BTC USD 86,552.5 Gold USD 4,142.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

C.I.N.T.A ni satu perkataan yg wt aku fobia....
nk slhkn diri sendiri pun xleh gk...sbb semua manusia dianugerahkn cinta ni....sbb cinta gk la...aku rase lemah sesgt...cinta ni kebykn kuar sifat pura2...
 
C.I.N.T.A ni satu perkataan yg wt aku fobia....
nk slhkn diri sendiri pun xleh gk...sbb semua manusia dianugerahkn cinta ni....sbb cinta gk la...aku rase lemah sesgt...cinta ni kebykn kuar sifat pura2...

banyak2lah bersabar menghadapi apa sahaja rintangan dan kepayahan dlm hidup dan cinta.. kata org tua langit mana yg tidak ditimpa hujan.. dl kepahitan menghadapi cinta pasti ada kemanisan yg kita sendiri pun tak pasti bila akan kehadirannya!!
 
......

Kisah 6.7

Kejamkah aku andainya aku memutuskan ikatan percintaan hanya melalui SMS? Barangkali ramai orang yang akan marahkan aku atau salahkan aku kerana sepertinya aku terlalu kejam. Tetapi realitinya aku sudah tidak mampu untuk menipu diriku sendiri. Aku sudah tidak mampu menyintai D. Malah rasanya aku telah gagal untuk belajar menyintainya kerana aku terasa sangat seperti aku terlalu memaksa diri. Ibarat orang yang sudah terlalu kenyang kalau disuapkan lagi seperiuk nasi secara paksaan sudah tentu akan muntah semua sekali...

Bukan mudah untuk memupuk cinta. Kalau dulu bagi aku cinta itu terlalu mudah tapi semenjak kejadian dikecewakan dalam masa yang hampir sama, aku terlalu sukar untuk mempercayai cinta. Malah aku memang dari awal lagi telah memaksa diri sendiri untuk menerima dan belajar menyintai D. Tetapi lantaran sikap D yang mendesak dan cemburu keterlaluan membuatkan hati aku semakin hari semakin tawar setawar air suam tidak bergula. Nampaknya konsep cinta boleh dipupuk, disemai dan dibajai yang aku cuba sematkan di dalam hati semakin layu malah terus gugur di pertengahan musim.

Setelah menerima SMS dari aku yang meminta untuk memutuskan ikatan, D bertalu-talu merayu melalui SMS meminta aku memikirkan masak-masak tentang keputusan aku itu. Malah dia terus menghubungi aku meminta aku menerangkan kedudukan perkara sebenar. Memang aku yang tersilap kerana telah melukai hati dia. Tetapi aku terpaksa kerana aku tidak mahu hatinya terluka makin parah kalau aku berterusan menipu menyintai dia. Jadi sebelum keadaan menjadi semakin teruk, biarlah aku hentikan dulu segalanya. Dia masih tidak mampu menerima keputusan aku. D meminta aku untuk bertemunya secara bertentang mata dan melafaskan kata-kata putus itu di hadapannya. Permintaannya itu akan aku tunaikan minggu hadapan....

Kadang-kadang aku merasa bersalah sangat-sangat dengan D kerana telah mengecewakan dia setelah memberikannya sedikit harapan. Aku yang tertewas dengan perasaan sendiri, tidak mampu lagi untuk terus menipu diri. Dari Johor perjalanan ke Kuantan mengambil masa kira-kira 6 jam bagi aku, pemandu yang bawak kereta macam semut. Maklumlah pemandu berhemahlah katakan. Kalau siput sedut nak berlumba bawak kereta dengan aku sudah semestinya aku yang kalah kalau siput sedut tu naik kereta yang dipandu oleh Michael Shumacher. Setelah mengharungi perjalanan yang agak memenatkan dan membosankan maka aku pun sampai ke bandar Kuantan. Aku terus menuju ke tempat yang telah dijanjikan walaupun aku terpaksa berpusing-pusing sampai 2-3 kali kerana aku tidak biasa dengan bandar Kuantan.
Lebih kurang 30 minit menanti, D pun datang dengan berbaju kurung biru. Memang agak ayu tapi entah di mana silapnya aku seperti tidak berperasaan ketika itu. Ah, kejamnya hati lelaki ini! Wajahnya yang sayu dan seperti tidak bermaya itu makin mendekati aku. Dapat ku lihat seribu awan mendung sedang menyeliputi wajah D. Malah matanya sedikit kemerahan. Barangkali baru lepas menangis lagi agaknya, tekaku sendiri. Tanpa berbicara panjang D terus mengajak aku ke sebuah kafe yang terletak di dalam pusat membeli-belah tersebut.

“Kenapa abang ingin memutuskan hubungan dengan saya?” persoalan itu terpacul setelah agak kami berdiam diri dari tadi. Sambil menyedut minuman aku memandang wajah D. Memang tiada apa yang kurang dengan wajah itu. Sesempurna ciptaan Allah tapi.. Arghh entahlah... Sukar untuk dimengertikan. Aku termangu-mangu mencari jawapan yang sesuai. Setelah menarik nafas dalam-dalam sedalam lautan memikirkan jawapan yang paling lembut dan sesuai, aku memberikan penjelasan.

“Maafkan saya. Sesungguhnya apa yang terjadi antara kita hanyalah kesilapan saya. Tidak terniat untuk saya melukakan hati awak. Saya sangka, saya mampu menyintai awak tapi yang jelas ketara saya tidak mampu. Saya masih belum mampu melupakan kenangan silam.”
“Tapi kenapa abang tidak mahu memberikan saya dan diri abang sendiri peluang kali ke-2?” Tanya D lagi.
“Bukan tidak mahu memberi peluang ke-2 tapi sepertinya ia tidak memberikan sebarang erti lagi. Maafkan saya sekali lagi. Biarlah hubungan kita sampai di sini sahaja. Awak tak bersalah. Semua salah saya. Saya yang lemah.”
Selepaskan aku mengeluarkan kata-kata itu aku lihat D terus terdiam sambil air matanya bergenangan. Sesungguhnya aku merasa amat bersalah. Malah sepertinya aku telah membuatkan dirinya seperti kain yang telah usang dijadikan pengelap basikal. Maafkan aku...

Pertemuan terakhir antara aku dengan D memang penuh dengan suasana yang amat suram. Malah aku sendiri tidak menyangka aku boleh menjadi sebegitu kejam. Apapun segalanya aku lakukan adalah untuk kebaikan kami berdua. Adakah itu hanya alasan pelarian cinta seperti aku? Terlalu mudah untuk membuat penilaian tetapi terlalu sukar menempuhi keadaan sebegitu. Andainya kau merasai apa yang aku rasa, aku yakin kau akan mengerti! Sesungguhnya tempat ku bukan di sini, bukan di dalam hati D.

Semenjak peristiwa itu antara aku dengan D memang terus terputus hubungan. Tiada lagi SMS, panggilan atau YM. Segalanya sudah berakhir. Aku sendiri tidak mengerti apakah aku harus tangisi perpisahan ini atau sekurang-kurangnya merasa lega? Apa yang aku pasti aku harus meneruskan perjalanan hidupku dan aku berharap D akan menemui seorang lelaki yang jauh lebih baik dan mulia dari aku!
...Tamatnya Kisah 6...



cite ni ade kene mengene ngan aku la....:(( :(( :((
 
Eh, ni kisah cinta kan. bole tak aku nak tanya n guidance drpd korang...untuk memulakan cinta.

citernya tadi, ada kempen derma darah kat tmp aku keje ni. masa tgh beratur nak anta borang n cek darah, aku berdiri la kat blkg awek ni...tingginya hampir sama dgn aku. Kulit cerah, kurus, berbaju kurung kuning, rambut pjg berikat n agak sweet lah. masa dia tgh cek darah, aku dgn niat jahat ni pun fokuskan mata aku kat borang dia. aku dptlah maklumat yg sepatutnya aku tanya sendiri secara gentleman, tp aku guna jln pintas..dpt tahu nama dia,umur n no tel. Aku dah dpt hafal. Sekali awek yg berdarah B tu tak dapat menderma kerana makan ubat td, samalah mcm aku..tak dpt menderma gak :( sbb sakit perut.

Jadi, apa pendapat korang? Bolekah aku memulakan sms pada dia? atau call terus? atau rilex dulu tunggu dlm 1 minggu. Perlukah aku berterus terang siapakah aku sebenarnya? (sbb aku tak hencem)

Hmmmmm...apekah ini love at the 1st sight? :)

ok, pendapat sbg seorang perempuan :
Sms? Call? hmmm... bagi saya, tak galakkan. Sebab selalunya perempuan takkan layan sms sesat (mostly la). Memang tak salah memulakan perkenalan melalui telefon. Tapi..rasa was2 seorang perempuan terhadap sms org yg tak dikena
 
Last edited:
Hmmmmm...apekah ini love at the 1st sight? :)

ok, pendapat sbg seorang perempuan :
Sms? Call? hmmm... bagi saya, tak galakkan. Sebab selalunya perempuan takkan layan sms sesat (mostly la). Memang tak salah memulakan perkenalan melalui telefon. Tapi..rasa was2 seorang perempuan terhadap sms org yg tak dikena

yup.. stuju.. kebanyakkan member2 pompuan yg aku kenal memang takkan layan sms sesat ni... sepatutnya ko tegur die trus haritu, baru la nampak gentleman... camni la, lenkali ko jumpe die, trus ko tegur direct...

tapi, kalo ko rase dah takde harapan nak jumpe die secara live, ape salahnya ko try nasib dengan sms... :D
 
Last edited:
Sekadar Memori...

Kisah 7.1 (Cinta Tak Kesampaian)

Hidup di dunia adalah perjalanan sementara kita untuk menuju ke alam yang kekal. Segalanya sudah ketentuan Illahi. Kita yang harus berwaspada membuat pertimbangan dalam memilih jalan dan hala tuju hidup kita (Eh, aku ni dah nak jadi sasterawan ke asyik serius jer semenjak 2-3 siri ni?)

Pertemuan, perpisahan, percintaan dan kegagalan sudah menjadi lumrah dalam diari hidup seorang naga seperti aku. Setelah kisah percintaan antara aku dengan D terpaksa aku tamatkan sendiri kerana aku tidak mampu untuk menyintainya maka aku meneruskan perjalanan hidupku dengan bertemankan kesunyian. Terbentang luas hamparan bumi terasa kosongnya hidup tanpa seseorang yang bergelar kekasih hati menjadi teman. Terpandang berjuta bintang di langit hanya dapat ku rasa keindahan fizikal tanpa jiwa. Ibarat hujan tanpa seruan katak. Umpama api menyala tiada asap.

Inikah suratan? Atau hanya sekadar kebetulan? Tanpa ku duga, si cantik manis tinggi bergaya, berkulit cerah dan berlesung pipit yang menyempurnakan lagi wajah ayu ciptaan Allah iaitu CS yang pernah menjalani latihan praktikal di tempat kerjaku dulu rupanya telah menjadi pekerja tetap di sini. Aduh, ku impikan ulam pegaga, rupanya raja segala ulam telah mendatang. Ku basuh dengan sesuci embun pagi lalu ku cicah dengan sambal belacan menjadi pembuka selera, penambah perisa. Alangkah gembiranya andai itu menjadi milikku. Bukan setakat jejaka bujang malah suami orang pun takkan melepaskan pandangan andai bersua muka dengan CS. Sungguh ayu... Lesung pipit di pipi.. Ayu....

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, kemudian dialas tilam empuk dan selimut tebal. Kehadiran CS di tempat kerjaku telah menambahkan kerceriaan dalam hidupku. Makin bertambah semangat apabila dia menjadi Bendahari manakala aku sendiri menjadi Setiausaha di dalam satu organisasi di tempat kerja kami. Kelangsungan itu mencipta ruang dan peluang untuk kami menjadi lebih akrab dan menjalin persahabatan...

Mulanya aku masih malu-malu ayam serama apabila berhadapan dengan CS. Maklumlah, dalam jiwa aku ni masih ada sisa-sisa sifat pemalu yang tinggi lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan seorang wanita yang benar-benar cantik. Malah aku terasa betapa rendahnya diri aku bila berhadapan dengan dia walaupun hakikatnya ketinggian aku melebih dia sebanyak 6cm.

Aku akui malah memang tidak dinafikan kecantikan CS menjadi buah mulut dan pujian para lelaki yang berada di tempat aku kerja. Malah ada beberapa orang kawan sekerja yang saling mencabar untuk menguji kejantanan masing-masing dengan memikat CS. Aku? Berani ke aku untuk cuba mengurat CS? Usah kata nak mengurat, nak mintak nombor telefon sampaikan aku masih terkial-kial dan segan-segan unta. Malah unta padang pasir pun tidak sesegan aku barangkali? Tetapi kata orang barangkali takdir akan selalu menyebelahi kita. Ada suatu hari ketika tengah sibuk dengan kerja, aku didatangi CS.

“Eh, apa mimpi pulak tiba-tiba datang cari saya ni?” soalku pada CS yang tanpa segan silu terus duduk menghadap mejaku.
“Komputer saya kat rumah ada masalah, hari tu dah pi hantar kedai tapi tak ok jugak. Akak kat bilik sebelah tu cakap awak ni pandai baiki komputer. Sebab tu saya datang jumpa awak ni.” Wajah yang cantik itu bersuara dengan alunan irama yang merdu. Kalaulah orangnya dah cantik, segalanya yang ada padanya semuanya menjadi cantik. Malah suaranya pun aku dengar terlalu cantik mengalahkan suara penyanyi-penyanyi yang ada kat Malaysia ni. Betul ke? “Isyk pandai pulak akak kat sebelah tu cakap aku pandai baiki komputer,” ngomelku sendiri dalam hati tapi sebenarnya aku suka.... Kenapa aku suka?

...Aku mencabar diri sendiri dengan membuat sambungan...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register