eishen
Active+ Member
- Messages
- 3,547
- Joined
- Nov 26, 2007
- Messages
- 3,547
- Reaction score
- 82
- Points
- 30
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan bas henti-henti 'ala bas mini' yang popular di ibu negara satu ketika dulu kini bagaikan kembali menghantui warga kota apabila beberapa syarikat bas henti-henti memajak bas mereka kepada pemandu.
Walaupun operasi bas tersebut menggunakan bas-bas panjang dan bukannya bas kecil seperti sebelumnya, namun 'budaya bas mini' yang terkenal dengan berebut penumpang, tidak mengikut laluan, beroperasi tidak mengikut masa serta dipandu secara melulu.
Semuanya berlaku gara-gara tindakan segelintir pengusaha bas henti-henti yang memajak bas mereka kepada pemandu dengan kadar tertentu seperti RM500 sehari.
Lebih parah, pemandu yang diberi pajak itu diambil sambil lewa tanpa pemilihan yang ketat kerana yang penting bagi syarikat bas ialah memperoleh keuntungan tanpa perlu bersusah payah mengoperasikannya.
Malah, hasil maklumat yang diperolehi, rata-rata pemandu dan konduktor bas yang terlibat terdiri daripada warga Indonesia.
Ekoran daripada senario yang dikatakan telah menular sejak 10 tahun lalu itu, para pemandu bas yang memajak bas berkenaan akan melakukan apa saja untuk mendapatkan penumpang bagi memastikan mereka dapat membayar pajakan bas tersebut selain mendapat untung.
Perkara itu diakui Pengarah Pemantauan Harga Nasional, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Syaiful Abdullah yang memberitahu, pihaknya pernah menerima laporan mengenai perkara itu.
Beliau bagaimanapun, melahirkan rasa hairan bagaimana kegiatan haram itu boleh berleluasa tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa yang seolah-olah gagal 'menghidunya'.
Ekoran sistem pajakan itu, Mohd. Syaiful mendakwa, para pemandu bagaikan diberi kuasa 'autonomi' untuk bebas menentu laluan yang ingin dilalui asal sahaja mampu membayar wang pajakan sedangkan pihak berkuasa telah menetapkan laluan masing-masing bagi setiap syarikat bas.
Berdasarkan tinjauan pihaknya, pemandu terbabit biasanya hanya memandu bas pada waktu puncak dan kawasan yang diyakini ramai penumpang sehingga menyebabkan kejadian berebut penumpang.
"Masalah ini bukan hanya berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor tetapi turut melanda Pulau Pinang dan di sana keadaannya lebih teruk sehingga mencetuskan pergaduhan antara pemandu bas kerana berebut penumpang.
"Apa yang membimbangkan ialah, para pemandu ini didapati mengabaikan soal keselamatan kerana terpaksa mendapatkan penumpang seramai mungkin bagi menampung kos pajakan dan keadaannya tidak ubah seperti 'bas mini' yang menjadi 'raja' di ibu negara satu ketika dulu," jelasnya.
Malah tegas beliau, sikap segelintir pemandu yang mengejar penumpang serta kaedah pemanduan seperti 'bas mini' turut memberi kesan negatif terhadap keselamatan penumpang.
Paling teruk katanya, kebanyakan bas yang dipajak ini dikatakan beroperasi tanpa mengikut jadual dan hanya berjalan apabila penumpang penuh di dalam bas.
Ekoran itu kata Mohd. Syaiful, keadaan penumpang di dalam bas tidak ubah seperti 'ikan sardin' sehingga kadang-kala pemandu sendiri sukar untuk melihat cermin sisi bas.