Salam warga CG
1. Penganjuran kursus kahwin di Kuala Lumpur - Danau Kota, Manjalara, Setiawangsa, Putrajaya, TTDI (di bawah pengurusan JAWI).
a. Jangkamasa kursus kahwin hanyalah 1 hari setengah sahaja. Kursus kahwin akan tamat pada tengahari hari Ahad (atau Khamis jika kursus kahwin hari bekerja).
b. Para peserta hanya duduk dan dengar sahaja.
c. 3 kali makan-makan disediakan untuk semua peserta.
d. Yuran yang ditetapkan oleh JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta. Yuran ini telah termasuk 3 kali makan-makan, sijil kursus kahwin, buku Gerbang Perkahwinan, file dan sedikit alatulis serta 7 orang penceramah yang bertauliah dan berpengalaman. Mereka akan membantu sekiranya ada peserta yang perlukan khidmat nasihat tentang proses dan prosedur memohon kelulusan pernikahan dari Jabatan Agama Negeri.
e. Ada kursus kahwin pada hari hujung minggu (Sabtu dan ahad) setiap minggu. Contohnya di Danau Kota, Gombak dan Datuk Keramat.
f. Ada juga kursus kahwin hari bekerja (Rabu dan Khamis) setiap minggu. Contohnya di Danau Kota.
g. Walaupun ujian bertulis dan ujian lisan telah dimaklumkan oleh Menteri di akhbar pada tahun 2013, hingga kini ujian bertulis atau ujian lisan masih belum dilaksanakan.
h. Sijil kursus kahwin akan dikeluarkan oleh pihak JAWI dalam masa 3 hari bekerja selepas tamat kursus kahwin.
i. Bakal peserta boleh membuat booking melalui Whatsapp dengan memberikan NAMA PENUH + NO IC + TARIKH PILIHAN + LOKASI PUSAT KURSUS KAHIWN PILIHAN + NOMBOR HANDPHONE.
j. Yuran penuh boleh dijelaskan pada hari bakal peserta hadir ke kursus kahwin.
k. Dokumen yang perlu dibawa oleh bakal peserta hanya 1 salinan kad pengenalan bagi setiap peserta.
l. Bagi warga asing, 1 salinan passport diperlukan.
m. Bakal peserta wajib menghadiri kursus kahwin mengikut waktu yang telah ditetapkan seperti di bawah:
i. Sabtu (atau Rabu) – 8-9 pagi: Isi borang, ambil file dan sarapan (sarapan disediakan).
Kursus kahwin bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang (makan tengahari disediakan).
ii. Ahad (atau Khamis) – kursus kahwin disambung pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 2 petang (makan pagi disediakan jam 9.30 pagi).
n. Bakal peserta wajib hadir dan mengikuti kesemua 7 modul kursus kahwin yang mana pada setiap modul ini, bakal peserta perlu menandatangani kehadiran dan mesti disahkan oleh setiap penceramah.
Terdapat 7 modul wajib MBKPPI – JAWI/JAKIM.
i. Akidah & Ibadah
ii. Akhlak Hubungan Dalam Keluarga
iii. Pengurusan Kesihatan Keluarga
iv. Perkahwinan & Prosedur
v. Pengurusan Tekanan Dan Konflik
vi. Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Kewangan Dan Masa
vii. Perkhidmatan Runding Cara & Pembubaran Perkahwinan
p. Sijil kursus kahwin tidak akan dikeluarkan oleh pihak JAWI bagi mana-mana peserta yang tidak hadir salah satu dari modul atau mana-mana bahagian ini.
q. Pihak penganjur akan menghubungi setiap peserta melalui Whatsapp apabila sijil kursus kahwin telah siap dan telah sampai ke pejabat urusan penganjur.
r. Para peserta boleh memilih untuk hadir sendiri untuk mengambil sijil kursus kahwin ataupun boleh meminta pihak penganjur menghantar sijil kursus kahwin melalui PosLaju ke alamat yang diberi oleh peserta (perkara ini akan diterangkan oleh penganjur pada hari kursus kahwin).
s. Para peserta akan sentiasa diingatkan oleh penganjur di sepanjang waktu berkursus agar sentiasa menyemak nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk mengelakkan berlakunya salah print nama dan nombor kad pengenalan di atas sijil kursus kahwin.
t. Jumlah maksimum para peserta yang dibenarkan oleh JAWI untuk setiap sesi adalah 150 orang peserta. Bagaimanapun ianya juga bergantung kepada keluasan dewan ceramah bagi setiap pusat kursus kahwin.
Untuk maklumat lanjut dan booking online, sila layari --->
http://nak.la/kursuskahwin