BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khasiat Buah Mengkudu

ashaidi

Super Active Member
Messages
5,805
Joined
Jan 12, 2011
Messages
5,805
Reaction score
7
Points
65
Khasiat Buah Mengkudu diantaranya :

Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung.
Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor.
Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema.
Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan.
Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi.
Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout.
Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit.
Sakit puan - senggugut, gangguan haid.
Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit.
Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda).
Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok.
Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita.
Meredakan kesakitan (analgesik).
Meningkatkan tenaga tubuh badan.
Mengurangkan stress (tekanan)
Anti-oxidant

KEAJAIBAN BUAH MENGKUDU

Bijinya digunakan sebagai julap Tidak banyak kegunaan pokok mengkudu kepada masyarakat negara ini melainkan daun dan buahnya yang kadangkala digunakan sebagai ulam dan kerabu. Dalam beberapa ketika pula daun mengkudu dijadikan bahan ubatan traditional sebagai meniru amalan perubatan masyarakat dahulu kala. Mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Khasiat buah mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta urat saraf. Demikian menurut pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat. Dikalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap.Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. "Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit." Sementara itu menurut Dr. Ilham; penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan. Batang mengkudu pula boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. "Khasiatnya yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali.." Dr. Ilham. Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean, mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina pula percaya buah mengkudu bertindak membersihkan usus terutamanya menghindari perut dari parasit.

Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. "Masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii" "Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan." "Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin, manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam" kata Dr. Ilham. Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak 1993.

Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan kesihatan. Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional terutamanya di Hawaii, amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk kesihatan. "Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan pagi" katanya. Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan seperti tongkat ali dan sebaginya.

Pokok Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulam. Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai makanan selepas bersalin. Seringkali si pemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras dan bila sudah masak, ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai "buah rojak" serta dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak. Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di kepulauan tersebut telah menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka menggelarkannya sebagai "Pain Killer", "Headache Tree" dan "Cheesefruit". Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai Noni.
Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui laut yang dihanyutkan dari satu pulau ke satu pulau. Kepulauan Carribean terutama Tahiti adalah satu kepulauan yang subur dengan tumbuhan mengkudu. Khasiat Buah Mengkudu diantaranya Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit Sakit puan - senggugut, gangguan haid Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda) Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita Meredakan kesakitan (analgesik) Meningkatkan tenaga tubuh badan Mengurangkan stress (tekanan) Anti-oxidant.
 
PETUA ORANG-ORANG TUA TENTANG KEGUNAAN BUAH MENGKUDU

PENYAKIT DARAH TINGGI
Perah air buah mengkudu yang masak. Campurkan air perahan dengan madu lebah dan diminum setiap pagi sebelum sarapan selama seminggu. Ulangi amalan ini sekiranya keadaan darah tinggi meningkat semula.

BETIS KERING BERSISIK DAN MEREKAH TUMIT KAKI
Walaupun kedua jenis penyakit ini tidak menyakitkan penghidapnya tetapi ia amat memalukan terutamanya kepada kaum wanita. Untuk menghilangkan penyakit ini, ambil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian yang berpenyakit. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuhlah dengan air suam. Lakukan amalan ini beberapa kali sehingga tanda kering bersisik dan merekah
tumit hilang.

MEREDAKAN BATUK
Buah mengkudu yang masak dimakan bersama garam dan dalam masa yang tidak lama gatal-gatal di tekak, serak dan batuk akan hilang.

PENYAKIT KUNING
Dua biji buah mengkudu yang telah masak diperah airnya dan dicampurkan sedikit gula batu. Airnya diminum dan lakukan 2 kali seminggu sehingga penyakit kuning hilang.

DEMAM
Sebiji buah mengkudu direbus bersama satu inci lengkuas dalam dua gelas air. Teruskan merebus sehingga air rebusan menjadi satu gelas. Air rebusan diminum pada sebelah pagi dan malam.

MENGECUTKAN RAHIM
Daun mengkudu dibalut pada tungku yang telah dipanaskan sebelum dibungkus dengan kain untuk bertungku. Amalan ini boleh mengecutkan dan ‘menaikkan’ rahim ibu selepas bersalin.
 
aku dah pernah terai mengkudu masak kasi blend...

lps minum rasa dah nak pitam...tekanan darah rendah...oleh itu sapa2 yng tekanan darah biasa sila minum sedikit ajer..
 
tenkiu info ni zamreda.. jadi yg baru nak torai tu, amek ckit2 dan slow2 ar yer.. khasiat mmg baek tapi kena tgk gak body nye respon dulu .. :):):)
 
Kajian telah mendapati Produk Mengkudu telah terbukti berkesan untuk mengubati permasaalahan berikut:

Membekalkan tenaga pada tubuh badan
Menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pra kanser.
Menurunkan tekanan darah tinggi
Membantu dan merangsangkan hormonmelatonindan seratonon bagi mengatur dan memperbaiki kualiti tidur serta peredaran darah yang stabil.
Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada pengidap Athritis ( sakit sendi ).
Mencegah kencing manis tahap 1 dan 2 ( diabetis ).
Anti Histimik
Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu dalam percernaan
Memelihara sistem jantung ( kardiovaskular ).
Anti penuaan. ( awek muda ).
Memelihara fungsi ginjal ( buah Pinggang ).
Mencegah ketegangan ( stress ) dan stroke ( Angin ahmar ).
 
KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daunnya juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida.

Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan.

Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Azizah Abdul Hamid, kajian mengenai khasiat daun mengkudu dijalankan sejak lima tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial.

“Saya memberi fokus kepada daun mengkudu matang tetapi tidak terlalu tua yang melalui proses pengekstrakan bagi menghasilkan daun mengkudu dalam bentuk serbuk.

“Apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan,” katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini.

Penghasilan sebatian berkenaan, menurut Azizah adalah melalui beberapa proses bermula dengan pengumpulan daun-daun mengkudu yang sesuai, pembersihan dan pengeringan menggunakan ketuhar pada suhu kira-kira 40 darjah Celsius sebelum dijadikan bahan serbuk dan dibungkus.

“Keunikan produk ini adalah ia halal, melalui proses penyediaan hijau pada suhu rendah, sesuai untuk pemakan sayur serta mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.

“Kebanyakan masalah produk makanan tambahan dalam pasaran adalah status halal yang diragui, tidak mempunyai kesan kebaikan kesihatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik serta kuantiti pengambilan yang tidak standard,” katanya.

Melalui kajian saintifik

Sementara itu menurut Azizah, bagi melihat keberkesanan sebatian daripada ekstrak daun mengkudu berkenaan, ia telah dicuba ke atas tikus dan sel manusia.

“Proses ini antara lain bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan toksik. Walaupun buah mengkudu sudah menjadi makanan kesihatan sejak bertahun-tahun tetapi ia tidak pernah melalui kajian saintifik.

“Setelah melalui kajian santifik, barulah ia dapat dibuktikan dan dikomersialkan kerana mempunyai perakuan khasiat perubatan,” jelas beliau.

Menurut Azizah, proses pengekstrakan adalah bagi memencilkan sebatian daun mengkudu supaya dapat diambil sebagai makanan tambahan yang tidak menjejaskan rasa asli makanan tetapi mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.

“Serbuk daun mengkudu dapat ditambahkan dalam makanan biasa dan menjadikannya sebagai makanan fungsi yang dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik.

“Ini kerana, kajian saintifik turut mendapati pesakit yang menghidapi penyakit seperti jantung, kanser dan diabetes mempunyai kandungan toksik yang tinggi di dalam badan mereka,” katanya.


PENYELIDIKAN UPM mendapati khasiat mengkudu bukan sahaja pada buahnya tetapi juga daun yang matang.

Azizah memberitahu, kajian yang mendapat geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mempunyai kebaikan berganda kerana ia adalah daripada bahan semula jadi dan bukan sintetik.

“Proses pengekstrakan yang dilakukan juga menggunakan kaedah mesra alam kerana kami tidak menggunakan bahan pelarut yang tinggi sebaliknya karbon dioksida untuk tujuan pemencilan.

“Proses penghasilan dan bahan makanan berfungsi yang menggunakan daun mengkudu ini juga telah dipatenkan oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC). Ia belum pernah ada dalam pasaran,” jelas beliau.

Perkembangan produk

Projek yang dimulakan pada tahun 2005 dan dijangka selesai pada tahun 2014 itu kini sedang melalui fasa pra pengkomersialan. Selepas dipatenkan, Azizah dan kumpulannya kini sedang dalam proses menarik minat pelabur terutama syarikat-syarikat yang berminat dengan produk tersebut.

“Ketika ini kami menyasarkan pasaran Malaysia tetapi ia masih dalam perancangan dan penyusunan. Penyelidik UPM lain yang terbabit ialah Mohd. Sabri Pak Dek, Profesor Azizah Osman dan Dr. Masturah Markom,” katanya.

Menurut Azizah, melalui produk dan teknologi yang dinamakan sebagai ingredien fungsian makanan tinggi antioksida itu, beliau menyasarkan pengguna industri makanan dan bahan makanan.

“Kos bahan ini adalah lebih kurang RM10 sehingga RM20 untuk 1,000 miligram yang sesuai digunakan untuk pembangunan makanan atau minuman fungsian. Penambahan kira-kira 50 hingga 100 miligram ingredien fungsian mencukupi untuk 200 milimeter minuman.

“Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan dengan memenangi pingat perak pada Anugerah Pameran dan Kajian UPM tahun 2006,” tambahnya.

Katanya lagi, mengikut trend global, pengguna kini lebih menghargai produk hijau dan semula jadi yang diyakini lebih selamat.

“Jualan tahunan produk herbal Malaysia ketika ini dilihat berkembang pada kadar 15 ke-20 peratus setiap tahun, dua kali ganda berbanding penggunaan di Amerika Syarikat (AS),” katanya.
 
Ada veteran askar cerita kat aku , mereka menggelarkan buah ni sebagai " buah seniman agung " .

Mungkin kena denda makan buah mengkudu agaknya ...
 
Ada veteran askar cerita kat aku , mereka menggelarkan buah ni sebagai " buah seniman agung " .

Mungkin kena denda makan buah mengkudu agaknya ...

buah seniman agung ?? "P Ramlee" ??? :eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register