BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khir Toyo kena Tangkap!

lakonan SPRM je ni, lepas jg mamat ni akhirnye, SPRM buat wayang je konon buat kerja...piraahhhh...
 
klau btol alhamdulillah..tangkap je sape2 lg yg mcm ni..jgn pilih kasih plak..
 
Khir Toyo Dijangka Didakwa Berhubung Pemilikan Dua Tanah Lot Banglo Mewah

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dijangkakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, atas tuduhan berhubung pemilikan dua tanah lot banglo mewah di Seksyen 7, di sini.

Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd Khir dijangka didakwa bersama Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni atas dakwaan tersebut.

Khir didakwa menerima dua tanah lot tersebut daripada Shamsuddin dengan bayaran RM3.5 juta pada 29 Mei, 2007 sedangkan lot tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

sape de info psl ditamas s/b nie?pastu aku xphm shamsuddin beli mhl,pastu jual murah kt khir toyo,pe yg slh ek?
ke shamsuddin nie kije ngan ditamas,bkn pemilik?
:-?:-?:-?
 
.....

Sebelum pilihanraya tahun 2004, Eric Chia di hadapkan mahkamah, bekas menteri iaitu Tan Sri Kasitah Gadam di hadap kan ke Mahkamah. Lepas pilihanraya, dua dua di bebaskan dan tak bersalah.Semua lakonan.
 
ataupn depa nk hapuskan karier politik khir toyo:-?:-?
mcm dgragon ball,nk hapuskan watak majimbo,goku bunuh die :)):))

itu la ... bunuh je karier khir ni ... bukan btl sgt masa dia jadi mb dulu
 
sebelum drama ni habis,sape2 yg pandai snipe...sila tembak jer toyol ni..
kalau x gerenti lepas....
 
Pendakwaan beri saya peluang bersihkan nama: Mohd Khir

2010/12/06

SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan tindakan pihak pendakwaan mendakwanya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini akan membersihkan namanya daripada tuduhan itu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau yakin pada sistem perundangan negara ini dan percaya kes itu akan dibicarakan secepat mungkin.

"Saya dapat membersihkan nama saya daripada dakyah pembangkang," katanya ketika ditemui pemberita selepas pendakwaan kes beliau

Mohd Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini
 
khir toyol kene tangkap??tak lama lagi dia akan berjaya melepaskan diri...dia kan toyol..
 
biasalah orang politik mesti banyak makan punye,

tak kira parti mana-mana

sampai mati pun tak percaya diorang tak makan R....
 
Back
Top
Log in Register