InstaForexRebat
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) berjaya menetapkan harga bagi penawaran sukuk terkini yang bernilai AS$1 bilion.
Terbitan sukuk berkenaan terdiri daripada dua bahagian iaitu sukuk bernilai nominal 400 juta US Dolar untuk jangka lima tahun yang matang pada 2026 dan sukuk bernilai nominal 600 juta US Dolar untuk jangka 10 tahun yang matang pada 2031.
Khazanah dalam kenyataannya berkata, sukuk terbabit akan diterbitkan melalui sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang diperbadankan di Labuan, Dua Capital Ltd (Dua Capital).
"Sukuk terbaharu ini dilancarkan pada petunjuk harga awal 125 mata asas (bps) sepanjang tempoh lima tahun hasil Perbendaharaan AS serta 150 bps sepanjang tempoh 10 tahun hasil Perbendaharaan (AS).
"Urus niaga ini menyaksikan permintaan tinggi di Asia, Eropah dan Asia Barat, dengan harga langganan tertinggi yang dicatatkan kira-kira AS$6 bilion.
"Langganan tinggi ini dicatatkan ketika Khazanah menyemak semula panduan harga secara lebih ketat sebanyak 40 bps dan 30 bps, yang sekali gus berjaya menetapkan harga akhir sukuk ini pada kadar keuntungan masing-masing sebanyak 1.658 peratus dan 2.780 peratus," katanya.
Sukuk terbitan Khazanah, yang kedua-duanya distruktur bawah prinsip Wakalah disandarkan kepada saham dan komoditi patuh Syariah, bakal disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Bhd (di bawah Rejim Pengecualian) dan Singapore Exchange Securities Trading Limited (SGX- ST).
Ketua Pegawai Kewangan Khazanah, Faridah Bakar Ali, berkata permintaan luar biasa yang dicatatkan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kedudukan kewangan dan kemampuan Khazanah untuk memenuhi mandat sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia.
"Terbitan sukuk ini akan memanjangkan tempoh liabiliti kami sementara kami meneruskan usaha pengimbangan portfolio Khazanah yang kini berlangsung.
"Hasil daripada penerbitan ini akan digunakan untuk pelaburan umum, pembiayaan semula pinjaman serta keperluan modal kerja Khazanah yang patuh Syariah," katanya.
CIMB, DBS Bank Ltd, J.P. Morgan, MUFG dan OCBC Bank bertindak sebagai Pengurus Utama Bersama dan Pengatur Bersama Penempatan, sementara KFH Capital dan Warba Bank bertindak sebagai Pengurus Utama Bersama bagi sukuk berkenaan.
Untuk rekod, Khazanah pertama kali menerbitkan sukuk dalam dolar AS pada 2016, apabila ia menerbitkan sukuk yang distruktur bawah prinsip Wakalah.
www.bharian.com.my

Khazanah terbit sukuk AS$1 bilion | Berita Harian