Okay sekarang baru selesa nak sambung cerita. Hehehe. Berhenti kat mana ya? Okay2.
Lepas kitorg dengar pintu di buka dan kena hempas. Aku dan Mok pergi ke arah perempuan sebab dorg paling dekat time pintu kena buka.
"Wei sapa main pintu ha?" soal aku. Muka dorg kelihatan agak pucat seperti baru nampak hantu.
"Takde la. Ada orang buka pintu tadi. Perempuan tengah mengandung." jawab Fatin.
"Wei, ko kata takde orang kat atas ni?" soal Mok pula.
"Aku pun tak pernah tahu ada orang. Sebab tadi aku tengok takde selipar pun. Setahu aku mana ada orang duduk atas lagi." jawab Fatin. Masing2 kelihatan pucat dan takut setelah Fatin cakap macam tu.
"Ala, kau bukan selalu datang atas ni kan. So maybe time tu orang dah pindah kot. Perasaan ko je. Lagi pun kita bising sangatkan. Mungkin orang tu marah kot." aku cuba tenangkan mereka.
"Baik skit. Bukan kau dengan Mok ke paling bising?" marah Nabila kat aku. Then semua gelak dan Ct suruh kitorg senyap sebab gelak kitorg kuat sangat.
Tiba2 Ella berkata sesuatu yang menakutkan kami semua, "Wei banyaknya plastik dekat sini. Letak kepala ke dalam ni?"
"Wei, mulut kau ni takde insurans kan. Tengok la kita kat mana ni!" marah Fatin. Kitorg semua diam saja dan suasana berubah menjadi sunyi seketika.
"Erm. Korg tak rasa panas ke? Tadi kat tingkat 4 sejuk je aku rasa. Tapi kat atas ni rasa panas. Pelik la. Bukan ke tingkat atas sekali patut paling sejuk." soal aku.
Mereka semua mengiyakan saja kata2 aku dan suasana merasa begitu lain sekali tak seperti kami datang tadi dengan bunyi kereta dan motor. Sekarang rasa sunyi sangat seperti kami saja di situ.
DUMMM!! Tiba2 kedengaran seperti sesuatu di hempaskan dan kami semua terus menerpa ke lif. Kami merasa takut sekali dan kelam kabut. Lif pun sampai dan kami semua melompat masuk. Selamat pintu lif besar. Kalau tak aku penyek kena himpit dengan Mok. Hahaha.
Nabila dan Ct mengambil keputusan untuk menggunakan tangga saja. Dan kami semua membantah kerana dorg ingin melakukan kerja gila. Tapi mereka tetap berdegil. Kami membiarkan saja dan terus ke tingkat 4 kerana berasa lebih selamat.
Sampai di tingkat 4 suasana masih sunyi. Nabila dan Ct masih tidak kelihatan. Kami semua menjadi risau sampai satu ketika kami terdengar 1 jeritan.
"Aaaaaaaaaaaaaaa...." suara seorang perempuan. Kami merasakan itu Ct atau Nabila. Semua merasa terkejut kerana semua mendengar suara itu. Kami terus berlari ke tangga. Tapi takde sapa yang berani atau turun kerana bimbang bukan seorang mereka berdua yang kami dengar.
Tiba2 kedengaran tapak kaki menurun dari tangga itu dan......bersambung..
hehehe..saja nak kenakn pembaca..sapa suruh samakan aku dengan pacat..wekk..

jangan marah..