BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Kisah Benar Penjual Karpet.

Duan82

Super Active Member
gem
Messages
5,959
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,959
Reaction score
751
Points
121
Peristiwa yg benar2 berlaku kat aku yg menyebabkan aku termenung seketika. Masa aku tingkatan satu, skrg umur dah 32tahun, biasa aku kat kampung dulu (kelantan), ada pakistan naik basikal jual karpet. Jadi mak aku dan org kg biasa ambil karpet dgn org pakistan ni secara ansuran, mungkin warga cg pun ada pengalaman masa kecik2 dulu, org pakistan naik basikal masuk kg, jual karpet. Nak dijadikan cerita masa cuti dipavali yg lepas, aku pergi nilai 3, N9, biasa laa sana kat gedung2 karpet besar2 dan banyak pilihan. So aku berkenan dgn karpet yg jenis 3D, jenis panjang 8kaki rasanya, harga dia bagi dlm RM450, masa aku tawar menawar, "aku kata: kasi tahu you punya tokey kedai, saya mau 300, saya terus beli". So pekerja kedai dia, panggil tokey kedai, sekali tokey kedai dtg, aku rasa mcm penah kenal, masa dok proses tawar menawar, aku cakap, kenapa you punya muka sy mcm kenal, ke you yg jual karpet naik basikal dulu2 masa di kelantan? Dia mcm tergaman, rupanya dia pun ingat jugak kat aku, aku kata, aku penah baling buah rambutan, masa tengah panjat pokok rambutan, so sembang banyak lagi laa. Dia cakap "dulu saya dtg malaysia, kumpul duit, beli basikal, masuk kg jual karpet, sekarang ini saya punya kedai laa" aku cakap rezeki you cukup murah, tak sangka hari ni kita dpt jumpa" so aku bergurau "kalau you tokey kedai, ini karpet bagi free pun, lagi saya banyak suka, lg murah reseki you" sekali dia suruh pekerja dia angkat karpet masuk kereta, siap bagi free tempat lap kaki lagi dua, Aku ingat dia bergurau, sekali memang bagi free kat aku". Punya happy aku balik, cuma aku terfikir dlm kereta masa balik "yg ramai2 dulu masuk kg jual karpet, dimana tahap perniagaan mereka hari ni? Aku yakin, mereka bnayak dah kaya raya dgn usaha dan penat lelah mereka masa dulu2.
 
mmg hebat..pelan2 naik, tp sekarang dh mencanak tinggi..yg kita ni nak terus senang je
 
mesti ko xpenah tgk berita yg bai karpet menangis kena tahan xde permit

die cakap hutang2 duit karpet die yg bg ansuran tu.. ada rm2juta total

kena hantar balik pakistan la bai tu
 
akunie rajin carigold je

ntah bila nak berubah haih...
 
Sama jugak pelarian kemboja. Masuk malaysia junjung jual kain masuk
kampung. Sekarang ni mereka miliki pelbagai premis kedai. Ramai anak
watan yang kerja dengan mereka.

Bagusnya kemboja ni, mereka low profile & menjaga solat...
 
Selama ni aku tak penah terfikir pun, atau terlintas pun kemana mereka semua hari ni yg dulu2 kayuh basikal masuk kg. Dah jumpa satu contoh yg benar2 berlaku depan mata aku, termenung seketika.
 
xhagak2 tawar dr 450 jadi 300 :))

tapi carpet n perabot kat nilai 3 ni mmg blh tawar giler2

kadang2 aku mcm ragu2 dgn harga sebenar

contoh cermin besar besar dr frame pintu

dpt rm150 dr rm300

bila kita nak blah je mula laa pakistan ni pujuk

u mau harga berapa..,
 
Sbb tu ramai yg ambik bangla,pakistan kerja..sbb rajin..bayar murah pun tarak hal
 
Last edited:
xhagak2 tawar dr 450 jadi 300 :))

tapi carpet n perabot kat nilai 3 ni mmg blh tawar giler2

kadang2 aku mcm ragu2 dgn harga sebenar

contoh cermin besar besar dr frame pintu

dpt rm150 dr rm300

bila kita nak blah je mula laa pakistan ni pujuk

u mau harga berapa..,

Kakakkaa...kena tawar banyak2, mana tahu dpt murah, tapi yg tak tahan, last bagi free, aku rasa aku org pertama yg beli barang kat nilai, tawar menawar last dpt free. Tapi dgn dia bagi free, disebabkan ingat kat perjalanan hidup dia dulu, tp dia buat aku termenung sepanjang perjalanan balik rumah, happy tu satu hal, tapi kesan dari dia bgai free, menyebabkan aku rasa inilah cerita benar yg betul2 memberi motivasi kat aku, walaupun jalan ceritanya biasa, tapi aku melihat perubahan hidup yg dia lalui. Dia dah penat muda2 dulu, skrg tuai hasil ajer. Yg aku ingat kata2 dia kat pekerja dia "masuk karpet ini dlm kereta, ini budak kenal masa sy masuk malaysia dulu"
 
Back
Top
Log in Register