BTC USD 83,373.1 Gold USD 4,138.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

Malam jumaat lepas aku naik highway PLUS dari selatan ke utara...Singgah di RNR Gurun jamu anak2 makan Burger Ramly dulu. Dah siap kitaorang gerak dari RNR Gurun menuju ke Susur keluar Alor Setar...

Selepas susur keluar Pendang rasanya, aku pon xsure sangat tapi anak kat belakang dah tertido la dlm pukul 9 malam gitu, dalam dok fokus kat sebiji motor kat depan yang nampak perlahan tapi masih agak jauh dari lokasi aku tetiba ternampak susuk badan sorang pompuan kat tepi hiway... dia berdiri belah dalam hiway ni kira belah dalam besi penghadang tepi hiway ni la... aku perati mmg clear nampak susuk badan pompuan tapi xfokus dan xnampak muka pasal gelap...

Dan aku pikir apa la orang tua ni nak lintas hiway malam2 gelap dengan keta banyak nie... bahaya kowt...aku jangkakan dia orang tua la pakaian dia traditional... baju kurung, kain batik dan tudung jenis letak atas kepala sedikit ke depan menutupi wajah dia...

Dalam dok pikir jawapan kenapa la makcik ni cari pasal malam2 tempat bahaya gini sambil bersoal jawab dengan anak aku yang xjawab apa2 tu, aku terpikir dan terkeluar soalan kepada anak aku, ke benda tu hantu...? dan anak aku terus pegang bahu aku... bapak biasa la steady smbil masih bergurau pasal hantu tu kehkehkeh...

Dan bila berborak dengan sorang member aku sorang ni, dia kata dia pernah nampak benda yang sama masa memandu berdua dengan rakan lain dalam masa lebih kurang mcm aku jumpa... cuma dia cakap pompuan tu nak lintas jalan dan bila tengok kat cermin sisi dan belakang memang benda tu xdak...

Benda berlaku tu xla menyeramkan aku pasal aku lambat pikir yang benda tu hantu... so aku agak relax la... cuma kepada yang memandu hiway tu bawa2 beringat sentiasa la kat mana hotspots yang berkenaan...

wanita-696x348.jpg


Ni kot yg bro nampak.......
 
wanita-696x348.jpg


Ni kot yg bro nampak.......

Mungkin boleh jadi dia huhuhu... pkaian warna cokelat xpon maroon... batik...

Dan bila lalu balik jalan tu try la nak cam balik kawasan kejadian... mmg area tu xdak rumah org pon pasal kawasan bendang ja kiri kanan

Itu la... bukan psal kita nak percaya itu ini sangat

Cuma takut tgh laju tetiba muncul dan kita mengelak
 
Tempat kejadian:rumah
Mangsa:aku n mak
Pemangsa: hantu raya kot
Waktu:2-3 pagi

Tak tau nk cite macam mana.tapi Cuba lah

Di sebabkan mak aku ni dah tua macam2 sakit.jadi aku bawa dia dok ngan aku Kat kl.so aku n abg aku yg jagalah.utk medical checkup Kat ppum.

Lepas 2 tahun tibe2 terasa nak balik semula ke kampung.rumah Kat kg pon dah biar Kosong 2 tahun(balik sekali skala).so Kali ni nak balik n duduk balik Kat rumah kg la

OK bila dah setel membersihkan rumah kami pon duduk semula.tapi kami dapat rasakan suasana rumah kami jadi macam kelam ja.oh ya lupa nk bgtau.jiran sebelah kami ni Ada pakcik(memang semua kejiranan tahu pakcik ni lain macam sikit-ada membela).di sebabkan kami duduk ditengah2 jadi jiran paling hujung Ada bgtau sepanjang kami takda pakcik ni malam2 pukul 1 mlm ke atas akan bawak kerusi malas Dan lepak di antara pagar rumah dia dan kami sambil ambik angin/ckp sorang2 n campak2 nasi atas bumbung.

So lepas kami kembali duduk rumah kg aktiviti pakcik ni trus stop dia dah tak keluar malam2 dgn kerusi malas dia.muka dia pon memang pakcik ni macam tak suka kami dok sini balik.sesuatu Sgt....

Sebulan lepas kami balik tiba2 mak aku asyik demam ja.sakit2... sebaab tu aku slalu tido dgn mak aku.Abg aku Bilik tgh.

Dalam pukul 2.30 pagi masa kami semua tgh lelap tido.tiba2 pintu bilik kami Ada org bukak(memang Cara manusia yg bukak sambil Pulas tombol pintu).aku n mak aku memang masing2 terkejut dan ingatkan Abg aku yg bukak.

Aku terus melompat dr katil and kejar lah...sampai ruang tamu memang tak Ada org.aku pergi bilik Abg aku.dia memang tgh berdengkur kuat x nampak pulak tanda2 dia yg bukak pintu Bilik aku.

Sape plak yg bukak pintu ni?bila subuh aku Tanya Abg aku dia tido mati ke semalam.dia kata lepas isyak dia terus tido sampai suboh...mak aku pulak terus demam.demam yg pelik...aku perasan anak mata mak aku jadi lain(macam ular) anak sedara 9 tahun pon bila mak aku pandang dia terus menyorok blakang aku.katanya seram bila mak aku pandang.demam mak aku makin teruk kot makan tak nak diam ja so kami adik beradik decide bawak pergi rawang umah kakak aku.

So dalam Kereta lebih kurang 1km dari rumah nk gerak rawang.tiba2 mak aku jadi normal.memang boleh becakap balik siap tanya apa jadi. Terus minta makan sebab katanya lapar...

Sampai rawang mak aku jadi sihat betul.takda demam apa sume...jadi aku dgn Abg aku rasa Ada sesuatu Dalam rumah tu.setelah berbincang kami kuatkan hati balik semula kg.tapi Kali ni kami penuhkan aktiviti keagamaan Dalam rumah...baca Quran selalu,jaga waktu solat...so sekarang dah ok cuma kadang2 time tido terjaga mamai aku perasan ada sesuatu yg berbulu dok pandang aku n mak tapi dia mcm tak boleh nak dekat aku akan halau cakap jgn Cuba sentuh aku n mak aku..balik semula pada tuan ko kalau tak tau la naseb ko n tuan ko. pas tu aku pon tido balik.sebab rumah kami hak kami.lol!

Byk benda nk citer...sepanjang duduk sini dah 20 thn sejak aku umor 13 thn Ada mcm2 yg aku nampak apa yg pakcik sebelah rumah buat tgh2 malam...pakcik ni memang misteri.beseluar pendek tak pakai baju hari2....nanti2 lah cite.....

Aku x pandai Sgt karang.mcm ni pon jadi ahhh

Kes camni kalau ada geng tabligh tinjau2 umah ujung tu pun baik jugak sampaikan tazkirah. Mungkin susah pakcik tu nak meninggal nanti dah biken janji macam2 dengan jin.
 
nie

saya cerita bukit Dumbar dekat Jelutong Penang

dekat jer

dari jambatan pulau pinang pertama dari seberang

masuk ke pulau

lalu tepi tesco jelutong

jalan nak pi jelutong

sebelah kanan

nampak bukit Dumbar

bukit-dumbar-park.jpg


benda nie berlaku sekitar 80an

kira kira 30 tahun lepas

Bukit Dumbar adalah tempat orang jogging dan senaman
dan orang mula ramai start 4 petang

kalau sabtu ahad cuti lagi ramai

Nak dijadikan cerita

ada dalam 3 amoi kira cun la time tue

pi la jogging kat Bukit Dumbar masa tue diorang pi dalam 6 petang atas nak dekat maghrib la


punya best jogging

kat atas tue

ada sekumpulan lelaki dok main bola

Tengah syok amoi nie jogging

salah seorang kaki krem plak

jadi diorang minta tolong la

orang nak angkat amoi tue

budak bola pun ramai kesian angkat letak kat kerusi berdekatan

dua amoi tue blah la pi call ambulans

sebab amoi yang krem kaki tue gemuk

tak larat orang nak angkat.

Yang group main bola pun banyak dah blah sebab dah maghrib malam kan

tinggal la satu mamat jaga amoi nie

dan tiba tiba dia pun pi berak tak tahan perut

Kawasan atas tue gelap la

dan ambulans pun sampai

nak ambik amoi tue

masa time tue mana ada handphone cam sekarang

zaman 80an tue phone cuma kat rumah ja

pi cari amoi tue takdak

dan laki tadi mai balik dari vera pun cari tak ada amoi tue

semua cari merata pun tak ada

jadi diorang bagitau

masyarakat sekeliling ada kampung dekat situ

tolong cari ngan polis bomba

cari sampai 7 hari tak jumpa jumpa pompuan tue

last tutup kes

kesian juga

ramai tau cerita nie orang tua tua time 80an

sekarang lepas 7 petang gelap tak ada sapapun kat situ semua blah

teringat cerita amoi yang hilang tue

pi mana pun tak tau

sampai lani jadi misteri

agak agak dia pi mana hilang camtue dah la krem kaki nak jalan pun tak leh

kesian
 
saya sarankan

pada yang nak pi Bukit Dumbar jangan lebih pukul 10 malam

memang gelap sunyi dan ngeri

kalau nak pi riadah terbaik lepas kul 8 pagi juga lepas pukul 5 petang
 
saya sarankan

pada yang nak pi Bukit Dumbar jangan lebih pukul 10 malam

memang gelap sunyi dan ngeri

kalau nak pi riadah terbaik lepas kul 8 pagi juga lepas pukul 5 petang

masa duk penang tahun 90an dulu..penah gak ler kesini jogging...byk gak tempat kat pulau kami pi jungle trekking...kena tegur tu biasa lahhhh..dah kita lalu tempat dia org kan...
 
jeng ..jeng....dari awal thread kisah seram ni sampai ke page 843...aku setia baca je kisah kat sini...

dan akhirnya...semalam aku (famili) alami sendiri kejadian yg boleh katakan scary juga..first time dalam hidup aku merasa perasaan seram ni...

kisahnya...bermula...selepas aku dan famili balik dari dinner dari sebuah kedai makan di BSP..

masa on d way balik...anak bongsu aku perempuan umur 6 tahun...mengantuk dan terus lena dalam kereta..bila sampai aku kejutkan tp dia tak terjaga langsung...aku syak dia mmg letih sbb ada aktiviti luar kelas di Taska dia siang tadi.

Aku angkat dan dukung dia masuk...sblm letak bilik tido aku bash dulu mulut dia yg berminyak..cuba kejutkan lagi..tp still lentok abis..ok ..aku barngkan dia dalam bilik atas katil dan buka lampu dan aircond..lepas tu aku keluar..

anak sulung aku lelaki dok main ninja ninja sambil kelubung kain pelekat dan tv terpasang. wife aku baring kat sofa sambil tengok handset...aku pulak ambik wuduk dan solat dalam bilik tadi sbb ada aircond...sementara tu, pintu rumah aku buka kan sikit bagi angin masuk tp grill berkunci.

Lepas siap solat, aku tgk anak aku still lena. Aku keluar dan baring depan tv menonton. Suasana biasa saja seperti malam malam sebelumnya. Tiba-tiba.......kita minum dulu....aku bangun pergi dapur teguk air kosong. Kembali semula ke depan tv...jeng..jeng....

tiba tiba aku dengar anak aku dalam bilik macam menjerit mendengus...selepas 2 kali kedengaran macam tu..aku pun meluru masuk...tgk dia still baring tak sedar..bila aku tepuk dia...dia macam marah..ok still normal..

kemudian aku syak dia mengigau..masa tu wife dan anak lelaki pun dah masuk sekali...aku angkat dan bacakan surah alfatihah dan kursi sbb wife aku uzur. Annak aku seolah menolak dan marah.Mata dia macam meliar memandang dalam bilik.
Aku tanya anak aku nampak apa...dia menunjuk sesuatu ke sudut bilik...

Aku angkat dan dukung anak aku sambil baca surah kat telinga dia..wife aku stil atas katil..

Wife aku tiba tiba menjerit dan menunjuk ke arah penjuru bilik dan berkata "ada benda bang kat adik"...sambil dia bingkas bangun dan memeluk aku...intonasi wife aku macam lain spt waktu dia jalani rawatan perubatan rohani sblm ni..

aku tiba-tiba rasa meremang roma dan rasa satu kehadiran dalam bilik tu..aku terus letak anak aku dan laungkan azan 2X..

Ok....stop kat sini dulu...

Kisah yg berlaku March lalu ni pun belum abis aku cerita...
Kisah bulan April yg terjadi sejak srminggu lepas pulak terjadi...
Untuk kisah April...aku bagi klunya...antara tajuk novel popular Tamar Jalis...
 
aku ada nmpk prempuan kaki patah
bawak anak dia umur dlm 2-3 tahun
anak dia takde muka
lama dah aku tak nampak bnd pelik2 ni
dl penrah jmp sorg ustaz ..dia bgthu ada jin duk berdamping ngn aku sbb tu nmpk mcm2.
pas jumpa tu dah ok skejap
ni dtg balik kot
 
saya sarankan

pada yang nak pi Bukit Dumbar jangan lebih pukul 10 malam

memang gelap sunyi dan ngeri

kalau nak pi riadah terbaik lepas kul 8 pagi juga lepas pukul 5 petang

Malam memang jadi port beromen dah daus...

Hang p tengok ada 4 5 bijik keta dok bawah pokok atas bukit tue malam2
 
kalau pi lalu kubur cina

kadang ade bende pelik bukan malam je

petang nie pelik gak

Pernah saya tengok kubur cina dekat sungai ara dekat kem tentera

Tengok atas kubur tue ramai orang

dan bila patah balik u turn kereta lalu balik

tak sampai 5 minit tak dak orang

takkan 5 minit ghaib orang sekelip mata
 
Back
Top
Log in Register