BTC USD 85,282.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

Klau xsuka ngn ketua kluar ja la jgn di ungkit2 dh jd mcm budak2 plk perangai.....sikit sebanyak imej Islam tercemar gara2 benda mcm nie....sedih betoi la tngk.....aku xsalahkan tgha dia mesti ada sebab dia buat keputusan mcm tu.....yg xsetuju ngn dia elok la kluaq jemaah ikut wadah br dn jgn perangai bdk2 ungkit sana ungkit sini ckp la stop kt sini ja
benda ni normal je..org keluar parti pasti akan ungkit cerita buruk pasal parti lama..

apa yg aku nak sampaikan.. pas ni sama je ngan parti2 lain.. takde apa istimewanya pas ni.. sama je ada konflik dan masalah mcm parti2 lain juga..

btw sebenarnya pas ni dah lama mencemarkan imej agama islam.. bukan pasai kes khairudin tu je..
 
Betoi aiih sebab xdk sapa maksum
 
Timbalan presiden PAS jawab dakwaan Ahli Parlimen Kuala Nerus yang mengkritik Abdul Hadi baru-baru ini.

1648280462547.png

Ada keputusan parti perlu dibuat atas budi bicara presiden - PAS
Diterbitkan: Mar 26, 2022 3:29 PM
⋅
Dikemaskini: 3:30 PM

Sebarang keputusan yang diambil PAS, kata Tuan Ibrahim Tuan Man, dibuat secara bersama selepas dibincangkan di peringkat parti yang berkaitan sesuai dengan isu berbangkit.

Kata timbalan presiden PAS itu lagi ada isu yang dibawa dan dibincangkan di peringkat Dewan Harian parti, selain di peringkat jawatankuasa pusat atau majlis syura.

"Ada juga (keputusan) sesuatu perkara dibuat menjadi budi bicara presiden," katanya ketika dihubungi Malaysiakini di Bera hari ini.
Terdahulu Menteri Alam Sekitar dan Air itu menghadiri program sambutan Hari Air Sedunia 2022 di Taman Awam Bera, Pahang. Turut hadir Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang merasmikan acara tersebut.

Pada pertengahan bulan ini Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang membuat keputusan sendiri semasa membawa parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Dakwanya, keputusan Abdul Hadi didorong oleh nasihat seorang dua pemimpin yang rapat dengan duta khas bertaraf menteri terbabit.
Mohd Khairuddin yang dipecat daripada ahli Jawatankuasa Pusat PAS juga membuat keputusan meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas pada 14 Mac lalu.

Selepas kejatuhan Pakatan Harapan, Mohd Khairuddin dilantik menjadi menteri oleh Muhyiddin Yassin namun diketepikan apabila Ismail Sabri menggantikan presiden Bersatu itu.

bc8a50f090adb226f691c2eaf7f3a1eb.jpg

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu adalah seorang daripada segelintir pemimpin PAS yang dilihat lebih cenderung kepada Umno berbanding Bersatu dan PN.

Sementara itu ditanya mengenai calon yang akan bertanding mewakili PAS di kerusi parlimen Kuala Nerus pada PRU akan datang, Tuan Ibrahim berkata, perkara itu akan diputuskan selepas parlimen dibubarkan.

"Soal calon, kita kena tunggu hari penamaan calon nanti," katanya.

La ingat sejuk dh isu nie
 
1650498195209.png

PAS Kuala Nerus pecat ketua penerangan kawasan

Diterbitkan: Apr 20, 2022 8:00 PM
⋅
Dikemaskini: 8:00 PM

PAS Kuala Nerus memecat salah seorang pemimpin kawasan terbabit ekoran terkait dengan tindakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, yang meninggalkan parti berkenaan baru-baru ini.

Difahamkan surat pemecatan ke atas Raja Arizal Raja Arif selaku ketua penerangan PAS kawasan itu menggunakan istilah "digugurkan" dan ia dikeluarkan pada minggu lalu.

Raja Arizal ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini mengesahkan pemecatan tersebut.
Menurutnya, tiada sebarang alasan atau sebab dinyatakan susulan pemecatan berkenaan namun dia bercadang untuk memberikan respon terhadap surat itu.

"Tiada alasan disebut dalam surat. Saya akan menjawab surat tersebut dalam waktu terdekat, insya-Allah," katanya.
Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus Shukrimun Shamsuddin turut mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai tindakan yang diambil itu.

Katanya, antara lain tindakan itu diambil kerana Raja Arizal dipercayai mempunyai kaitan atau hubungan individu terbabit dengan Khairuddin.

"Perkara ini berkait dengan wakil rakyat Kuala Nerus yang keluar parti dan dia (Raja Afizal) salah seorang pegawai yang berkhidmat dengan ahli parlimen.

"Jadi kita buat keputusan untuk gugurkannya daripada jawatan tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

Shukrimun juga mengesahkan surat tersebut dikeluarkan PAS Kuala Nerus pada minggu lalu dan berkuat kuasa serta-merta.

Sebagai rekod pada 14 Mac lalu, Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi mengisytiharkan keluar PAS dan menjadi ahli parlimen bebas.

Guane tu
Pecat Ketua Penerangan Kawasan plop
 
Back
Top
Log in Register