang keluar dengan awak dan Zainal tempoh hari'. Ringkas sms itu. Namun aku keliru bagaimana dia mengetahui nombor telefonku. Aku pun membalas sms tersebut dan kami mula berbalas sms. Sepanjang tempoh aku mengenali Mastura, tiada sedikitpun rase ingin memilikinya, kerana dari awal aku sudah memberi peluang kepada rakanku Zainal untuk cuba mendapatkan cinta gadis itu.
Satu hari, Mas mengajakku keluar ke Danga Bay. Tanpa banyak soal aku pun membawanya ke sana. Jam menunjukkan jam 10 malam. Suasana di Danga Bay sunguh dingin sekali. Kami duduk di meja berhadapan dengan laut. "Cantik la dia ni," bisik hatiku.
"Aku ada benda la nak tanya ko. Ko suke aku tak," tanya Mas. Aku terkedu dengan soalan itu. Kenapa dia bertanyakan soalan sebegini. Aku terdiam seketika. Tanpa memberi jawapan aku terus bertanya "Kenapa? Ko suke aku ker," tanyaku untuk mengelak memberi jawapan kerana agak malu. "Aku suke ko,"jawab Mas lagi. Mendengar jawapan Mas, aku mula memberanikan diri menjwab persoalannya tadi.
" Aku!!, rase suke tu ada la, tapi Zainal kan sukakan ko." jawabku ringkas. Mas cuba menerangkan yang dia dan Zainal hanyalah kawan biasa. Dan belum terjadi apa-apa hubungan istimewa antara mereka. Dari percakapan Mas, aku merasakan yang dia ingin berpasangan denganku. "Kalau ko suka aku, kita kapel nak?" tanya Mas lagi sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Jantungku berdegup kencang. "Alamak, camne ni, dia suka kat aku plak. Tapi aku pun memang suka kat dia. Baik aku terima jerla."bisikku lagi. Aku pun mengangguk tanda setuju. Malam itu menjadi detik perubahan hubungan kami dari rakan kepada kekasih. Kami menghabiskan sisa-sisa malam di Danga Bay seperti pasangan kekasih yang lain.
Rupanya cinta datang lagi. Tetapi kali ini, ia datang didepanku. Bukan kucari, tetapi ia mencari aku.


nantikan episod akan datang??


adakah percintaan kedua nemo turut berakhir dengan kekecewaan??
 
Last edited:
kali ni belum tulis lagi utk next episod...mayb sambung esok kot....
 
kt danga bay tu....nemo,mcm kes ko je nie..'CINTAKU BERAKHIR DI DANGA BAY'

:))
 
Back
Top
Log in Register