BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kilang hasil iPhone palsu diserbu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kilang hasil iPhone palsu diserbu - Foto Mingjingnews
BEIJING - CHINA. Pihak berkuasa tempatan menahan sembilan orang dalam satu serbuan sebuah kilang yang didakwa mengeluarkan sehingga 41,000 unit iPhone palsu di China.

Operasi kilang itu dilaporkan melibatkan ratusan pekerja pembungkusan semula bahagian telefon pintar terpakai sebagai iPhone baru untuk dieksport ke pasaran luar negara terutamanya Amerika Syarikat.

Menurut laporan, operasi kilang haram itu berjaya dihidu pihak berkuasa pada May lalu namun hanya didedahkan melalui media sosial oleh Biro keselamatan Beijing pada Ahad.

Pihak berkuasa Beijing berkata, kilang ini dikendalikan oleh pasangan suami isteri, di pinggir utara ibu negara China.

"Ia susulan laporan pihak berkuasa Amerika Syarikat yang merampas beberapa telefon palsu jenama itu di negara tersebut yang dipercayai dihasilkan di China,"

Sementara itu, menurut blogger BirdAbroad yang dipetik BBC, ramai kakitangan yang bekerja kilang berkenaan menyangka bahawa mereka bekerja dengan firma elektronik Amerika Syarikat dan bukannya kilang Apple yang palsu.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/kilang-hasil-iphone-palsu-diserbu-1.414025
 
Dlm gambar tu nampak dok tayang casing enfon ja..warna warni plak tu?
 
elok la depa serbu :)cgrock... kurang sikit tempias smartphone palsu kat malaysia ni..~X(
 
berita ni dah ada 2 hari lalu kat harian metro dan kat CG, consider astrokk ler... wartawan sinarharian ni memang pemalas, harini baru copy dan paste kat paper diorang... sape la yg dok beli paper ni...

iphonee.jpg.transformed.jpg


Beijing: Polis China menyerbu sebuah kilang yang menghasilkan lebih 41,000 unit telefon bimbit iPhone tiruan bernilai 120 juta yuan (RM72 juta), termasuk yang memasuki pasaran Amerika Syarikat serta menahan sembilan orang.

Apple dengan produknya iPhone, antara jenama paling popular di China dan sejak beberapa tahun lalu, pihak berkuasa meningkatkan usaha mengikis imej China sebagai pusat pengeluar barangan tiruan.

Antara yang ditahan ialah pasangan suami isteri yang mengetuai kumpulan berkenaan ketika serbuan dilakukan Mei lalu, terhadap sebuah kedai yang kononnya menyediakan perkhidmatan memperbaiki barangan elektronik di pinggir Beijing.

Maklumat serbuan itu hanya disiarkan dalam media sosial Ahad lalu, oleh pihak berkuasa di Beijing.

Kumpulan itu diketuai lelaki dikenali sebagai Yu, 43, dan isterinya, Xie, 40. Mereka yang membuka kilang dengan enam barisan pemasangan Januari lalu, mengupah ratusan pekerja bagi membungkus komponen telefon pintar sebagai iPhone untuk dieksport.

Polis yang merampas 1,400 telefon dan sejumlah besar aksesori, melakukan serbuan itu hasil maklumat pihak berkuasa Amerika yang merampas telefon tiruan berkenaan.

Selain Amerika, pihak berkuasa enggan mengulas negara lain yang menjadi sasaran eksport telefon tiruan itu manakala wakil Apple yang dihubungi enggan mengulas lanjut dengan alasan siasatan sedang berjalan. - Reuters


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66546#sthash.ikrOZiX3.dpuf
 
Last edited:
tu yg dpt tangkap.. yg lain2 acaner
 
Back
Top
Log in Register