BTC USD 85,857.3 Gold USD 4,150.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

Cerita cinta aku yang aku rasakan betul2 mendalam n bermakna ketika aku masuk kolej. seperti yang aku ceritakan sebelum nie, aku da ada awek zaman sekolah n sedang belajar di MRSM ketika aku masuk kolej. membuatkan aku terlalu free setiap minggu,kerana budak2 MRSM balik ujung bulan je. mula2 masuk kolej sememangnya aku telah melepaskan aura2 buaya atau hormon2 untuk menekel awek2. berkat usaha dapatla 4 org yg berlainan group n berbeza waktu time orientasi pelajar. seorg demi seorg ku tapis. seorg demi seorg aku ajak kuar dating. memang berhasil.sehinggakan aku juga mula dipanggil boye oleh rakan serumahku. asik keluar je memanjang.dalam seminggu tu,hanya time tido je nampak aku. sehinggalah lepas orientasi. kami memulakan kelas Makmal perubatan. aku masih lagi maintain dengan 4org awek berlainan kelas di kolej n 1 org awek di MRSM. sewaktu kelas teras Pengajian Am, kami terpaksa berpecah secara berkumpulan. aku n awek aku yg bersama dalam kelas tersebut juga terpaksa berpecah. dalam kumpulan yg baru itu aku ditempatkan dengan 3 org perempuan. syuhada,shikin n Ayu menjadi rakan sekumpulan aku. mulanya mmg tiada rasa minat untuk menekel walau salah seorg pun kerana mereka terlalu simple n plain. asik berbaju kurung n tipikal sekali. tidak menarik minat aku yg memandang rupa n gaya ketika itu.2minggu berada dalam kumpulan yg sama, kami semua mula berkenalan n bergaul rapat. aku dan eita,awek yg berada sekelas dengan ku juga mula berubah pandangan.mula terpikat dengan amer,budak serumahku yang berada sekumpulan dengannya. aku x kisah,ada lagi 3 reserve.hehehe(pikiran ku ketika itu). selain dari aktiviti kelas,kami juga ada aktiviti tambahan dan aku telah memilih kelab teater sebagai medium aku.cita2 konon nk jadi artisla.hehehe...di sana kami semua budak serumah berkumpul, memang semua memilih teater kerana itu aktiviti paling bebas dari bersukan. 2bulan aku belajar di kolej, akhirnya tibalah tugasan akhir sem,setiap subjek perlu membuat portfolio n documentation utk present. aku tiada masalah utk sebarang subjek,kerana sudah diupah tukang2 untuk membantu aku membuat folio. cuma dalam kumpulan pengajian am sahaja aku terkantoi. aku seorg saja lelaki,n mmg ada kemungkinan besar aku akan dibuli. tapi, untuk menunjukkan gentlement, aku membuat keputusan untuk membuat folio pengajian am.aku cuma minta mereka semua memberi detail2 subjek untuk aku garapkan dalam folio. sesudah siap n folio dihantar. aku anta sms kepada semua rakan sekumpulan. dan sms dari shikin telah menarik aku untuk mengayatnya. " terima kasih naz,apa2 nanti ekin tolong naz plak." smsnya itu membuatkan aku rasa aku nk ayat dia. aku nk ayat dia,aku nk ayat dia. dan malam tu juga aku balas mesej tepat jam 11.kerana awek2 kolej mesti kena tido awal. dan ternyata dia tak membalas. "xpayah susah2,belanja makan pun da cukup" itula ayat yang aku anta.dengan harapan dapat kuar makan berdua dengan dia. esok paginya aku bangun.hehehe....bersambung....
 
Sebaik saja aku bangun pagi tu..1 sms terpapar dihandphoneku." boleh je nk banjer makan.ckp je bila n kat mana"balas sms dari shikin. hehehe, aku berjaya dapat seorang lagi. nk try wat kot2 blh jadi gf,kataku. "ekin da pergi kolej ke? kita jumpa kat kolejlah" ayatku dalam sms. "ekin x pergi,kelas ekin pkol 11.kelas naz pukul bape?"balasnya.cepat n pantas,menunjukkan dia free n single. "kelas naz pkol 9. kelas ekin lepas kelas nazla kalo camtu" balasku lagi. "aah,nmpknya camtula..."balasnya." tak dapatla nak makan sama"balasku."takpe, malam kang pun boleh"balasnya. tiba2 hati aku excited. hehehe,dapat kuar makan malam dengan dia sedangkan dia xtaw sape aku. best nie. " deal" kataku...."ok,tapi xleh nk kuar gi memana taw.melainkan kalo ada kete"balasnya. hancur hati aku. mmg aku xde kete. kalo datang bertandang naik moto blhla." ok, naz datang naik moto je.kita makan dekat2 situ udahla"balasku. pagi itu ternyata aku paling ceria.entah mengapa mesej2 dia membuat aku gembira,tak seperti awek2 lain yang aku tekel.tapi dia ternyata mengembirakan aku. kegembiraan aku dikongsi bersama rakan sebilikku. semua pelik. xpernah2 aku begitu. kelas aku juga berjalan lancar. sewaktu kelas aku habis sengaja aku duduk dalam kelas. menunggu sehingga kemasukan dia, ekin yg ku tunggu. dan dia masuk,terkejut melihat aku ada di dalam. kemudian tersenyum memandang aku.hatiku berbunga lagi. entah kenapa dia membuat aku gembira sangat2. seterusnya ke kelas math electif plak. juga berjalan dengan lancar. pkol 3 kelas teater aku juga bermula. entah apa rezeki aku aritu,aku mendapat watak untuk dilakonkan semasa persembahan nanti. aku yg boleh dikira junior sudah dapat memegang watak bersama2 dengan rakan2ku yg lain.gembira bukan kepalang. entah kenapa awek2 lain tidak aku mesej.hanya ekin aje yang aku mesej."ekin,naz happy.dapat pegang watak dalam teater nanti"mesejku hantar. "ye ke? tahniah, nanti ekin nak datang tgk ye"balasnya,seperti memberi sokongan kepadaku."malam ni kita jumpala eh.xsabar nk jumpa ekin,xtaw kenapa" balasku "hehehe,ada2 je naz nie. jumpa malam kang." balasnya. petang itu pkol 6 latihan teater kami tamat. aku n kawan2 terus bergegas pulang ke rumah. aku yg terawal sampai. "apsal ko excited sangat ni ah lang?" tanya ah man,member sebilik aku. "hehehe,entahla...aku sendiri tak tahu kenapa,tp mmg aku excited sgt. nak jumpa awek." jawabku. "macamla sebelum2 nie ko xpernah jumpa awek2 lain,ari2 ko kuar dating sebelum ni"balas ah man. "itu dulu,sekarang.aku rasa da time aku serius. semua awek2 akan aku tinggalkan kalo aku da dapat dia ni" janji ku..."eleh, boleh caya ke tu?" tanya ah man. " ko agak,aku kapel banyak2 nie nk wat pe? koleksi?"tanyaku "abistu?apa lagi" tanya ah man kembali. "beb, pilih yang terbaik untuk masa depanla...hehehee"jawabku berseloroh. tepat lepas maghrib akupun keluar dari rumah " ah ngah yang sedang duduk2 di luar bersama gfnya menegur ku."happy nampak? nak kemana?" tanyanya. "owh, nak pergi jumpa awekla...hehehe,baru dapat"jawabku. "siapa?"tanya gfnya. "nantila,da declare baru bagitaw kat korang semua. and secara x langsung akan adala kak lang dalam adik bradik bilik kita nanti"jawabku. hehehe, kelaziman kami 5kawan sebilik memanggil pangkat dari nama. ah long,ah ngah,ah lang, ah chik dan ah man. nama2 cina digunakan kerana kami terbabit dalam pementasan teater slot cina.dari situ kami mulakan panggilan itu sebagai sinonim. enjin motor pun dipanaskan.dan kemudian perjalanan dari puncak perdana ke tadisma yg jauh n gelap pun dituju. jauh perjalanan tak kurasa.walaupun hanya 15minit menaiki motor.sekali sambung lagi da....hehehee
 
Dan aku pun sampaila ke perkarangan tadisma.asrama yang menempatkan ostel2 budak2 kolej aku. aku parking motor aku di depan kedai makan. "naz da sampai da" mesej ku anta. "naz da sampai eh? tunggu jap yer"balasnya. penantian penuh kesabaran.xtaw aku nk watpe,tapi aku tetap tunggu dia.aku tunggu di depan kiosk ketika itu."assalamualaikum" salam dari belakang.
dan sebaik aku berpaling ke belakang,shikin di depan mata. berbaju tshirt lengan panjang merah dan berseluar track.bertudung cream.ternyata nmpk ayu.masih teringat aku sampai sekarang.nk kata cantik x cantik,tapi memang ayu. "sepadan pulak warna baju kita"tegur ekin. dan aku pun terkejut,terus memandang baju t shirt aku."iyalah,naz sendiri xperasan."balasku. mmg x terjangka malam tu."xpela. nk makan apa ni?" tanya ekin. "hehehe,ekin lapa ke? naz x lapar pun.saja nak ajak jumpa. boleh kuar dating dengan ekin" jawabku. "ekin x lapar lagi,tadi kak ina da masak nasi. nanti makan dengan dia je"jawabnya. "abistu sekarang kita nak buat apa eh?" tanyaku plak. "ekin teringin makan aiskrim,jom makan aiskrim je r"jawabnya.aku mengiyakan saja,dan kami masuk ke dalam kiosk.membeli dua aiskrim drumstick. buat pengetahuan semua,aku ni jarang makan aiskrim drumstick,cornetto n apa2 yang mahal2 nie. hehehe,pemikiran tipikal kampung,tapi sebab dok kat bandar kenala berlagak bandar.sesudah membeli tu kami terus berjalan keluar n dia mengajak aku lepak di taman permainan atas bukit. sambil berjalan kami berbual2,bertukar maklumat n cerita. dari situ aku dapat tahu dia berasal dari Pahang,pemikiran aku ketika itu,org Pahang mesti org felda.sorry eh kengkawan. "naz nak taw? aiskrim ni kalo kat pahang hari2 ekin makan dengan mama n adik ekin." katanya. berbalik pada pemikiran aku tadi. "betul ke dia nie? org kampung pun makan aiskrim ari2.dia ni nak berlagak ke memang betul2 cerita nie?"tanya aku dalam hati. tanpa bertanya background dia,aku pun biar dia bercerita lagi.dari cerita dia dia berasal dari keluarga yg ayah n mak tentera.ayahnya sudah bersara n menjalankan perniagaan sendiri. dia sambung belajar inipun kerana ada perselisihan faham dengan ayahnya... malam itu sekejap je aku rasa da pkol 11. dengan hanya sebatang aiskrim drumstick da membuat aku kenyang. memang aku happy bersama dia. "aku mesti bagitaw dia aku suka dia. tapi macamana eh?"tanya ku ketika menunggang motor. sesampai sahaja di rumah aku menghantar mesej "thanx ekin.malam ni paling best.dapat sembang lama2" mesejku. "sama2,ekin pun sama. best dapat sembang dengan naz"balasnya. "lenkali blhla jumpa lagi kalo camtu" kataku "boleh,xde masalah"balasnya. "yahoooooo!!!!" aku menjerit kegirangan malam itu.semua rakan sebilik pelik. bahkan kawan2 serumah keluar bilik ingin melihat gelagat ku. "ok,lenkali naz datang nk ekin masakla."ayatku..."insya allah"balasnya. malam itu memang aku gembira. tido pun tersenyum. sempat lagi aku bercerita dengan kawan2ku,sampaikan aku bercerita sorang2 kerana mereka sudah terlelap dengan ceritaku...yang pasti, ekin akan aku jadikan gfku.akan ku tinggalkan semua pompuan2 yg ada.tiada yg lain.hanya ekin dimataku. yang pasti! akan ada sambungan....hehehehe
 
entah bila nk sambung ni?? cepat la sambung lg.. kalau boleh naga buatlah dlm benuk perenggan, senang sket nk baca ni sedikit keliru terbaca ayat sama 2-3 kali sebab takde perenggan.. boleh kan??
 
Back
Top
Log in Register