BTC USD 83,433.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

hahahaha oklah tu.. mula2 cinta CG dulu.. mana tau kot2 dah tertulis takdir dan jodohnya begitu...:)cgrock

har,har,har...xdapat...put lagi tua dari naga...kekekeke...naga nie muda lagi...anak2 ikan x abis sekolah
 
"Naz ekin da nak kawen" mesej ku terima dari ekin. pedih sekali hatiku ketika itu. orang yang aku sayang, yang aku janji akan tunggu mematahkan lagi semangat aku.tepat setahun lepas aku mula memulihkan keyakinanku. Baru saja aku keluar berjumpa rakan2 sekolej,baru saja aku mengumpul keyakinanku untuk kembali cuba memenangi hatinya.tapi dengan satu sms sahaja segalanya hancur. hati aku luluh kembali. mengingatkan aku janji sewaktu aku berada di puncak bukit permai bersama ekin dan joe.

"terima kasih bro, ko berjaya kembalikan kepercayaan ekin kat aku"itulah kata2 yang keluar dari joe.sakitnya hati aku.tapi masih cuba berlagak cool. muka yang paling aku sakit nak tengok.muka joe, bagaikan sudah tersedia punching bag dihadapanku,tapi tak dapat aku pukul kerana ekin menghalang. mesti tunjukan yang aku lebih baik di matanya.tapi aku sepatutnya tahu, dimata ekin sekarang hanya joe sahaja.sapelah aku ketika itu. "ekin ada permintaan kat naz nie"keluar kata2 dari ekin ketika aku menatap genggaman tangan ekin da joe. pedihnya. "apa dia"tanyaku...masih mengharapkan kata2 peluang dari ekin. " ekin harap naz tak marah kat joe da. ekin gak harap naz tak cari ekin da atas nama cinta. ekin gak harap naz lupakan apa yang pernah kita lalui bersama" itulah kata2 ekin yang sekaligus mengoncang perasaan aku. dengan senapas dan selamba dia boleh berkata begitu. kenapa sampai begitu kejam sekali? apa salah aku?

"dan satu lagi ekin nak minta"sambungnya. kalo ekin kawen nanti. ekin nak naz datang. sebab naz pun sebahagian dari famili ekin skrg. jadi naz kenala jadi best man."katanya lagi. tidak,kenapa ayat sebegitu yang keluar??? tidak...aku tak sanggup mendengar lagi. air mata mula bergenang.terkejut sekali aku dengan perubahan ekin.begitu mendadak selepas 2bulan kami tidak bertemu. dengan hati yang berat aku menjawab "baiklah.kalau itu sajalah yang perlu naz buat"jawabku. segera aku masuk ke kereta.mengesat air mata.entah kenapa begitu lemah aku ketika itu. ekin dan joe juga masuk. dan seterusnya menghantar aku pulang ke rumahku.

panggilan telefon menamatkan lamunan aku. nama ekin terpapar di screen telefon, aku gugup. perlukah aku menjawab??? hehehe...bertambah2 sedih cerita aku nie...perlu ke aku jawab??? tunggulah sambungan....
 
hampir 80% adalah benar berdasarkan kisah cinta dan pengalaman saya sendiri.. cuma ada sedikit ditokok tambah serta dikurangkan mana yg tidak perlu dan agak terlalu peribadi utk diceritakan...

gapo dier yg terlalu peribadi tuh...:-? :-? :-?
adakah ader babak2 yg x seswai utk dipertontonkan..:p :p :p
 
gapo dier yg terlalu peribadi tuh...:-? :-? :-?
adakah ader babak2 yg x seswai utk dipertontonkan..:p :p :p
erkk hehehehe bukanla mcm tu bro.. tp demi menjaga nama baik kan watak2 dan nama tu aku dah ubah suai...
 
Back
Top
Log in Register