BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KHM nafi dakwaan Kirandeep

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

KHM nafi dakwaan Kirandeep​

September 10, 2022 @ 4:28pm
Kirandeep (depan) dakwa peluangnya lanjut pengajian di universiti dan terima biasiswa ‘disekat’.


Kirandeep (depan) dakwa peluangnya lanjut pengajian di universiti dan terima biasiswa ‘disekat’.


KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menafikan dakwaan pemain negara, Kirandeep Kaur di laman media sosial mengenai peluangnya untuk melanjutkan pengajian di universiti serta biasiswa 'disekat'.

Badan induk berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN), jurulatih kebangsaan, Nasihin Nubli Ibrahim dan pengurus pasukan, Siti Amarina Ruhani secara bersama, sudah menguruskan proses pengajian Kirandeep sebaik saja selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.

KHM berkata, Kirandeep sudah diterima masuk mengikuti program matrikulasi di Gambang pada bulan Mei 2021 sebagai langkah pertama dalam proses untuk melanjutkan pengajiannya.

Dalam tempoh pengajian di Gambang dari Mei 2021 sehingga Mei 2022, Kirandeep diberi kelonggaran serta sokongan dari segi latihan yang dijalankan secara atas talian serta di pusat matrikulasi Gambang.



"Ini merangkumi : (a) Kirandeep sudah membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan untuk kejohanan juara-juara asia di Korea (Disember 2021) dan Piala Asia (Januari 2022) atas sebab ingin memberi tumpuan kepada pengajian matrikulasi yang dirinya sudah memaklumkan kepada jurulatih kebangsaan ; (b) Kirandeep sudah menyertai skuad kebangsaan seminggu sebelum berlepas ke Piala Dunia Hoki Wanita Remaja pada bulan April 2022.






"Selepas tamat pengajian matrikulasi, Kirandep memohon kepada Universiti Awam melalui proses UPU. Salinan permohonannya dimajukan kepada ahli Lembaga KHM pada 12 Mac 2022 dan 28 April 2022. Ahli Lembaga memberikan maklum balas bahawa segala bantuan yang dapat dibuat akan dijalankan seperti mana dibuat untuk semua atlet kebangsaan.





"KHM sudah membincangkan perkara berkenaan dengan pegawai di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang memberi maklum balas amat baik untuk memberi perhatian kepada perkara berkenaan.

"Perkara itu juga dimaklumkan kepada ayah Kirandeep pada 29 April 2022. Ayahnya mengucapkan terima kasih atas segala usaha yang sedang dibuat oleh KHM. Keputusan kemasukan ke Universiti Awam masih belum diumumkan," kata KHM dalam kenyataan berkenaan.

Justeru, KHM terkilan dengan kenyataan dibuat Kirandeep dalam akaun Twitter pada Khamis lalu dan mengambil kenyataan itu sebagai satu perkara yang serius memandangkan pelbagai usaha serta bantuan sudah pun dilakukan.

"Pihak MSN, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) serta KPT Malaysia mempunyai sistem yang amat terperinci serta menyeluruh untuk memastikan kesemua atlet diberi peluang untuk menyerlah dalam sukan dan akademik.

"Pihak KHM amat berterima kasih kepada MSN, KBS dan KPT atas segala sokongan yang diberikan. Pihak KHM juga ingin menyatakan bahawa proses melanjutkan pelajaran adalah sesuatu yang mesti memberi penghormatan kepada pra-syarat akademik untuk setiap bidang pengajian serta pencapaian pelajar berkenaan alam bidang ko-kurikulum.

"Perkara itu akan menjadi faktor untuk pemetaan bidang pengajian yang dapat ditawarkan kepada setiap pemohon. Pihak KHM amat menghormati proses ini serta memberi pengiktirafan bahawa setiap pemohon mempunyai keistimewaan tersendiri dan sudah berkorban dan menyumbang kepada tanah air," kata kenyataan itu.


 


Hockey player Kirandeep gets offer to do medicine at UPM​


September 25, 2022 @ 6:05pm

Kirandeep_1664100334.jpg
Kirandeep scored 9As in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examinations last year and obtained a CGPA of 3.88 in her matriculation. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN


KUALA LUMPUR: Kirandeep Kaur can now dream of becoming a doctor.

The national women's hockey player received an offer to do medicine at Universiti Putra Malaysia (UPM) yesterday.
Malaysian Hockey Confederation (MHC) deputy president Professor S. Shamala was the first to congratulate 19-year-old Kirandeep.
"She is the first national woman hockey player to receive an offer to do medicine from a local university. This is a proud moment for Kirandeep and the MHC."



Kirandeep scored 9As in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examinations last year and obtained a CGPA of 3.88 in her matriculation.
Shamala hopes to see more hockey players following in Kirandeep's footsteps.

"All her hard work, in training and national team duties as well as studies, have paid off well. We wish her all the best in her studies," said Shamala.

Kuala Lumpur-born Kirandeep, a midfielder-cum-forward, was only 15 years old when she earned her first cap with the national women's team.

She made her international debut at the World Series in Singapore in 2018, where she played in all six matches and scored a goal. She was also in the team for the 2018 Jakarta Asian Games.

The former student of SMK Bukit Bandaraya in Bangsar was also part of the national junior team that played in the women's Junior World Cup in South Africa in January.

At the recent Malaysia Games, she helped FT to take third place.

Khairul Azri


· 1j ·


MUDA sudah MULA...
.
Inilah masalahnya, bila hang apply universiti..tapi bila hang tak dapat..

Terus lompat 'victim mindset', 2nd class citizen, bumiputera ada kuota bolehlah.

Ada beberapa benda aku nak ulas berdasarkan naratif yang Naib presiden MUDA cuba bawak kat twitter ni..

1. Isu Kuota
Bila dia up benda ni kat twitter orang terus point, kuota lah tu, sebab tu Melayu, Bumiputera dapat, kitaorang tak dapat, 2nd class citizen!

Kuota apamende?

Kuota di Universiti Awam(kecuali UITM) ni dah tak guna sejak 2002. Orang guna sistem merit(baca meritokrasi).

Dulu sebelum 2002 kalau guna kuota ikut ratio populasi, Bumiputera dapat 5.5 cina 3.5 India 1 per 10 tempat untuk ke semua kos di Universiti- politician hangpa jugak complain, Melayu dapat banyak, tak adil katanya.

Walaupun adil tu boleh diperdebatkan kalau melihat dari sudut populasi dan sosioekonomi bumiputera yang agak ketinggalan.

Takpa, kita ikutkan, OK hapus guna meritokrasi.

Siapa pandai dia dapat. Itulah meritokrasi.

Bila dah mai meritokrasi, pun masih complain lagi.

Mana taknya, hapus kuota buat merit, baru tau, eh rupanya anak bumiputera ni tak bodoh yang macam kita jangkalah, makin dapat kurang pulak kengkadang, nak mintak kuota balik boleh tak?.
1f605.png


Kondem, tak cukup, tak adil, meritokrasi tak telus. Melayu banyak, mengejutkan!(bukan aku kata, lim kit siang kata)

Ka hangpa sebenarnya nak anak Melayu jangan apply kos-kos kritikal barulah hangpa puas?

KALAU YA habaq awal-awal, kita pakat suruh orang Melayu dan Bumiputera jangan apply medic start tahun depan. Haha.

Sebab tu aku cukup skeptikal bila ada orang kata hapuskan segala affirmative action, kuota secara total, jangan bantu kaum sekalian-sekalian bagi bantuan ikut kelas pendapatan - miskin sama rata dapat tak kira bangsa.

Sebab track record hangpa tak cantik camni.

Cuba bayangkan kalau bantuan di Malaysia ni fokus ikut pendapatan, bukaklah mana² statistik yang miskin, duduk kampong, paygap besar -majoriti bumi, jangan esok dah hapus dasar, fokus sapa miskin hangpa u-turn nak kuota balik.
1f605.png


2. Sistem merit ni 'WAYANG'.
Ok kita ambiklah on face value, sistem merit yang ada ni 'WAYANG' tapi bul kita tengok UM Medic batch graduate 2021(rujuk komen), ada 110 orang dan dari 110 orang medic UM, komposisinya adalah:

Bumiputera 45/110: 40.9%
Cina 49/110: 44.5%
India 16/110: 14.5%
VS
Populasi berdasarkan etnik(DOSM-2020)
Bumiputera - 69.6%
Cina - 22.6%
India -6.8%
LL - 1.0%

Ini baru banding dengan populasi..

Belum kita kira etnik pemohon vs % berjaya mendapat tempat.

Kalau campur STPM+Matrikulasi agak agak etnik mana yang paling banyak mohon dan kena reject? % chance untuk dapat siapa paling tinggi.

3. Result UPU yang belum keluar pun.
Ok kita tolaklah tepi, isu atlet yang mula-mula complaint dia dapat 7A, 3.88 kat matriks, main game dah level dunia, tapi tak dapat masuk IPTA, bila orang tanya eh results matrik untuk UPU dah keluar ke? (rujuk komen)

Dia mengaku dia bukan complain UPU, dia complain private entry ke medic UKM, UKM reject sebab depa rasa ada yang lagi layak, yelah medic sejak tahun tahun kebelakangan ni ramai calon bijak bijak, very competitive.. hang takdapat 4flat matriks lupakan jelah. Dan kalau hang pi kat merit kalkulator JPT, koko maksimum hanyalah 10%.(rujuk komen).

Jadi poin penting, benda ni bukan UPU, dan bergantung kepada UKM, sebab private entry.

Tapi mai, si minah politisyen MUDA ni bila orang tegur dia acah suci eh mana ada perkauman, 200 orang India semua A tak dapat apa?
Yang ni aku hairan, hang sembang UPU yang mana walhal adik aku sendiri baru kemasikini UPU dia dua-tiga minggu lepas. (rujuk komen)
So macamna boleh tau dah kena reject UPU?

Bilamana result UPU pun belum keluar?

Tolong bagi faham sat?

Akhir kata, hangpa selalu kata politician tua perkauman, main race card..

Jadi katanya hangpa nak ubah, fresh air politics, politics dasar, bukan perkauman blablabla..

Tapi aku tengok macam sama je? lagi lagi Doktor Thanussha sorang ni. dah berapa kali dia touch isu isu macamni.

Bukan apa..

Jangan selalu sangat buat pangai camni.. takut nanti orang troll tagline hangpa..

"MUDA sudah MULA main POLITIK PERKAUMAN"


1662917751462.png


Punggah.
 

Ahmad Thibri Mashri

12j ·

MUDA YANG DANGKAL

Baru-baru ini, ada seorang lepasan Matrikulasi telah memuatnaik di Twitter berkenaan kekecewaanya bila proses pengajian dia ke peringkat seterusnya tidak semudah yang dia hajatkan walaupun dia adalah atlet remaja di peringkat kebangsaan.

Memandangkan lepasan Matrikulasi ini berbangsa India, seorang Naib Presiden MUDA tidak mahu melepaskan peluang untuk mainkan isu perkauman.

Di mata Naib Presiden MUDA ini, status bukan bumiputera lepasan Matrikulasi ini adalah asbab dia sukar untuk dapatkan kemasukan ke bidang yang dia hajati iaitu bidang perubatan.

Dangkal sungguh.

Kedangkalan pertama ialah Naib Presiden MUDA ini tidak maklum bahawa kemasukan ke Universiti Awam telah menggunapakai kaedah meritokrasi sejak sekian lama. Kaedah ini tidak ambil kira faktor agama, bangsa, keturunan mahupun negeri.

Untuk kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi, kaedah ini memperuntukkan 90% pemberat untuk markah akademik dan 10% pemberat untuk markah kokurikulum.

Maksudnya, dengan CGPA 3.88 di peringkat Matrikulasi dan andaian markah penuh untuk kokurikulum, markah merit dia adalah 97.30%.

Semua sedia maklum, persaingan ke bidang perubatan di Universiti Awam adalah sangat sengit. Bukan sedikit pelajar yang mendapat keputusan 4.0 di Matrikulasi. Jadi tidak pelik kalau lebih ramai pelajar yang mendapat markah merit lebih daripada 97.30%.

Namun Naib Presiden MUDA ini masih mahu memainkan isu perkauman.

Kedangkalan kedua ialah, dalam Naib Presiden MUDA ini pantas menghala serangannya kepada status bangsa, keputusan Unit Pusat Universiti (UPU) sebenarnya belum pun lagi diumumkan. Keputusan hanya akan diumum antara 25-27 September ini.

Lepasan Matrikulasi ini sendiri akui yang dia sebenarnya merujuk kepada kegagalannya memasuki universiti swasta. Keputusan gagalnya dia jelas berkirakan pada merit. Merit yang dia ada tidak melayakkan dia untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan hatta di universiti swasta.

Namun Naib Presiden MUDA ini terlalu pantas ingin mainkan isu perkauman.

Kedangkalan ketiga ialah dalam Naib Presiden MUDA ini mendakwa mereka adalah “second class citizens” di negara sendiri kerana adanya peruntukan hak keistimewaan kepada Bumiputera, dia pula minta agar keistimewaan diberikan untuk lepasan Matrikulasi ini mendapat “waiver” berkenaan pra-syarat kemasukan ke bidang perubatan atas alasan dia mewakili negara dalam bidang sukan. Ironi.

Dangkal sungguh.

Apalah yang kita harapkan kepada parti yang kononnya bernafas baru ini? MUDA itu maksudnya Malaysian United Democratic Alliance, bukanlah muda pada cara dan pembawakan.

Huruf D pada MUDA itu juga sama dengan D pada Democratic Action Party. Tidaklah memeranjatkan kita jika dangkalnya mereka ini berkenaan asas-asas negara adalah sama.

1662918552813.png

1662918564195.png

1662918572891.png
 
Maksudnya Kadeep ni bising sebelum results UPU keluar ye…?
Ya mcm tu....bising xkena tempat....padahal result utk ipts dh dpt yg ipta blum kluaq lg....yg bestnya n.p muda plk lebih kuah dr sudu....mainkan sentiment kaum pasai kuota....satgi kt bising pasai kuota tentera ngn polis, bomba satgi br depa tau langit tinggi rendah
 
Result lepasan matriks/asasi untuk IPTA akan dikeluarkan dalam minggu ni kan?
Pointer 3.88 pun bukan senang nak dapat Medic sebab punya le ramai students minat pada kursus yang sama.
Kursus HOT seperti medic, mechatronic memang ada saingan kuat.
 
Back
Top
Log in Register