cybermaster
Banned
- Messages
- 1,708
- Joined
- Jun 13, 2007
- Messages
- 1,708
- Reaction score
- 10
- Points
- 25
Barisan Nasional Selangor hari Khamis, mengumumkan senarai calon dan menyaksikan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang disebut-sebut akan bertanding tidak tersenarai sebagai calon pada pilihan raya 8 Mac depan.
Menepati ramalan sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan ini, melenyapkan spekulasi bahawa beliau akan bertukar ke kerusi Parlimen.
Kedudukan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy yang dikatakan akan mengundur diri daripada bertanding untuk kerusi Parlimen Selayang tidak pula diumumkan. Antara mereka yang digugurkan ialah Datuk Yap Pian Hon (Serdang), Dr. Rozaidah Talib (Ampang), Datuk Dr. Rahman Ismail (Gombak), Datuk Dr. Shafie Salleh (Kuala Langat), Tan Yee Tew (Klang), Loh Seng Kok (Kelana Jaya), Tan Sri K.S Nijhar (Subang), Daud Tarihep (Kuala Selangor), dan Datuk Dr. Yasir Mohd. Ikhsan (Sabak Bernam).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin yang sebelum ini dikatakan tidak dicalonkan semula disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam walaupun Umno bahagian itu baru-baru ini meminta calon tempatan dipilih kali ini.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pula kekal bertanding bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang, dan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon kekal di kawasan Parlimen Sungai Besar, manakala Datuk Mohd Zain Mohamad pula bagi kerusi Parlimen Sepang.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Markiman Kobiran kekal di kerusi Parlimen Hulu langat.
Tempat bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Shafie Salleh di kawasan Parlimen Kuala Langat akan diganti oleh Sulaiman Kabri, manakala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ong Tee Keat kekal bertanding di kerusi Parlimen Pandan.
Wakil negeri Kuala Kubu Baharu, Datuk Ch'ng Toh Eng dipindahkan ke kerusi Parlimen Klang, menggantikan Tan Yee Kew; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan keluarga Datuk G Palanivel kekal di kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datin Paduka P.Komala Devi bagi kerusi Parlimen Kapar dan S.A. Vigneswaran bagi kerusi Parlimen Kota Raja.
Sementara itu, Menteri Besar juga mengumumkan pencalonan Roslinda Abdul Jamil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Klang menggantikan Datuk Zakaria Mat Deros yang mencetuskan isu kerana membina banglo mewah di Pandamaran tanpa terlebih mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Roslinda merupakan menantu kepada Zakaria.
Mengulas pencalonan itu, Dr Mohamad Khir berkata pencalonan Roslinda bukan atas sifatnya sebagai menantu Zakaria, tetapi berdasarkan prestasi khidmatnya dalam parti sebagai anggota Puteri Umno dan mendapat sokongan di peringkat akar umbi.
TERBARU: Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy dijangka adakan sidang akhbar petang ini umum undur diri.Beliau yang juga Menteri Pengangkutan kini adalalah ahli parlimen kawasan Selayang di Selangor.
UNDILAH BARISAN ALTERNATIF
Last edited:
