BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khalwat dalam ambulans?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
OMLUJ (Arab Saudi): Suruhanjaya Pemeliharaan Akhlak dan Pencegah Maksiat (Hai’a) menahan sebuah van ambulans di daerah ini berikutan berlaku insiden ‘khulwa’ atau pergaulan bebas antara lelaki dan wanita bukan mahram apabila seorang pemandu dan dua jururawat duduk di bahagian depan ambulans berkenaan.
Menurut pemandu ambulans, dia dan dua jururawat terbabit ditahan dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang mangsa kemalangan dari sebuah hospital di Madinah ke Al-Wajh.


Anggota penguat kuasa Hai’a mengejar ambulans dan mengarahkan pemandunya supaya berhenti.


Pemandu bersama dua jururawat terbabit yang diarah keluar mula dikerumuni orang ramai dan kaki tangan perubatan terbabit dibenarkan beredar hanya selepas penguat kuasa melakukan soal siasat lebih daripada satu jam,” jelas seorang saksi.


Jurucakap Hai’a, Muhammad Al-Zubaidi di wilayah Tabuk melaporkan anggotanya bertindak menahan ambulan itu kerana kakitangan Kementerian Kesihatan terbabit melanggar peraturan apabila dua jururawat duduk di bahagian penumpang depan bersebelahan dengan pemandu. - Agensi
 
Aku rasa..kene letak jaring kat dopan tu ..pisahkan jurulawat dgn pemandu la kan....
 
Bagus tul laa ... prevention better than cure :)cgrock
 
letak je driver pompuan pasti selamat

___________________________________

Signalking Wifi Booster 1200mw
Lagi Power!!! Recommended!!!
Call/sms 0172574432
 
Back
Top
Log in Register