BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Khidmat Guaman Percuma dari SUKA GUAM?

kronoz

Active Member
Messages
1,957
Joined
Jun 1, 2011
Messages
1,957
Reaction score
24
Points
25
Salam,
Berdasarkan tajuk di atas, pasti ramai yang sudah dengar mengenai SUKAGUAM.
Biasanya kalau ada kes masuk TV sana sini mesti SUKAGUAM muncul membantu

Ada tak sesiapa yang sudah mencuba?
Adakah ianya memang 100% percuma?
Minimum kelayakan yang akan mereka bantu?

Saje tanya in case nak diperlukan di masa mendatang :">


Sukaguam tawar khidmat guaman percuma

Kebimbangan banyak pihak terhadap sistem baru mahkamah yang menyaksikan kenaikan kos yuran guaman sehingga 400 peratus menemui kelegaan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sukarelawan Peguam (Sukaguam).

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, Sukaguam yang baru ditubuhkan ini akan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan berkaitan undang-undang sivil dan syariah secara percuma kepada semua peringkat masyarakat.

Kata beliau, perkhidmatan tersebut merangkumi isu perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat, harta pusaka, pembelian hartanah, pembuangan kerja secara tidak adil, hak-hak ketika ditahan polis dan banyak lagi.

"Perkhidmatan tersebut ditawarkan bagi tempoh tiga bulan menerusi tujuh kaunter khidmat iaitu pada setiap Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari pukul 3 hingga 6 petang bermula Jumaat ini.

"Orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat Sukaguam bertempat di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Wangsa Maju, Jumaat ini dan bagi yang ingin menghubungi Sukaguam boleh menghantar e-mel ke [email protected]," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairul berkata, inisiatif ini merupakan kerjasama antara Khairul Group, Restoran Ali Maju Sdn. Bhd. dan tujuh peguam sukarelawan.

Katanya, khidmat nasihat yang akan diberikan berunsur panduan secara tepat bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan kembali hak atau menyelesaikan masalah mereka.

"Khidmat yang kami berikan ini boleh membantu orang ramai mengurangkan kos sekitar RM2,000 hingga RM3,000 yang kebiasaannya dikenakan oleh firma guaman bagi khidmat 'buka fail' dan kaunseling, namun kami tidak mengenakan apa-apa bayaran pun, semuanya percuma.

"Kami akan membantu menyelesaikan masalah orang ramai menerusi kaunseling, namun jika mendapati kes yang dihadapi memerlukan khidmat peguam, kami akan mendapatkan firma guaman yang boleh mengenakan kos berpatutan," ujarnya.

Kata beliau, Sukaguam bercadang mewujudkan sekretariat tetap selepas tempoh percubaan selama tiga bulan dan seterusnya memperluaskan perkhidmatan itu kepada masyarakat di luar bandar secara percuma.

Beliau berkata, lebih menarik pada sesi perkhidmatan tiga bulan itu, Restoran Ali Maju akan menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada orang ramai yang mendapatkan perkhidmatan Sukaguam.

Khairul berkata, pihaknya amat mengalu-alukan terutamanya golongan yang kurang berkemampuan serta tidak berpengetahuan tentang khidmat perundangan tetapi sangat memerlukan sesi kaunseling daripada peguam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Restoran Ali Maju Sdn. Bhd, Datuk Jawahar Ali menyeru pengusaha restoran lain untuk sama-sama membantu menjayakan program tanggungjawab sosial ini.

"Pada Jumaat ini kita akan mengadakan khidmat Sukaguam di restoran kami di Wangsa Maju, tetapi bagi minggu-minggu berikutnya kita akan berpindah ke Restoran Ali Maju di sekitar Lembah Klang pula," katanya.

- UTUSAN
 
tertakluk jg. ade kes yg sebenarnya xperlukan peguam pun. ble bawa sendiri terutama d mahkmah syariah. kes pengesahan cerai, permohonan cerai, tuntutan nafkah anak, mutaah, nafkah iddah, harta sepencarian, faraid... mahkamah ada pegawai Sulh. pegawai ni akan bantu pihak2 berbincang untuk dapatkan kata sepakat terhadap tuntutan yg difailkan. jika ada persetujuan pegawai tersebut akan buatkan perjanjian dan diendorse pada hari tu jg. maka selesai la kes tersebut...dan dah boleh kuatkuasa perintah yg dipersetujui....
 
Thanks for the info bro

Aku mencari khidmat guaman untuk category kena scam :D

Takde ke member CG ni berminat ngan SUKAGUAM untuk selesaikan masalah scammer?

Buka thread pasal scammer pung pang pung pang 2387 Pages tapi takde tindakan pun
 
available lagi ke sukaguam ni? aku nk try la..kes beli rumah, lawyer tarik diri..aku nak mintak full refund...
 
Back
Top
Log in Register