BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

khas utk penyokong pas

Ini cthnya..

Maaflah dah dijadikan cth.. pas sesama pas pun keliru... sorang ckp a yg sorang ckp b.. kejap sorang kat ruu itu adalah hudud.. kejap yg sorang kata ruu bukan hudud..

Lepas ni kpd supporter pas jgn nk memandai hukum org yg tolak ruu ni menolak islam dan tak sokong perjuangan islam..

Berhenti jd totok kelak memakan diri.. sbb pemimpin pas kini tak mcm dulu.. bkn senang nk jd supporter pas kalau kejap ckp lain esok dah bertukar lain..
Ruu 355 bukan hudud maka ruu 355 bukan hukum Allah ..ianya masih hukum dunia..makanya tiada jatuh hukum..

Hudud x boleh dilaksanakan atas halangan pindaan perlembagaan yg memerlukan sokongan 2/3..ini mustahil sbb muslim di parlimen skrg x cukup 2/3..pindaan ruu 355 hanya memerlukan sokongan majoriti mudah..sbb tuu ruu 355 diangkat terlebih dahulu sblm hudud di masa depan jika termampu..sesiapa yg sokong hukum Allah hudud pasti akan sokong ruu 355 kerana ruu 355 ibarat berada di satu jalan yg lurus ke arah pelaksanaan hudud di masa akan dtg...mengangkat fungsi mahkamah syariah secara umumnya..namun penentangan ruu 355 itu sendiri tidak sama dgn penentangan terhadap hudud..menentang hudud bermakna menentang Allah sbb ia hukum milik Allah....hukum MELAWAN TUHAN SENDIRI ialah anda sendiri boleh rujuk dgn mana2 ustaz ye..cari dlm kitab al quran..rujuk surah al maidah..an nur..at taubah..an nahl..itu semua permintaan Allah..kalau anda x boleh laksanakan hukum hudud itu atas halangan perlembagaan tak mengapa sbb ianya di luar kemampuan anda setelah usaha sehabis daya....namun kalau anda terang2 menolak atas sebarang usaha ke arah pelaksanaannya sbb kepentingan tertentu yg lain ianya mmg jatuh hukum melawan Allah terang terangan...nanti kalau ulamak yg sebut jatuh hukum apa apabila menentang hukum Allah tu anda akan maki ulamak..jadi better anda cari sendiri apa hukumnya lawan Tuhan sendiri tuu..ok itu pasal hudud..

ruu 355 tidak bermakna menentang Allah secara langsung..sbb ruu 355 itu sendiri bkn undang2 hudud..anda tgk sendiri la apa kandungan ruu 355 tu..langsung x sama dgn hudud..ianya hanya langkah awal menaikkan kuasa mahkamah syariah yg selama ini di kedudukan terbawah dlm sistem kehakiman negara..

Itu lah flownya...kalau anda jawab anda sokong hukum Allah hudud maknanya secara logik anda tidak hadapi masalah utk sokong ruu 355 yg jelas lebih ringan...bukankah begitu?..dan sesiapa yg menentang hukum Allah hudud secara logikalnya jugak akan melawan ruu 355..bukan kah begitu?
 
Ntahlah bro, aku dah tak reti caman nk kabor.. org dah lama bincang cerita ni.. kau pula baru nk masuk pintu bawak berita.. tak payab nk citer andaian logik2 sbb byk benda tak logik berlaku..

Ini uai punya ceramah satu ketika dulu..
http://m.youtube.com/watch?v=yl-ti6tWWfE

Ini jaminan najib masa sblm pru lepas..
http://m.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM

Org bukan argue pasal ruu bkn pasal hudud tp org argue kenapa percaya dan minta dkt kerajaan najib.. flownya lepaskan urusan ini pada kerajaan najib dia ada mcm2 profesional dibelakang dia.. dia pemerintah utama negara.. dia yg pegang kunci..

Yg pas terhegeh2 ngan najib tu kenapa.. dulu sebuk cerita ruu hudud alih2 skrg ruu355 pulak.. owh ye nasihat... nk jd penasihat..

Rajin2kan lah membaca thread pasal hudud cg ni.. ia sgt byk dan melambak...
 
Ramai tidak yakin kemampuan Pas melaksanakan hudud

Yeah... kita serahkan kepada parti peter PAN, sekutu DAPig untuk melaksanakan hukum tersebut.
Betul kan gitu Haji Micheal?..:)cgrock
 
Byk membaca thread berlambak tp kekal x paham2 pun masalah juga..sy duk rasa ini ulangan kali ke brp ntah laaa..tu yg kadang2 agaknya tghh pun x larat nak jelaskan berulangkali...kerjasama dgn umno adalah dlm hal islam dan kebajikan..

Nakkan majoriti mudah dari org muslim di parlimen mmg memerlukan penggabungan semua umat islam tanpa kira parti...jika tuan nak tolak kerjasama pasal islam dgn umno that mean dari awal tuan guru haji hadi better tak perlu angkat ruu 355 tu, sbb confirm takkan capai majoriti mudah tanpa sokongan dr islam umno..

Di sini lah tuan kena faham elok2 beza antara KERJASAMA DALAM MEMARTABATKAN ISLAM dan KERJASAMA DALAM POLITIK..

Kan TGHH dah ckp sampai berbuih2 mulut..perkara yg baik yg dibuat oleh umno kita kena sokong..perkara yg mungkar kena nasihatkan..atau kalau x mkn nasihat kena lawan habis habisan melalui saluran pilihanraya..bkn melalui rampasan lompat katak atau undi x percaya walau dibenarkan parlimen...kemenangan melalui pilihanraya lebih bersifat mutlak dgn mengambilkira kehendak rakyat secara total berbanding cara2 lain..

Jd dlm hal ini,sebarang kerjasama utk memartabatkan islam termasuk soal menaiktaraf undang2 islam adalah suatu kerjasama yg bersifat universal..merentasi sempadan parti..begitu jugak dlm hal2 kebajikan umpamanya..pas inginkan kerjasama dgn umno...bayangkan rakyat yg dilanda banjir besar hanya diselamatkan mengikut parti tertentu, bukankah itu namanya suatu amalan politik sempit dgn ketepikan kepentingan rakyat?...

jd kena faham elok2 kata2 yg penuh sirna dr TGHH..kerjasama dgn umno dlm hal berkaitan islam dan kebajikan itu adalah suatu pendekatan pas yg jelas dan tidak perlu disalahtafsir..pas TELAH melawan dan AKAN terus melawan umno dlm mana2 pilihanraya..x paham jugak kali ni taktau nak ckp ape dah..better g duduk atas riba mat sabu dgn husam musa je lah sampai ke sudah..
diorang pun sampai hari ni nak elak bagi komen ttg pesanan Allah dlm Al Quran berkaitan hudud tu....bila asyik nak elak komen isi al quran la yg buat sesuatu isu jd berpanjangan tiada kesudahan...putar isu lain..padahal kalau ckp sy bersumpah tak sokong hudud kan senang..barulah politik jd mudah takde berbelit bertahun2...bila dah isytihar xnak hukum Allah hudud tu maka bolehlah go on dgn dap tanpa gangguan org islam ...sbb org islam lain dah tahu status anda camne...tuan hj maikel sendiri pun patut jelaskan sokong hudud ka nak lawan hudud??..jawab yg tu selesai masalah..tak perlu nak belit bertahun2...if tuan sokong hudud maka tuan dah tahu arah tuan seblah mana...if tuan rasa hudud patut dilawan pun tuan dah tahu arah tuan seblah mana...CLEAR bukan?...usah main adu domba seperti nak mempermainkan Allah...sebarang perjuangan islam yg dibawa oleh pas ialah pesanan Allah..pas cuba setakat termampu mengikut saluran perlembagaan..jgn kata islam Allah lain dan islam pas lain...kita hanya ada satu kitab yg sama utk pegangan iaitu al quran...camne tuan baca boleh fahami lain isinya berbanding tghh baca?..kalau kit siang yg baca logiklah jugak boleh tersilap tafsir...

yg 2 org ni..husam musa dgn mat sabu ada laa sedikit modal dlm perjuangan mereka tu.. iaitu guna atas nama tuan guru nik aziz...kononnya tgna x benarkan kerjasama dgn umno..ye betul kerjasama yg dimaksudkan arwah tgna ialah kerjasama politik..tgna sendiri pernah bekerjasama dgn umno dlm hal keagamaan dan kebajikan sebelum ini..begitu jugak kerajaan dap p.pinang dlm hal kebajikan rakyat..

Seluruh kepimpinan pas dah bagi masa yg cukup kpd dap utk belajar menerima hudud...arwah tgna sendiri terang terangan memberitahu ttg keperluan memberi peluang utk memberi penjelasan yg cukup kpd bkn islam ttg hudud..

Kaum cina dan india dah diberi peluang yg cukup2 lama utk memahami penerangan ttg hudud...sudah beberapa penggal dah pun..maka arwah tgna dan tghh merasakan sudah sampai masanya utk pelaksanaan ruu 355 sbg pembuka jln awal ke arah pelaksanaan hudud di masa akan dtg...dan arwah tgna sendiri terlibat secara langsung semasa perancangan awal menaiktaraf mahkamah syariah ini di peringkat dun kelantan beberapa tahun lepas sblm diangkat ke pusat..
 
Last edited:
Yeah... kita serahkan kepada parti peter PAN, sekutu DAPig untuk melaksanakan hukum tersebut.
Betul kan gitu Haji Micheal?..:)cgrock

Pas satu ketika dahulu pun sekutu dgn dapig juga...
Org pan dulu tu pun bersama2 dgn pas...

Dulu hj hadi puji dap.. kutuk kerajaan..
Skrg hjhadi kutuk dap.. terima kasih kerajaan..

Aku bg tau je..
 
Ketahuilah oleh kamu wahai saudara-saudaraku, bahawa sesungguhnya ulama' suu' yang dimaksudkan oleh junjungan s.a.w. pada akhir zaman itu bukan sekadar ulama'-ulama' yang sesat lagi menyesatkan TETAPI mereka itu jauh lebih ramai daripada sifat yang jelas kita ketahui itu yakni mereka adalah ulama'-ulama' yang menganjurkan perpecahan umat secara diam sedang mereka mengetahui perpecahan itu berpunca daripada mereka TANPA ada usaha kembali menyatukan umat.
 
Byk membaca thread berlambak tp kekal x paham2 pun masalah juga..sy duk rasa ini ulangan kali ke brp ntah laaa..tu yg kadang2 agaknya tghh pun x larat nak jelaskan berulangkali...kerjasama dgn umno adalah dlm hal islam dan kebajikan..

Nakkan majoriti mudah dari org muslim di parlimen mmg memerlukan penggabungan semua umat islam tanpa kira parti...jika tuan nak tolak kerjasama pasal islam dgn umno that mean dari awal tuan guru haji hadi better tak perlu angkat ruu 355 tu, sbb confirm takkan capai majoriti mudah tanpa sokongan dr islam umno..

Di sini lah tuan kena faham elok2 beza antara KERJASAMA DALAM MEMARTABATKAN ISLAM dan KERJASAMA DALAM POLITIK..

Kan TGHH dah ckp sampai berbuih2 mulut..perkara yg baik yg dibuat oleh umno kita kena sokong..perkara yg mungkar kena nasihatkan..atau kalau x mkn nasihat kena lawan habis habisan melalui saluran pilihanraya..bkn melalui rampasan lompat katak atau undi x percaya walau dibenarkan parlimen...kemenangan melalui pilihanraya lebih bersifat mutlak dgn mengambilkira kehendak rakyat secara total berbanding cara2 lain..

Jd dlm hal ini,sebarang kerjasama utk memartabatkan islam termasuk soal menaiktaraf undang2 islam adalah suatu kerjasama yg bersifat universal..merentasi sempadan parti..begitu jugak dlm hal2 kebajikan umpamanya..pas inginkan kerjasama dgn umno...bayangkan rakyat yg dilanda banjir besar hanya diselamatkan mengikut parti tertentu, bukankah itu namanya suatu amalan politik sempit dgn ketepikan kepentingan rakyat?...

jd kena faham elok2 kata2 yg penuh sirna dr TGHH..kerjasama dgn umno dlm hal berkaitan islam dan kebajikan itu adalah suatu pendekatan pas yg jelas dan tidak perlu disalahtafsir..pas TELAH melawan dan AKAN terus melawan umno dlm mana2 pilihanraya..x paham jugak kali ni taktau nak ckp ape dah..better g duduk atas riba mat sabu dgn husam musa je lah sampai ke sudah..
diorang pun sampai hari ni nak elak bagi komen ttg pesanan Allah dlm Al Quran berkaitan hudud tu....bila asyik nak elak komen isi al quran la yg buat sesuatu isu jd berpanjangan tiada kesudahan...putar isu lain..padahal kalau ckp sy bersumpah tak sokong hudud kan senang..barulah politik jd mudah takde berbelit bertahun2...bila dah isytihar xnak hukum Allah hudud tu maka bolehlah go on dgn dap tanpa gangguan org islam ...sbb org islam lain dah tahu status anda camne...tuan hj maikel sendiri pun patut jelaskan sokong hudud ka nak lawan hudud??..jawab yg tu selesai masalah..tak perlu nak belit bertahun2...if tuan sokong hudud maka tuan dah tahu arah tuan seblah mana...if tuan rasa hudud patut dilawan pun tuan dah tahu arah tuan seblah mana...CLEAR bukan?...usah main adu domba seperti nak mempermainkan Allah...sebarang perjuangan islam yg dibawa oleh pas ialah pesanan Allah..pas cuba setakat termampu mengikut saluran perlembagaan..jgn kata islam Allah lain dan islam pas lain...kita hanya ada satu kitab yg sama utk pegangan iaitu al quran...camne tuan baca boleh fahami lain isinya berbanding tghh baca?..kalau kit siang yg baca logiklah jugak boleh tersilap tafsir...

yg 2 org ni..husam musa dgn mat sabu ada laa sedikit modal dlm perjuangan mereka tu.. iaitu guna atas nama tuan guru nik aziz...kononnya tgna x benarkan kerjasama dgn umno..ye betul kerjasama yg dimaksudkan arwah tgna ialah kerjasama politik..tgna sendiri pernah bekerjasama dgn umno dlm hal keagamaan dan kebajikan sebelum ini..begitu jugak kerajaan dap p.pinang dlm hal kebajikan rakyat..

Seluruh kepimpinan pas dah bagi masa yg cukup kpd dap utk belajar menerima hudud...arwah tgna sendiri terang terangan memberitahu ttg keperluan memberi peluang utk memberi penjelasan yg cukup kpd bkn islam ttg hudud..

Kaum cina dan india dah diberi peluang yg cukup2 lama utk memahami penerangan ttg hudud...sudah beberapa penggal dah pun..maka arwah tgna dan tghh merasakan sudah sampai masanya utk pelaksanaan ruu 355 sbg pembuka jln awal ke arah pelaksanaan hudud di masa akan dtg...dan arwah tgna sendiri terlibat secara langsung semasa perancangan awal menaiktaraf mahkamah syariah ini di peringkat dun kelantan beberapa tahun lepas sblm diangkat ke pusat..

Pusinglah nk ikut mana pun bro.. bukti byk bukan skdr ckp kosong.. berckplah kamu nk ckp ikut rasa ke ikut fakta..

DAP BERHAK TOLAK HUDUD VS Bukan Islam tidak wajar menentang RUU 355

semasa dahulu..
a7.JPG

bila mereka menentang dan membantah maka pada hari ini

Bukan Islam tidak wajar menentang RUU 355

RUU 355 hanya tertakluk kepada penganut Islam yang beriman dan budiman, tanpa mengira fahaman politik dan kedudukannya dalam masyarakat dan tugasnya. Semuanya bersyukur kepada Allah yang mengurniakan hidayah kepadanya nikmat Islam.

Menyedari dan merasai betapa bencana umat di zaman penjajahan dan selepasnya walaupun sudah merdeka lebih setengah abad namun Syariat Allah yang menjadi sebahagian daripada objektif rukun Islam dan iman, di mana sebenarnya pernah juga menjadi contoh paling berjaya kepada pihak lain, tiba-tiba dihalang dan dikembalikan semula seperti zaman penjajah; dengan serangan media mengelirukan umat Islam dan menakutkan bukan Islam, kerana tujuan politik murahan semata-mata. Adakah mereka menjadi wakil penjajah selepas merdeka?

Aspek kehakiman menjadi rukun dalam menunaikan perintah Allah Yang Maha Adil. Maka semua penganut Islam wajib mendukung dengan penuh harapan supaya dinaikkan taraf Mahkamah Syariah dari kedudukan yang telah diletakkan oleh penjajah dahulu. Ini termasuklah juga DYMM Raja-Raja wajib diangkat ke martabatnya, kerana kedudukan baginda menjadi ketua urusan agama Islam telah dihina oleh penjajah walaupun setelah mencapai kemerdekaan yang mencecah lebih setengah abad.

Sehingga kini Mahkamah Tinggi Syariah yang paling tinggi pun, tetapi kedudukannya lebih rendah daripada Mahkamah Majistret di peringkat daerah.

Adapun kalangan bukan Islam sepatutnya meraikan perkara ini dan menghormati saudara mereka yang berada dalam satu masyarakat majmuk dan satu negara serta tanah air dalam perkara yang tidak ada kena mengena dengan urusan mereka. Jangan sengaja mencari sebab untuk menimbulkan ketegangan masyarakat majmuk dan harmoni dengan tiba-tiba menentang RUU 355 yang bertujuan menaikkan taraf Mahkamah Syariah.

Muqadimahnya perlu menyedari kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak penganut agama lain yang diberi kebebasan, tiba-tiba menghalang penganut Islam dalam bidang berkaitan agama yang menjadi agama negara ini.

Tokoh undang-undang tersohor di peringkat dunia dan negara Al-Marhum Prof Ahmad Ibrahim (bekas Peguam Negara Singapura (1966) dan Ketua Pengajian Undang-undang di beberapa universiti, juga mantan Peguam Negara Singapura di bawah PAP yang diterajui mendiang Lee Kuan Yew seperti DAP di Malaysia) telah menulis perkara ini dalam tajuk: "Islam Dalam Perlembagaan" dengan menegaskan:

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perlu disebutkan bahawa belum ada terjemahan Perlembagaan yang sahih di Malaysia dan terjemahan; "Islam is the religion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan diterjemahkan salah sebagai "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan".

Oleh kerana perkataan "Islam" dan bukan "ugama Islam" yang digunakan di Perkara 3, bolehlah dihujjahkan bahawa yang dimaksudnya ialah Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din.

Dalam minit Suruhanjaya Reid melaporkan perbincangan bahawa mereka menerima Memorandum Parti Perikatan dan juga PAS (satu-satunya Parti Pembangkang di masa itu) yang mendesak supaya diletakkan Islam dalam Perlembagaan. Akhirnya mereka menerima juga kerana dalam Parti Perikatan itu ada juga MCA dan MIC daripada kalangan bukan Islam dan pihak Islam menerima juga ayat bahawa agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing. (Sila lihat: Islam Dalam Perlembagaan oleh Prof Ahmad Ibrahim)

Berkenaan RUU 355 Al-Marhum Prof. Ahmad Ibrahim menulis:

“Pada masa sekarang bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan, Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi oleh Undang-undang Persekutuan. Mengikut Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act, 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih $1,000 / atau kedua-duanya.

Bidangkuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada Akta tersebut dan Mahkamah Syariah diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih $5,000 atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman itu.

Bidangkuasa ini masih rendah dari bidangkuasa Majistret Kelas 1 di mana biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda $10,000 atau sebat dua belas pukulan atau gabungannya.

Keadaan ini menjadikan Mahkamah Syariah termasuk Mahkamah Tinggi Syariah lebih rendah tarafnya daripada Mahkamah Majistret.(Sila lihat Prof Ahmad Ibrahim tajuk yang sama).”

Perlu diketahui bahawa hukuman sebatannya pula bersifat mendera pesalah dengan cara yang kejam, bukan seperti hukuman Syariat Islam yang bersifat mendidik penjenayah dan masyarakat. Contohnya Hadis Rasulullah S.A.W. apabila di bawa seorang yang telah dijatuhkan hukumannya seratus sebatan kerana berzina:

فقال اضربوه حده قالوا يا رسول الله انه أضعف من ذلك ان ضربناه مائة قتلناه قال فخذوا له عثكالا فيه مائة شمراخ فاضربوه به ضربة واحدةوخلواسبيله *
مسند أحمد لأحمد بن حنبل (8/ 449)

(Sabdanya: Jatuhkan hukuman had sebatan ke atasnya (seratus sebatan). Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Dia seorang yang lemah, tidak mampu menerima hukuman itu, nanti kalau disebat seratus kali kami membunuhnya. Sabda Rasulullah S.A.W: Ambillah seberkas yang ada sejumlah seratus ranting, sebatkan dia satu kali sahaja dan bebaskan dia).

Hadis ini membezakan hukuman sebatan Syariat Islam dengan hukuman lain dan Hukum Islam bertujuan mendidik. Ini menunjukkan gambaran yang dibawa oleh media adalah salah dan pembohongan terhadap Islam.

Al Quran dan Hadis adalah rujukan tertinggi kepada penganut Islam. Terpulang kepada agama masing-masing yang tidak dipaksa mengikut hukum Islam. Jangan kacau urusan penganut Islam.

Apabila pihak PAS mengemukakan usul persendirian di Parlimen yang berkait RUU 355, bekerjasama dengan Umno. Ketika saya memberi peluang kepada mereka bertanya di Parlimen, tiba-tiba inilah sahaja soalan meminta penjelasan oleh YB DAP Bandar Kuching:

(1) RUU 355 membuka pintu ke arah Hukum Hudud (ada udang di sebalik batu)
(2) Mengganggu Hak bukan Islam
(3) Mengganggu Hak Sabah dan Sarawak
(4) Meretakkan Pakatan Pembangkang

Kerana masa yang dihadkan maka saya panjangkan di sini jawapannya:

1) Membuka pintu ke-arah Hukum Hudud

Hukum Hudud adalah di luar daripada tajuk RUU 355, tapi nampaknya terus dijadikan senjata untuk menentang Islam secara terbuka. Hukuman yang dinamakan Hudud adalah hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya; hanya dalam beberapa kesalahan sahaja daripada Syariat Islam yang tidak boleh diperkecilkan oleh penganut Islam. Ini kerana ianya dinaskan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah yang termasuk dalam perkara Iman, Islam dan Ihsan.

Hudud adalah salah satu daripada tiga bahagian undang-undang jenayah hukum Syariat yang diwajibkan oleh Allah dan menjadi sepakat para ulama. Selebihnya sehingga tidak terkira banyaknya adalah mengikut kebijaksanaan manusia, mengikut konsep mendidik, bukannya mendera dalam perkara dan kesalahan lain yang terlalu banyak.

Namun hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana banyak halangannya. Ini termasuklah di dalam perkara jenayah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, iaitu berdasarkan Senarai I Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Perkara 76(A), Perlembagaan Persekutuan pula, ianya memerlukan Parlimen membuat suatu undang-undang (Akta) pula barulah Negeri boleh membuat undang-undang berkaitan dengan perkara yang terletak di bawah kuasa Persekutuan.

Sila rujuk Perkara 75 dan Perkara 76A, Perlembagaan Persekutuan:

“75. Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.”

76A. (1) Dengan ini ditegaskan bahawa kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai sesuatu perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan termasuklah kuasa untuk membenarkan Badan-Badan Perundangan Negeri-Negeri atau mana-mana daripadanya, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan (jika ada) yang dikenakan oleh Parlimen, untuk membuat undang-undang mengenai kesemua atau mana-mana bahagian perkara itu.

(2) Walau apapun Perkara 75, sesuatu undang-undang Negeri yang dibuat di bawah kuasa yang diberikan oleh Akta Parlimen sebagaimana yang disebut dalam Fasal (1) boleh, jika dan setakat yang diperuntukkan sedemikian oleh Akta itu, meminda atau memansuhkan (berkenaan dengan Negeri yang berkenaan) mana-mana undang-undang persekutuan yang telah diluluskan sebelum Akta itu.

Undang-undang Hudud dijadikan senjata perang psikologi oleh musuh Islam di seluruh pelosok dunia. Sepatutnya pihak bukan Islam jangan menjadi wakil selepas zaman penjajah. Namun sehingga kini masih memasuki dalam fikiran kalangan Islam juga yang menjadi mangsa tawanan musuh dalam penjara kejahilan. Maka janganlah kalangan bukan Islam di sini menari mengikut gendang musuh itu.

Perjalanan kehakimannya yang sukar kerana syaratnya sangat ketat. Hukumannya pula lebih ringan daripada undang-undang jenayah ciptaan manusia, tetapi kehebatannya menggerunkan masyarakat termasuk mereka yang tidak berniat melakukan jenayah (Inilah kehebatan Syariat Allah) - (sila lihat rakaman ceramah saya di Universiti Nanyang Singapura).

PAS sedia berdailog dengan pemimpin agama bukan Islam sekiranya ada undang-undang daripada agama mereka, walaupun masih dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan.

Adapun RUU 355 tiada kaitan dengan hukuman Hudud yang berada dalam fasal lain di bawah bidang kuasa negeri dan kesalahan jenayah yang disenaraikan di bawah Kerajaan Pusat.

2) Mengganggu hak bukan Islam

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan Jadual Kesembilan daripada hak negeri-negeri telah menegaskan kebebasan beragama kepada bukan Islam yang dijamin, serta bidang kuasa penganut bukan Islam di luar daripada kuasa Mahkamah Syariat.Firman Allah:

فَإِن جَآءُوكَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُمۡ أَوۡ أَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡۖ وَإِن تُعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيۡٔٗاۖ وَإِنۡ حَكَمۡتَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِٱلۡقِسۡطِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٤٢ المائدة

Maksudnya: “Oleh itu kalau mereka (bukan Islam) datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah dalam kitab mereka - kalau ada) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka, maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Rasa tidak munasabah kalau saya menjawab kalangan yang berhujah bahawa ramailah penganut Islam akan dihukum kerana seolah-olah orang Islam akan berlumba melakukan jenayah kerana mahu dihukum.

3) Mengganggu Hak Sabah dan Sarawak

Negara Malaysia berkongsepkan Federalisma, membahagikan bentuk kerajaan negeri dan Pusat dalam sistem pemerintahannya. Perlembagaannya menetapkan batas bidang kuasa Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri termasuk dalam aspek kehakiman dan perundangan.

Akta 355 yang dibuat berdasarkan Jadual 9 sebagai ‘Punca Kuasa’nya adalah berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri. Kerajaan Negeri pula boleh menerimapakai (bukan secara automatik) peruntukan Akta 355 yang dipinda nanti bagi menetapkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri masing-masing. Adapun Negeri Sabah dan Sarawak juga, seperti negeri-negeri lain, mempunyai pilihan sama ada hendak menerimapakai atau tidak Pindaan Akta 355 yang dipinda itu.

Perlu diingat dari segi sejarahnya semasa Akta 355 mula dibentangkan di Parlimen pada tahun 1965, ianya tidak ditentang oleh Ahli-ahli Parlimen Bukan Islam, termasuklah mendiang Lee Kuan Yew (MP Singapura) yang berada dalam Parlimen pada ketika itu. Pada tahun 1984 semasa Akta 355 dipinda, apabila dibawa ke Dewan Negara, RUU tersebut telah disokong oleh YB Dr James P. Ongkili (MP Tuaran) yang beragama Kristian. (sila rujuk Handsard Parlimen)

Mengapa DAP dan rakan-rakannya di abad 21 ini terlalu maju ke depan?

4) Meretakkan Pakatan Pembangkang

PAS menyertai pakatan pembangkang dengan konsisten dalam amalan politik yang wajib menghormati adab dan akhlak berpakat. Dalam Pakatan, PAS wajib teguh bersama dasar dan matlamatnya yang wajib dihormati oleh semua pihak; dalam titik persamaan yang tidak mengganggu perkara dasar dan matlamat pihak lain yang berpakat. Adapun cara campur tangan dalam urusan yang tersebut di atas adalah tidak berakhlak atau tidak bermoral mulia dalam pakatan. Lebih tidak berakhlak kalau mencuri dalam rumah PAS yang membuka pintu kepada mereka.

Dalam sejarah pakatan dengan pihak lain, PAS tidak pernah khianat dalam perkara pakatan mengikut batasnya, sehingga PAS yang dipecat daripada BN (1978) dan terkini DAP memecat PAS daripada PR. Walaupun PAS memberi tempoh panjang dan bersabar dalam menghadap perangai parti lain yang campur tangan dalam urusan dalaman PAS dan meredah masuk ke dalam billik rumah PAS.

5) PAS masuk BN

PAS menyertai Kerajaan Campuran dan seterusnya bersama menubuhkan Barisan Nasional setelah negara menghadapi keadaan Darurat sehingga berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Adapun DAP tidak bekerjasama di masa negara dalam keadaan darurat. PAS menerima dengan terbuka tawaran PM Kedua, Al-Marhum Tun Abdul Razak yang menerima cadangan-cadangan PAS dan sebahagian besar pemimpin dan ahli PAS menganggap kecil segala kezaliman yang berlaku ke atas pemimpin dan ahlinya yang ditahan ISA, ada yang dibuang daerah, bahkan ada yang dibunuh. Dua Kerajaan Negeri (Terengganu dan Kelantan) yang diperintah oleh PAS pernah menjadi mangsa kepungan dan tekanan Kerajaan Pusat dan rompakannya; apa yang tidak dihadapi oleh Kerajaan Singapura dalam Malaysia di bawah PAP (bapa yang melahirkan DAP) dan Kerajaan PBS di Sabah. Namun PAS meletakkan di hadapannya kepentingan negara, rakyat dan menolak keadaan "politiking" murahan yang menjadikan rakyat bawahan dalam keadaan sangat tenat, kerana Islam mengharamkan politiknya berdendam.

Sila pihak yang menuduh itu cermin diri masing-masing, PAS tidak pelahap untuk menyertai Kerajaan BN hanya untuk meraih jawatan dalam Kabinet atau semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri laksana mi segera? PAS adalah parti yang turun ke medan rakyat, kini mempunyai 192 Kawasan di seluruh negara dan hampir 10,000 cawangan sehingga di pedalaman yang jauh sejak zaman mengayuh sampan mudik ke hulu dan mengayuh basikal, terkini ada pula cabang penyokong kalangan bukan Islam (DHPP) yang menjadi hubungan persahabatan dengan bukan Islam. Bukan hanya berdepan komputer di meja dan berarak di jalan raya sahaja untuk mendapat sokongan rakyat.

Akhirnya, tiada alasan undang-undang dan politik bagi menentang RUU 355 melainkan mahu bermusuh terhadap Islam dan penganutnya atau menjual diri menjadi alat kepada musuh Islam dengan harga yang sangat murah. Allah memberi panduan kepada penganut Islam bagi menghadapi cabaran ini dengan firman-Nya:

۞وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٤٦ العنكبوت

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (bukan Islam) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepada-Nyalah, kami patuh dengan berserah diri.”

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
11 Safar 1438 /11 November 2016 - HARAKAHDAILY 11/11/2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/presiden/43169-bukan-islam-tidak-wajar-menentang-ruu-355

gugel2 jumpa berita nie,

Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.

Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.

"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramah itu.

Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.

Ini kerana, menurut beliau, ramai ahli dan penyokong Umno khasnya imam-imam masjid sudah menyokong agar Akta 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Jadi jika Umno tipu dengan tidak sokong pindaan ini, Umno yang rugi bukan Pas," kata Idris.

Idris dipercayai mengulas kemungkinan RUU Akta 355 yang dibentang oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dibahaskan kali ini.

Pas kini memberikan sepenuh tumpuan untuk memastikan RUU 355 yang dibawanya berjaya sehingga sanggup berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisinya selama ini.

Pas juga tidak menentang skandal puluhan bilion ringgit wang 1MDB yang didakwa melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan alasan tidak ada bukti.

https://malaysiadateline.com/index....pa-apa-jika-dikencing-lagi-kata-naib-presiden

penyokong pas apakah ini benar...? saya berasa hati saya mcm kena tikam2.. ~X(~X(~X(

Memang jenuhlah nk berbelit2 kalau jd totok..
Kalau manusia tu berakal dia akan nmpak aku tk ckp apa2 melainkan aku skdr quote balik kenyataan hjhadi, idris ahmad dan atgna.
 
Last edited:
Pusinglah nk ikut mana pun bro.. bukti byk bukan skdr ckp kosong.. berckplah kamu nk ckp ikut rasa ke ikut fakta..

Memang jenuhlah nk berbelit2 kalau jd totok..

Kesimpulannya tuan haji nak TENTANG atau SOKONG hudud?..letakkan ruu 355 kt tepi dulu..
 
Kesimpulannya tuan haji nak TENTANG atau SOKONG hudud?..letakkan ruu 355 kt tepi dulu..

Kesimpulannya aku menolak cara pembawaan ruu355 yg dibawa oleh president pas dgn mengunaakan umno sebagai wadah bg meminta kebenaran.. commonlah bro undang2 tuhan mintak kebenaran dari manusia... kau tak rasa kelakar ke..?

Ada paham..?
 
Back
Top
Log in Register