BTC USD 81,209.0 Gold USD 4,024.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

Tempat kejadian: lupa
bila: lupa
mangsa: aku sorang
entiti: zombi

lenkali r cite ngantuk plak.
 
salam....

huhu....penat bijik mata tahan depan pc nak ngabiskan baca semua citerr.....baanyak ketinggalan,akhir nya habis pon baca.....
besttt.....#:-S
sejak daku join baca citer2 seram nie kan...daku rasa macam ada2 jerk kelibat2 lalu....ker perasaan jerk nih....:D
 
salam....

huhu....penat bijik mata tahan depan pc nak ngabiskan baca semua citerr.....baanyak ketinggalan,akhir nya habis pon baca.....
besttt.....#:-S
sejak daku join baca citer2 seram nie kan...daku rasa macam ada2 jerk kelibat2 lalu....ker perasaan jerk nih....:D

bukan perasaan tu mmg betol hehehe....... :D
 
pengalam sendiri kat percint 11 putrjy...
masa tu tinggal sorang kat bilik tengah....
pada mlm tu fisyar x leh nak tido sbbnya rasa panas sangat....
tapi disbbkan dah ngantuk n letih sesangat keadaan rasa panas kat dlm blik tu x diambik peduli langsung.....
terus je tido
n tp pada jam pkl brp fisyar tertiba je terjaga2 dari tido....
tapi yang pliknye badn x leh nak digerakan...n kaki fisyar pada masa tu cam ditekan kuat seperti ade org memijak
fisyar cuba gerak tp cam ade benda menahan dari fisyar mengerak badan...
yang menyeramkan pada mlm tu fisyar terasa ade tangan yg memegang dan menarik
kaki turun dari katil....
masatu cemas gila n terpikir sape plak yag tarik kaki aku niii....
lepas je pikir tu tertiba inggt kat benda tu...ape lagi rasa seram sejuk.....'
pada masa yg sama syar cepat2 ingat kat Yg Esa....fisyar cuba jerit Allahhuakbar....
baru leh badan tu bergerak...ape lagi pastu terus kaur bilik n tido ngan mmber sebelah....yg pelik tu terasa panas kaki tu dipegang leh benda tu....
 
Anakku di ganggu.

Kisah yang ingin kuceritakan ini berlaku 3 hari lepas kejadian ini betul betul mengangu fikiran ku.

Seperti biasa aku pulang dari keja jam 11:30 malam kebetulan aku bekerja shift petang.
Aku bergegas pulang untuk menggambil anakku dan isteriku di rumah mertuaku.

Entah mengapa malam itu aku berasa tidak sedap hati sepanjang melalui lebuhraya yang sepi fikiran ku runsing.

sampai di rumah mertuaku aku terus kebilik anakku tanpa mengambil wuduk terlebih dahulu.Selalunya aku terus mengambil wuduk bagi mengelakan perkara yang tidak elok berlaku aku.Setelah berkemas kemas aku terus mendukung anak lelakiku yang sedang lena tidur umurnya baru 1 tahun 2 bulan.Melihatnya lena tidur dengan nyenyak tidak sampai untuk mengejutkannya.Melihat mukanya yang comel semasa tidur serasa hilang penatku.

Sampai di rumah isteriku terus membaringkan anakku di atas tilam.Kami tidur di ruang tamu sbb khuatir kalau tidur di atas katil dalam bilik anakku akan terjatuh dari katil.Aku terus mandi dan membersihkan diri sementara isteriku bebaring di sisi anakku.

Selesai mandi aku lihat anakku dah bangun dia duduk di atas tilam sambil memerhatikan sesuatu arah meja makan.Tiba tiba anak ku ketawa berdekah dekah seperti ade orang yang meagahnya .Matanya terus tertumpu ke arah kerusi di meja makan sambil ketawa aku dan isteriku terasa cuak aku terus memeluknya dan membacakan surah kursi di telinganya.matanya teruk melihat kearah kerusi sambil tersenyum.hatiku jadi tidak tenteram kupadamkan lampu dan terus tidur.Anakku seperti tidak mahu tidur puas aku dan isteriku menepuknya akhirnya dia terlelap juga sekitar jam 2pagi.

Pagi itu isteriku memberitahu badan anakku panas aku terus mencapai thermometer dan ku letakkan di bawah ketiak anakku 38C... panas. Aku bergegas ke klink dan berjumpa doktor, selesai mengambil ubat .......anakku mula menangis.Isteriku berkata dia x selesa sbb tu asik nak nangis je.

Malam itu aku tidur di rumah mertuaku anakku sentiasa menangis dan tersentak ketika tidur dari jam 10 hingga jam 6 pagi, kami mmg tak dapat tidur sbb anaku menangis dengan kuat puas ku pujuk, puas ku dukung ubat demam juga dah ku beri badanya sekejap panas sekejap sejuk.

Siangnya aku ke klinik lagi ,doktor berkata mungkin dia tidak selesa sebab sakit tekak.Sampai di rumah anak ku menangis lagi aku tambah kusut.Ibu mertuaku megajakku kerumah pak mail di pontian untuk berubat.Sampai disana pak mail terus membacakan ayat ayat alquran
dan memberiku sebotol air untuk disapukan ke muka anakku sebelum tidur.

Alhamdulilah malam semalam anakkku tidur lena dan tidak menangis lagi.
menurut pak mail ade sesuatu yang megikut anakku dan menasikatkannku agar tidak membawa anak ku keluar selepas magrib.

Persolannya makhluk apakah yang mengikut anakku? dan adakah makhkluk itu yang duduk di kerusi makan di dalam rumahku itu masih ada?...
 
Kali ini aku ingin menceritakan kisah misteri yang di alami adikku...citer ni tak lah seram cuma agak misteri.

Adiku perempuanku bernama nenna (sama samaran je) dia berumur 22 tahun merupakan adik bungsuku.Nenna bekerja di sebuah syarikat swasta di jb dan telah bekerja lebihkurang setahun.

Nenna bekerja sebagai seorang eksekutif operasi di syarikat tersebut, dua bulan lepas nenna di tugaskan untuk melatih seorang perkerja baru bernama shahrul.

Shahrul seorang agak alim dan pendiam tapi shahrul amat rajin bekerja dan nenna tidak menghadapi masaalah untuk mengajarnya.

Suatu pagi shahrul berjumpa nenna menyatakan ingin memberitahu sesuatu padanya..
katanya semalam saya berjumpa ayah awak di masjid ketika saya sembahyang isyak dan dia kirim salam pada awak..nenna terkejut biar betul kau ni shahrul ayah aku dah 13 tahun meninggal..shahrul tersentak semalam pakcik tu siap sebut nama penuh kau siap cakap rupa kau camana..

Nenna bingung mungkin saharul salah kut getusnya dan terus ke hr department untuk mengecek adakah staff lain yang mempunyai sama nama denganya..

setelah di check mmg takde nama yang sama denganya...dan yang peliknya shahrul siap memberitahu ciri rupa lelaki tersebut dan ianya mmg sama dengan ayah..

mungkin aruah ayah ingin memberitahu sesuatu kepada adikku...
 
Pelaris
Kali ini saya ingin bercerita tentang Ilmu Pelaris.Pada dua tahun lepas aku pergi menemankan pakcik ku ke Pejabat pendidikan Jb katanya ade urusan penting.
Oleh kerana beliau kurang arif tentang jalan di jb nih dia telah mengajak aku untuk menghantarnya ke pejabat tersebut.

Selesai saja urusanya kami terus pulang dalam perjalanan pulang terasa perut lapar pulak. Aku terus membelok ke Taman P........ untuk mencari kedai makan.
Pakcik aku nih isteimewa sikit sebab dia nih blh nampak benda benda halus.Entah kenapa selera aku hari tu teringin sangat nak makan nasik lemak dengan ayam goreng.

Sedang aku melilau mencari kedai makan aku terus ternampak sebuah restoran nasi lemak.Ape lagi aku terus je park keta dan mengajak pakcik makan di restoran tersebut.
Keluar je keta dah terbau harumnya nasik lemak.

Masuk aja ke restoran tu terus aku ternampak pekerja kedai sedang menyusun ayam gorang berempah di dalam bekas nampak sungguh menyelerakan.Nampak garing dan ragup wahh best ni kataku kecil.Pelanggan restoran punyalah ramai sampai berbaris tunggu tapau.

Aku dan pakcik terus duduk di meja barisan kedua, tiba tiba aje muka pakciku berkerut dan katanya nak ke toilet. Sementara itu aku membelek belek menu di kedai tersebut wahh semuanya nampak sedap.

Keluar aje dari toilet pakcik terus je menuju ke arah aku ...kita makan kat kedai lain aja katanya perlahan.Aku terus bangun dan terus ke kereta dalam hati geram juga aku ngan pakcik ni.Pakcik terus diam tak bercakap dia nampak macam tergamam.

Aku terus tanya pakcik nape tak makan kat restoran tadi tu je.Dia terus cakap ..kalau kau nak makan muntah jin dan minum air kencing jin kau pergilah kat restoran tu.Aku terkedu gak masa tu.Katanya lagi masa di ke toilet dia sempat menjegah dapur restoran tersebut
dan ape yang dia nampak berpuluh puluk ekor jin tengah muntah dan kencing di dalam kuali dan periuk masak. Tokey kedai tu pakai pelaris sebab tu semuanya nampak macam sedap..

doa pengerak

Bismillahil ladzii yadhurru ma'as mihi syai_un fil Ard, walaa fissamak wahuwas sami'ul aliim.

ertinya : Dengan nama Allah tidak memberi sesuatu mudarat samada dilangit dan dibumi dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

cuba dapatkan ayatnya dalam bahasa arab. aku tak reti nak pastekan tulisan arabnya disini.

aku petik dari satu artikel mengenai doa ini untuk dikongsi bersama.

Keberuntungan beramal dengan doa ini :

Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Penggerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut :

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

• Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.
 
Kisah panggilan dari kawanku

Kisah berlaku kira kira 4 bulan lepas.Malam itu aku mererima panggilan dari sahabatku Radzi yang meminta aku menghantarnya ke johor bahru kerana dia ingin melawat adiknya yang sakit di hospital.

Aku menerima panggilan radzi kira kira jam 2 pagi di benar- benar ingin meminta tolong menurutnya adiknya yang berada di hospital sedang nazak.Aku serba salah kerana radzi tinggal di pekan nanas pontian kira kira 27km dari rumahku di kulai melalui jalan gunung pulai. Walaupun tidak berapa jauh tapi melalui jalan gunung pulai ke pekan nenas mmg sunyi dan gelap hanya ladang kelapa sawit yang gelap tanpa lampu jalan.

Demi sahabat baik ku aku aku bersetuju lagipun dia dalam kesusahan tanpa panjang cerita aku terus bergegas membawa keretaku melalui jalan gunung pulai.

Sepanjang perjalanan melalui jalan gunung pulai memamang mencabar suasana gelap gelita dengan jalan yang basah dan agak licin aku terus memandu dengan hati hati.
Ade kalanya bulu romaku meremang apabila melihat pokok pokok pisang liar di tepi jalan apabila di suluh lampu kereta daunnya berwarna seakan lembaga putih..
Aku membuka radio untuk menghilangkan rasa takutku.

Sampai sahaja aku di rumah radzi suasananya gelap sahaja.. uik tadi di yang call tapi kenapa rumahnya gelap je aku mmg pasti mmg dia yang call tadi. Aku terus mendail hp ku untuk mengejutkanya mungkin dia tertidur kut..agak lama aku mendail akhirnya radzi mejawab panggilan aku...katanya watpe kau call aku malam malam buta nih..aku menjawab kan kau yang call aku tadi mintak hantar pg hospital sebab adik kau sakit..aku dah dekat depan rumah kau nih....radzi menjawab ...wei aku kat kl lah ..mana ade orang kat umah.. aku hantar mak dan ayah aku nak gi umrah esok....Mana ade aku call kau.aku terdiam terus matikan handphone dan terus bergegas ke keretaku...semasa aku memasuki kereta aku ternampak bayang menyerupai manusia di tangga rumah radzi...apa lagi aku terus menekan minyak dan memecut keretaku...
 
Back
Top
Log in Register