hj_maikel
CG Top Poster Club

- Messages
- 29,952
- Joined
- May 19, 2010
- Messages
- 29,952
- Reaction score
- 2,471
- Points
- 251
Soalan wajib pas perlu jawab dan jelaskan bg mengelakkan kekeliruan
2 task utk supporter cari jawapan:
Ini soalan khas aku kpd penyokong pas yg septutnya tahu.. pas pun kena jelaskan bg mengelakkan kekeliruan. Kalau tidak diterangkan nnti jd kekeliruan eapecially supporter pas dan bukan supporte dlm berhujah.. aku nk asing kan thread supya tk ganggu thread lain bg fokus dlm bab hukum hakam shj tp thread dah berkunci so bincanglah kat sini..
Jika anda ingin menjadi penyokong PAS anda mesti kena tahu menjawab soalan2 yg diajukan dibawah, ini kerana bagi mengelakkan diri dari kekeliruan dan membuat hukum sembarangan ketika berkempen dlm berpolitik.
1)Apakah maksud PAS
2)Apakah misi visi perjuangan dan prinsip PAS (jika berkaitan ISLAM baru ke soalan 3 jika tidak abaikan kesemuanya)
3)Adakah PAS itu ISLAM dan ISLAM itu PAS
3a) adakah menolak pas bersamaan menolak islam.
4)Islam pas beraliran apa? Ie; sunni syiah wahabi salafi etc
5)Bagaimanakah cara dan berlandaskan apa PAS berhukum dlm sesuatu perkara?
6)Apakah hukum org islam mengundi pas
7)Apakah hukum org islam menolak pas
8)Apakah hukum org islam menentang pas
9)Apakah hukum org islam menyokong pas
10)Apakah hukum org islam mengundi parti bukan islam mcm pas. (jelaskan)
11)Adakah parti mengaku islam yg lain tidak sama islamnya seperti pas. Ie umno, pan, bersatu. (jelaskan, jika sama kenapa tak bersatu)
12)Apa hukum org islam yg mengundi parti islam lain selain PAS. Ie umno, pan, bersatu.
13)Apa beza ruu355 bkn hudud dan ruu hudud dlm pas
14)Apakah hukum menolak hudud yg dibawa pas
15)Apakah hukum menolak ruu355 bkn hudud (nik abduh dah jawab tak kafir jika menolak, mufti wilayah kata wajib).
16)Org bukan islam bolehkah mengundi pas.
17)Org bukan islam bolehkan menentang/melawan pas.
18)Apa hukum org bukan islam yg menentang pas.
19)Apa hukum org bukan islam yg menyokong pas
20)Apa pendapat pas terhadap org bukan islam yg menykong dan yg menentang pas.
21)Apakah pandangn pas terhadap parti majoriti bukan islam dim malaysia ini jika menentang pas dan apa hukum org islam yg mengundi mereka..?
22)Apakah pandangan pas terhadap parti majority bukan islam dimalaysia ini jika tidak menentang pas dan apa hukum org islam yg mengundi mereka..?
23)Apa nasihat pas terhadap hak mengundi org islam yg tinggal dikws majority bukan islam dan tiada pilihan parti selain pas.
24)Apa nasihat pas terhadap penyokong pas kepada mereka yg menentang dan menolak PAS baik yg mengaku islam mahu pun bukan islam..?
Harap org2 pas dapat menjawabnya.
Jika ada soalan tambahan yg relevan amat2lah dialu2kan.
2 task utk supporter cari jawapan:
Aku bg 2 task aku minta tolong kau cari jawapan:
1) apa beza usul ruu hudud yg dulu dgn ruu 355 bkn hudud diparlimen..? Maksudnya kenapa tak usul shj yg hudud shj dah alang2 berpuluh tahun menanti..
2) kenapa mesti tukar dari ruu hudud kpd ruu355 bkn hudud..? Siapa punya idea..? Kenapa tak jelaskan ketika pas bersama pr..??
Kau cari jawapan bg 2 task diatas utk bg semua org tahu..
http://www.youtube.com/watch?v=x6Sj6hgYuuM
tolong dengar sampai habis ye..
fahami ye..
nak menjawab sekalipun sila jawab dengan isi..
aku tak nak kita yang asal semua bersatu penyudah bergaduh..
Wow.. sgt menarik video ini dan sgt direkomen utk menontonnya..
Saya letak kan dipost depan.. terima kasih atas perkongsian..
Tahun lepas ruu hudud skrg ruu355 bukan hudud yg boleh ditolak..
http://m.youtube.com/watch?v=0AGX4jA1Ozg
Disebabkan dulu hudud maka yg tolak hudud pas tu akan jd kapirlah ye tak..???
Heran aku totok pas sanggup bermati2an mempertahankan parti yg ckp tak serupa bikin menyusahkan org dan memecahbelahkan masyarakat..
Beberapa hari lepas, ada pertemuan di antara beberapa pimpinan PAS dengan beberapa ilmuan yang disebut sebagai kumpulan pencinta hadis nabi sallaLlahu alaihi wasallam atau dikenali sebagai golongan salafi.
Pertemuan tersebut dibuat bagi saling mendapat pencerahan berkaitan perbahasan ilmiah berkaitan usul pensendirian pindaan Akta 355 yang sedang hangat dalam cuaca politik negara hari ini yang bertujuan memperkasakan peranan mahkamah syariah dalam negara.
Hasil awal yang disebarkan sebaik selesai pertemuan itu ialah PAS akhirnya mengakui bahawa menolak untuk menyokong usul pindaan akta itu tidaklah menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Maka tiada masalah untuk sesiapa pun menolak usul berkenaan kerana ia bukan bermaksud menolak hukum syariah.
Beberapa penyokong PAS merasa tersinggung dengan kenyataan itu yang dianggap tidak menepati isi atau tujuan sebenar pertemuan itu. Ia seolah-olah menggambarkan PAS suka menghukum dan membiarkan ahlinya mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang usaha-usaha agama yang dibawa oleh PAS.
Maka ada pula jawaban balas daripada ahli PAS yang juga seorang pimpinan Dewan Pemuda PAS yang cuba menggambarkan bahawa pimpinan utama PAS dalam pertemuan itu telah berjaya menjawab beberapa isu berkaitan secara jelas dan meyakinkan sehingga ada kalangan pihak 'sebelah sana' diam 'terkesima' dengan hujah-hujah yang disampaikan. Jawaban balas daripada ahli PAS yang turut hadir dalam pertemuan itu secara tidak langsungnya menolak dakwaan awal bahawa pertemuan itu berakhir dengan pimpinan PAS akur dengan kerenah ahli PAS yang suka menghukum dan mengkafirkan seseorang.
Ia tidak berakhir di situ. Pihak yang saya sebut sebagai mewakili kumpulan salafi pula menjadi panas. Mereka marah dengan perkataan 'terkesima' yang bagi mereka membawa maksud 'hilang hujah' dan kalah. Mereka membalas balik sama ada melalui tulisan atau lisan yang disebar melalui video. Maka berlakulah balas-membalas dan cabar-mencabar.
Setakat yang saya tahu, tiada pimpinan utama PAS yang memberi komentar. Mungkin saya adalah orang pertama yang mengulasnya melalui tulisan ini. Saya tidak tahu sama ada ianya baik atau sebaliknya walaupun sudah tentu saya menghasratkan yang terbaik daripada tulisan ini.
Fokus saya ialah isu kafir mengkafir dalam polemik umat untuk kembali kepada agama Islam. Sejak awal sejarah Islam, isu kafir mengkafir ini adalah isu siapa lebih Islam daripada siapa? Hampir tiada orang yang menolak agama mengkafirkan orang yang mahukan agama. Ertinya, isu ini adalah isu 'orang agama'.
Justeru PAS turut terlibat di dalam isu ini. PAS sering kali terjebak bagi menyelesaikan isu yang paling kritikal dalam kemelut umat sepanjang zaman ini. Ini adalah kerana PAS adalah 'orang agama'. Adakah PAS sahaja yang terjebak? Jawabannya tidak.
Di negara kita, juga di negara-negara umat Islam, isu kafir mengkafir adalah berpanjangan dan melata rewa. Ada kumpulan khalaf yang mengkafirkan kumpulan salafi. Begitu juga sebaliknya, ada kumpulan salafi yang mengkafirkan kumpulan khalaf.
Ada aliran madrasah yang mengkafirkan aliran madrasah lain. Ada aliran politik yang mengkafirkan aliran politik lain. Bahkan sesama kumpulan khalaf atau sesama kumpulan salafi, mazhab sesama mazhab dan yang saling sealiran pun, kafir mengkafir berlaku.
Ertinya, ketika ada yang menuduh PAS dengan budaya kafir mengkafir, mereka juga tidak mampu menafikan bahawa aliran mereka juga berhadapan isu yang sama. Menuduh lawan sebagai kafir dan mereka lebih Islam daripada lawan mereka.
Kafir mengkafir adalah jenayah paling buruk di dalam agama. Ia adalah tindakan memutuskan apa yang disambung oleh Allah. Ia memutuskan persaudaraan paling kukuh di antara manusia. Ia adalah tindakan menghumbankan ahli syurga pilihan Allah ke dalam lubuk neraka menggunakan kuasa yang tidak pernah Allah izinkan.
Oleh kerana ia adalah buruk sekali, maka kesannya adalah buruk sekali juga. Untuk akhirat, kekafiran itu akan kembali kepada si penuduh. Dia akan mendapat murka paling besar daripada Allah. Untuk dunia, kesannya juga dahsyat sekali. Ia bukan setakat memecahbelahkan umat kepada puak-puak bersengketa, bahkan ia bagai bom jangka yang bila-bila masa sahaja boleh meledakkan api perang dan pertumpahan darah.
Anda perhatikan, oleh kerana dua kumpulan besar Islam iaitu Sunni dan Syiah sering dipanaskan dengan isu kafir mengkafir, maka pertumpahan darah sehingga kini masih tidak mampu dielakkan. Ia perang ratusan tahun yang belum berakhir. Jika ada yang berusaha mengelakkan pertumpahan darah dan mengukuhkan hubungan, akan ada kumpulan daripada kedua-dua pihak yang lebih besar akan memainkan isu kafir mengkafir, lalu terpinggirlah usaha peredaan itu.
Sudah pasti bagi yang menginsafi dan menyedari bahaya kafir mengkafir, mereka akan berusaha memadamkan budaya buruk ini. Walau apa perselisihan sekalipun, selama mana seseorang itu adalah ahli syahadatain dan ahli kiblat yang satu serta tidak melakukan tindakan syirik nyata yang tidak boleh ditakwilkan lagi, maka dia adalah muslim dan diikat dengan persaudaraan Islam yang kukuh melampaui persaudaraan darah dan tanah air.
Kita saling menyedari keperluan untuk mempromosi persaudaraan Islam, bahkan persaudaraan sesama manusia juga. Dunia hari ini semakin meruntuh dengan tamadun kebendaan dan kekufuran yang semakin merudum dan di akhir hayatnya. Tiada ganti untuk kesejahteraan sejagat selain ilmu dan pengajaran Islam yang benar. Tetapi selama mana umat Islam terus bersengketa, selama itulah capaian menuju kesatuan dan kekuatan agak jauh untuk dikecapi.
Tiada yang tidak sedih jika kumpulan Islam yang diwakilinya dicalit dengan isu kafir mengkafir. PAS lama dituduh menghukum umat. Ulamak PAS bangkit menolak dakwaan itu. PAS menerima bahawa mereka hanya menerangkan hukum ketika pemikiran sekularisasi melanda negara dan merosakkan akidah. Kesannya amat baik dan nyata. Tiada lagi penghinaan terhadap ugama Allah dan syariahnya. Tetapi musuh PAS terus saja membesarkan isu kafir mengkafir sebagai budaya PAS. Dengannya mereka mengharapkan PAS ditolak sebagai parti yang memecah belahkan umat Islam.
Sekarang perhatikan, kita berhadapan dua isu utama. Pertama, isu kumpulan yang memainkan isu kafir mengkafir dengan mengkafirkan lawan mereka. Kedua, isu kumpulan (A) yang menuduh kumpulan lain (B) mengkafirkan kumpulan mereka (A). Kumpulan pertama adalah buruk kerana mereka mengkafirkan orang. Kumpulan kedua pula buruk kerana mereka mendakwa kumpulan lain megkafirkan mereka. Kumpulan yang dituduh akan membalas balik dengan yang mungkin lebih tajam.
Saya menulis bukan bertujuan membersihkan PAS, bahkan saya bertujuan membersihkan semua kumpulan daripada tuduhan kafir mengkafir. Ia sama ada menuduh atau mendakwa dituduh. Setiap jamaah akan tetap ada pentaksub. Pentaksub biasanya jahil. Jika mereka berilmu, maka mereka sombong. Kedua-duanya adalah penyakit yang ada di dalam mana-mana jamaah di mana-mana dan pada masa mana pun.
Perbezaan hanyalah pada tahapnya. Jamaah yang berilmu dan bertakwa tinggi akan lebih selamat dan benar berbanding yang di belakangnya.
Menuduh kafir adalah terjun ke lubang digali sendiri. Menuduh orang lain menuduh kita kafir adalah terjun ke lubang galian musuh. Sebagaimana musuh Islam seronok melihat kita saling kafir mengkafir sesama sendiri, begitulah juga mereka akan berusaha memanaskan dan melaga-lagakan agar isu kafir mengkafir tidak padam dan tamat.
Saya mencadangkan agar kita sebagai muslim yang mencintai ilmu, takwa, kesatuan dan kebangkitan Islam agar menginsafi bahawa mengheret dan membesarkan isu takfir atau kafir mengkafir ini adalah kerja dan perangkap musuh Islam.
Sebagaimana saya benci PAS mengkafirkan sesama muslim, saya juga benci PAS dituduh suka mengkafirkan sesama muslim. Sebagaimana saya benci begitu, saya juga cukup sedar bahawa jamaah lain juga memiliki perasaan yang sama. Mereka benci mengkafirkan orang lain dan mereka juga benci dituduh suka mengkafirkan orang lain. Saya yakin bahawa jamaah saya dan jamaah lain berusaha memadamkan budaya takfir yang memecahbelahkan umat Islam yang paling dimurkai Allah ini.
Siapakah yang terbaik di antara kita? Ya, mari kita bersetuju bahawa yang terbaik adalah yang saling membina diri masing-masing tanpa perlu jatuh di lubang galian sendiri atau di lubang galian musuh dengan isu kafir mengkafir yang memutuskan ikatan akidah dan persaudaraan Islam. - HARAKAHDAILY 12/11/2016
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43181-pas-dan-kafir-mengkafir
ps: nk bagi tau lepas ni totok2 pas jgn nk ngengada menkapirkan org yg menentang RUU355 dan ia telah diakui boleh ditolak..
aku tak nafikan dulu kita punya sedap tuduh org menolak hudud pas ni kapir.. yelah tolak hudud memanglah kapir.. especially ngan penyokong umno tapi hari ini semua telah berubah dan tiada lagi perjuangan hudud melainkan RUU 355 yg tiada berkaitan dgn hudud dan boleh ditolak bg sesiapa yg tidak bersetuju...
kpd para2 ustaz dan penceramah kena dabel check soalan yg diajukan sama ada yg ditnya tu RUU 355 pas atau hudud Allah.. kang sat lagi mampuih keras hukum kapir kt org...
yang penting tak payah nk TOTOK sangat...
gila dah politik malaysia ni semenjak org alim tu balik...
1. pucuk pimpinan mana? yg mana kluar tu kan da kalah pemilihan....musuh politik? owh..jd bila madey kluar umno, jd rakan politik la yer....apa salah kalu btul umno nak sokong RUU355 tu dan PAS nak berbaik? Umno kaki kencing......so madey x kencing la yer....da jd penyelamat mesia plak skang nih....
2. Adakah dari awal lagi pindaan RUU355 tu hudud @ pihak pembang(k)ang yg kata pindaan tu hudud?
3. Tidak menjelaskan? bukan da byk penjelasan yg katakan pindaan RUU355 tu bukan hudud? Atau Pakatun Hasuton (baca DAP) yg dok kata tu hudud?
4. Tujuan bersih adalah menggulingkan kerajaan yg dipilih secara demokratik. byk bezanya dgn perhimpunan dgn yg pas nak buat.....
5. mana hujah yg ni nak tgk?
Aku bukan byk masa utk belek2 save link / gamba / artikel yg aku baca....igt sikit2 jek (lgkan BTPM muhyidin pon tau psl 1MDB dr the edge je)..lg pon bukan berbayor pon nak keep the records...mungkin sesetengah org, memang ini keje dia so..byk la masa belek2 video utube, save link, save gambor.....aku cadangkan pada yg byk masa ni try g debat ngan RPK ka, LSS ka.....br cara...
1) kalau org ungkit bab mader aku dah jawab sebelum2 ini spt dibawah:
Bila bab najib punya kes reti pula guna istilah "tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah"
Bila bab mader elok jer petik kesalahan2 mader tu wpun mader pun tak pernah dibicarakan..
Ada aje akal totok pas ni nak putar alam... kalau dah level totok memang susah utk diselamatkan...
Aku ni bkn lah suka sgt dgn mader tp kalau dia dah bertaubat dan menghulur maaf siapa lah aku nk hukum dia lebih2 sedang aku pun belum tentu lagi baik dari dia..
Tapi totok pas as we all known they all are bersih lagi suci..
Mader dulu memang dipersalahkan semasa pemerintahannya tp dia ada hak utk meminta maaf dan diberi peluang utk memperbetulkannya...
Anwar dah pernah declare dlm siri ceramahnya pada musim pru13 yg dia dah maafkan mader.. so no more personal between them..
Aku just pengundi bkn totok yg fanatik.. tak perlu aku nk pergi ke sesuatu yg terlalu jauh utk memikirkannya..
2 & 3)Semuanya bermula dari sini
http://m.youtube.com/watch?v=6nD6HYaPxvg
http://m.youtube.com/watch?v=j7pbil4atL8
Kemudian setelah kecoh isu sokongan hudud maka bermula episod mengusul.. ingat lagi kenyataan mb kelantan nk buat hudud dikelantan..?
![]()
![]()
![]()
Dengarkan penjelasan nik amar dibawah apa dia cerita..
http://m.youtube.com/watch?v=ilwasMDuKbc
Tuptap tiba2 magik sudah bertukar bukan hudud tapi naik taraf makamah syariah..
![]()
![]()
Ok, masa tu jika ditolak oleh org islam usul ini maka siap lah kau kena kecam sbb menolak islam menolak hudud wpun dibagi tau ia bukan hudud.. even mufti wilayah pun ckp mp
Islam wajib sokong..
![]()
Siapa berani lawan ckp mufti..?? Tp naseb baik last minit.. nik abduh dah kasi klear.. sila rujuk sini ujuk sini : http://m.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43181-pas-dan-kafir-mengkafir
Pertukaran dari kompang hudud kpd bukan hudud itu pun dah jadi satu hal buat rakyat msia khususnya umat islam jd bingung.. ini cerita apa..?
Utk bawa usul tersebut ke parlimen..
![]()
![]()
Dkt sini yg org marah sampai bergaduh berpecah sesama sendiri.. awat tak tolak je beban tu pada umno kelantan yg usul..? Apa umno kelantan tkde wakil parlimen..? Kenapa ada statement rela dikencing oleh seorang pemimpin pas yg terkenal dgn islam..?
![]()
Kalau umno tu jujur nk jaya kan hal ini agak2 ada mcm hal dan masaalah tak..?
Cuba tengok benda2 yg diusul oleh umno cth macam pota, osa, gst dan ntahapa2 lagi.. berapa punya senang...
Im so very upset with all this bullshit game.. hina betul islam dibuatnya oleh penganut2nya...
Dah bertahun2 saya follow isu ni.. asal ada news insyallah saya akan follow up.. semua diatas tu bukan dari saya tp dari org2 tu juga.. saya just quote balik sebagai bukti rujukan..
4)
5)![]()
KUALA SELANGOR: Kempen pemilihan PAS semakin agresif pada saat-saat akhir apabila wujudnya risalah yang melabel pemimpin tertentu sebagai perosak parti.
Ditemui diletakkan secara meluas di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kundang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LTAR), risalah berkenaan cuba membezakan antara kumpulan 'pendukung fahaman liberal' dan kumpulan yang 'tunduk kepada pendukung liberal'.
Risalah bersaiz A4 dengan cetakan berwarna itu menyenaraikan gambar barisan kempimpinan tertinggi PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri bagi sesi 2013-2015.
Daripada 54 gambar dan nama pemimpin yang disenaraikan, 17 daripadanya ditandakan dengan bulatan berwarna biru yang berada dalam kategori 'wajah pendukung liberalisme yang merosakkan PAS dari dalam'.
Kumpulan ini dikatakan cuba menghapuskan dominasi ulama yang menjadi tunjang dalam PAS.
Bukan itu sahaja, mereka yang tersenarai dalam kumpulan ini turut didakwa membawa agenda 'tuan politik' luar kerana ditaja dengan pelbagai bentuk imbuhan dan ditugaskan menguasai PAS demi kepentingan penaja.
Antara yang berada dalam senarai kumpulan biru ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Khalid Samad serta Hanipa Maidin.
Selain itu, lapan daripada senarai berkenaan ditandakan dengan bulatan jingga kerana dikatakan sebagai 'pemimpin yang sudah tunduk kepada pendukung liberarisme dan menjadi lalang serta berani menentang golongan ulama dalam PAS secara terang-terangan.
Kumpulan ini terdiri daripada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Datuk Mahfuz Omar serta Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.
Penyebaran risalah ini dilihat sebagai cubaan untuk mempengaruhi perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada petang Khamis.
Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS akan diumumkan secara rasmi pada pagi Jumaat.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/04/risalah-liberal/
sbelum muktamar tempoh hari.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
setakat ini masih belum ada sesiapa yg tampil mengaku bertanggungjwb dlm kerja3 mencetak dan mengedar even respon hj hadi dlm hal ini den pun tak tau...
tp tulah.. inilah cth kpd fitnah sebab menuduh mengikut rasa dan kempen menang cara kotor dgn memburuk2kan lawan pertandingan... bonus utk hj hadi menang cara "baik punya kempen" tak taulah dari segi hukum tu mcm mana kena tnya hadi...
Dalam pemilihan yg lepas, aktiviti label melabel org itu dan ini dgn mcm2 label tidak mencerminkan akhlak sebuah parti Islam sampaikan perwakilan kelab penyokong pun tegur. Malu la.
http://www.youtube.com/watch?v=9-4-po1GVC4
Video bawah ni sgt penting... ia telah dirancang dlm tahun yg sama sebelum pemilihan tempoh hari.. kena dengar dgn teliti.. dan bandingkan persamaan apa yg dah berlaku hari..
http://m.youtube.com/watch?v=u_AETahkcxE
Kau dengar molek2 sindiran pedas mat sabu tu... dia ada sebut pasal siasatan..
nah tambah lagi info bg yg duk sibuk tnya bukti mana bukti apesal takde siasatan..
http://www.youtube.com/watch?v=Q1rSX-6mp2s
Org yg mengunakan agama utk kepentingan politiknya amat keji bagi diri saya dan ia harus ditegah kerana merosakkan agama itu sendiri.. ini pendapat saya.. kalau awak nk ikut terus mcm org2 yg saya melihat kekejiannya itu tiada siapa yg halang pun..
nk dptkan kebenaran memang byk kerja, bila dah terjebak nk mengetahui kita akn bersungguh2 utk tahu supaya tidak tersalah pilih dan menyusahkan org lain.. jika awak tak punya masa utk menyelidik maka awak tak berhak utk menghentam sesuatu pihak tanpa bukti kukuh yg mana awak akan cenderung memberikan maklumat yg salah atau bahasa mudahnya memfitnah secara tak lansung..
apa yg saya lampirkan kesemua diatas bukan datang dari saya secara peribadi tapi dari sumber2 yg diberikan maksudnya bukan saya ckp tapi mereka yg diatas tu yg bercakap...
nk tahu kebenaran jgn skip semua yg saya lampirkan baca dengan teliti wpun sekadar keratan akbar.. lihat dan tonton setiap video smpai habis..
kalau awak ada hujah kukuh yg boleh membidas segala bukti diatas saya sedia mendengarnya but pls dont give me rpk punya sembang.. buang masa dgr pendapat dia sbb ia skdr pandangan peribadi bukan dari tuan empunya diri...
http://www.youtube.com/watch?v=4bXUbkxqeSo
KUALA LUMPUR: Mana-mana ahli atau pemimpin PAS yang merasakan sudah tidak sependapat dengan PAS boleh keluar parti dan menubuhkan parti baru, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata penubuhan parti baru tidak boleh dihalang dan merupakan perkara biasa bagi mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.
"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh.
"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," katanya dalam satu sesi dialog dan penjelasan isu semasa di Marang semalam.
Abdul Hadi secara berseloroh menjelaskan mereka yang tidak sependapat jika masih berada dalam PAS umpama seekor nyamuk yang menyebabkan tidur tidak lena.
"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila," katanya.
Abdul Hadi juga menjelaskan beliau tidak mengetahui adanya penubuhan parti baru oleh beberapa pimpinan PAS seperti yang tersebar di beberapa media sebelum ini.
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," katanya lagi.
Berita penubuhan sebuah parti yang dinamakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tersebar sejak beberapa hari yang lalu.
PasMa menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli dan pemimpin PAS khasnya dalam laman sosial Facebook.
http://www.astroawani.com/berita-politik/kalau-nak-tubuh-parti-baru-silakan-hadi-43380
org ni yg cabar tubuh parti dan suruh keluar akhirnya org ini juga melabelkan mereka yg kluar itu dilabel sebagai pengkhianat..?
bismillahirrahmanirrahim..
![]()
![]()
![]()
Huraian diambil dari kitab Tafsir Ahmad Sonhadji MohamadD
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
------------------------------- sambungan surah :
![]()
![]()
sila klik link disini : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=484413
Last edited: