BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kilang Bernas terbakar

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KEPALA BATAS 15 Jun - Bahagian pengering padi di kilang memproses padi milik Padiberas Nasional (Bernas) di Paya Keladi di sini musnah dalam satu kebakaran pagi ini.

Kebakaran yang bermula kira-kira pukul 9.15 pagi itu telah memusnahkan mesin dan peralatan pengering padi di loji pengeringan di kilang tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Perai, Rosdi Ismail berkata, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kejadian itu.

Menurutnya, 26 anggota dan lima pegawai bersama lima jentera dan sebuah jentera tangki air dari Balai Kepala Batas, Perai, Butterworth, Kuala Muda dan Tasek Gelugor bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.15 pagi.

Selain itu, mereka juga turut dibantu pasukan bomba sukarela dari Sungai Puyu, Bagan Ajam dan Raja Uda Butterworth.

"Gabungan anggota bomba itu berjaya mengawal api kira-kira pukul 11.30 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Rosdi, keadaan kilang yang sempit menyebabkan asap tebal berkumpul dalam bangunan kilang, selain berdepan tekanan air rendah pada awal permulaan operasi.

Beliau menambah, bahagian pengeringan padi terjejas teruk dalam kebakaran ketika kilang padi itu tidak beroperasi hari ini kerana cuti hujung minggu.

Rosdi memberitahu, pasukannya kini sedang menyiasat punca kebakaran dan kerugian yang dialami oleh kilang tersebut.

tu ler bahana sebab tipu orang kampung di Lunas bulan lepas. Jual beras hancur tahap kasi makan kat ayam kata beras elok.

:(scam :(scam :(scam :(scam
 
jadi beras hangus la ni.....
 
dia ni bijak bro.............. besok dia nak promo beras rentung lak.............:eek: :eek: :eek:
 
haha.. da lama kaut untung.. bila kera-jaan kata nk agih subsidi ke makanan .. terus je bg diskon rege less 15%.. klu x mmg untung 100% pn .. dok senyap jer.. kata xde untung.. :)) .. balasan setimpal
 
alasan nak naik lagi harga beraslah ni...
 
Back
Top
Log in Register