BTC USD 84,071.1 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

Tempat = Felda Sg. Koyan
Masa = 12.20 pg
Ahli = aku sorang …sbb yg lain tido
Suspek = ntahla.. langsuir ponti kot


Ceta dia mcm ni….kire baru lg neh…aku ngan family termasuk anak buah aku nk balik kelantan…nk sambut puasa laa kt kg…aku bawak keta lalu ikut kl-kuala lipis…keta x de la banyak mana…kire perjalanan tu lancar la…

Bila sampai kt satu pekan tu…aku lupa pekan merapoh ke bentong ke…gitu la…kt pekan ni dia ada simpang… sebelum sampai simpang tu….aku x perasan signboard tunjuk arah kota bharu tu belah mana…tapi org umah aku ckp masuk ikut kiri…hati aku ni mmg rase berat je nk ikut arah tu…sbb aku tengok keta banyak mengala kearah kanan…

Org umah aku beriya-iya la kate arah kiri tu jalan nak ke KB… aku ni kalu balik kg waktu mlm lalu KL…biasanye tersesat…kecuali balik ikut segamat-kuantan…itu okla…hehe..

Oleh kerana aku ni mmg x perasan signboard tu…jadi kemenangan memihak pada dia…bila dh masuk simpang tu…aku tengok jalan pon aku rase lain la…sbb apa…jalan tu kire jalan kampong…bukan jalan utk menghubungkan antara negeri la…aku teruskan gak perjalanan tu…mmg sah ni bukan jalan utama…sbb aku nampak signboard tulis ‘jalan alternative ke KB’….

Tapi x pela…aku pon x penah lg lalu ikut sini…kire best gak buleh kenal arah baru….sepanjang 30 minit perjalan tu agak susah la aku nak berselisih ngan keta lain…dalam 20 minit sebijik keta…gitu la…kiri kanan lak mmg gelap…

Pendek ceta…bila aja aku masuk simpang sg koyan….aku pon terpaksa memberhentikan keta aku…sbb ade segerombolan lembu lepak tengah2 jalan…sebelum ni aku ade jumpa gak group lembu…tp agak cerdik…sbb lembu2 ni bagi laluan utk aku lalu…tp group lembu ni buat dekk je…kt kiri kanan aku hanya kelapa sawit…di belah kiri aku lak ade gaung…

Aku pon tunggu la lembu ni bagi laluan kt aku…w/pun dh bg hon…dah bagi hi beam…masih x de respon…aku x nk gerak masuk dalam kawanan lembu ni takut lembu2 ni terkejut & gesel2 keta aku je…mase ni sume tido…Aku tunggula sambil berpaut terangguk kt stereng keta…jam kol 12.20 pagi…

TIBA2…x semena-mena depan cermin keta aku…aku tengok macam cebisan kain berwarna putih…yg mmg aku konfem bukan sayap burung…sbb agak panjang … sedang mengepak2 melintasi keta aku…kira benda ni terbang atas keta aku la…jadi kain dia tu terlebih….dekat muka aku tuan2 dan puan…

Badan aku pon bukan takat meremang lagi…dh mcm berduri-duri dh aku rasa…bukan tengkok je…sampai kaki daaa….

Aku mmg x toleh kiri kanan…belakang lagi la aku x toleh…x dela aku cuba2 nak intai2 mane benda tu pegi…waktu tu nk baca apepun aku dh kelu…nk kejut bini aku pon mcm tergazet…takut kang panic lak…kang masuk gaung lak aku… Nak x nak…aku redah gak kawanan lembu tu…patut le lembu tu x gerak…derang pon takut rupanya….

Aku bawak keta mcm kebingungan…dlm 15 minit gak la…nak kasik duri badan aku ni masuk…mmg keta-keta susah nk jumpa…bila jumpa ade la 2-3 bijik keta yg bg hi beam kt aku…aku pelik la gak…mmg keta aku x de hi beam mase tu…aku bagi hi beam kt keta2 tu…tp derang ttp kasik hi beam gak kat aku…

Ahhh sudah….benda nih dok atas keta aku ke….tp keta aku smooth je x de rasa berat ke ape…jangan dia tunjuk muka time aku tengah drive sudah la….suasana mmg gelap la…dlam hati aku bila la nk jumpa jln utama neh…

Akhirnya aku jumpa gak jalan utama nak ke KB neh…legaaaaaa….


p/s...pengalaman seram bagi aku laa...

kalau x salah aku,ni jalan tersang,lembu mmg suka tido atas jalan.Sg Koyan ni area kg aku.
 
peh...seram..denga cite org seram..tapi dtg gian nak mengail..pegi jugak...
 
Ni bukan kisah aku, tapi kisah si Ajis. :">


KISAH SERAM SI PEMANCING

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..


p/s - :)):)):))

ajis memang style hahahhah.... :eek::eek::eek:
 
aduhai bos, orang x lalu jalan tu kalu belah malam kecuali dah biasa lalu kawasan tu n musim raya yang banyak kete...

btol la...mmg x berani lg aku lalu jln tu...itupon sbb tersosat...seramm...
 
Sapa pernah rasa bila dalam lif sorg2. Dia rasa macam ada org lain dalam lif tu? Or macam korg nak pergi je kat lif. Tiba2 pintu lif tu terbukak sedangkan korg belum tekan butang lif.

Aku selalu kena macam tu. Tapi pk positif sebab mungkin lif tu secara automatik or ada sebab2 saintifik kan. Hehehe. Tapi masa masuk lif aku baca bismillah and pasti akan duduk betul2 dekat dinding lif sebab boleh nampak sekeliling. Hehehe.

Sapa ada pengalaman seram dalam lif cerita la. Sharing is caring. :)
 
Sapa pernah rasa bila dalam lif sorg2. Dia rasa macam ada org lain dalam lif tu? Or macam korg nak pergi je kat lif. Tiba2 pintu lif tu terbukak sedangkan korg belum tekan butang lif.

Aku selalu kena macam tu. Tapi pk positif sebab mungkin lif tu secara automatik or ada sebab2 saintifik kan. Hehehe. Tapi masa masuk lif aku baca bismillah and pasti akan duduk betul2 dekat dinding lif sebab boleh nampak sekeliling. Hehehe.

Sapa ada pengalaman seram dalam lif cerita la. Sharing is caring. :)

kiva bila nk sambung citer yg aritu??? cepat sambung kiva...x lalu dah nk tunggu lama sgt....:)):)):mad::mad::)):))
 
Back
Top
Log in Register