Alah, ada je pun penjual burger yang dah berjaya dan miliki syarikat burger sendiri... Bukan tak ada masa depan jual burger tu... Semua kerja ada masa depan... Yang penting, dedikasi, disiplin dan kemahuan untuk menaiktaraf kerja tu... Kalau kita hormatkan kerja yang selama ni bagi kita rezeki tu, walaupun cuma jual burger, tengoklah nanti, berlipat kali ganda rezeki tu Tuhan bagi... Kuasa Allah, semua boleh jadi...
Tapi kalau belum apa-apa lagi, dah hina bagai... Emm... Tak payahla...
Aku tak salahkan orang perempuan untuk bersikap materialistik, sebab itu tuntutan dunia zaman sekarang... Tapi dah kalau sampai hina macam seolah-olah rendah sangat kerjaya penjual burger, ditambah lagi pulak dihina rupa lelaki tu, tak payahla... Carik la perempuan lain...