BTC USD 85,826.3 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut mengenai soal pemecatannya dalam badan tertinggi PAS itu.

Saya serahkan segalanya kepada parti, kata Khairuddin selepas disingkir sebagai ahli Syura​





February 13, 2022 1:12 PM


MOHD_KHAIRUDDIN_AMAN_RAZALI_PAS_KUALA_NERUS_TERENGGANU_MENTERI_PERUSHAHAN_PERLADANGAN_KOMODITI...jpg


Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkuat kuasa Khamis lalu, tidak sampai sebulan selepas beliau digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat parti itu.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut mengenai soal pemecatannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

Beliau, yang tampil mengulas penyingkirannya dalam badan tertinggi PAS itu menerusi FB Live malam tadi, berkata segalanya diserahkan kepada kepimpinan parti.

“Ini kali pertama saya bersiaran langsung setelah pelbagai isu dan perkara berlaku terhadap diri saya dalam parti dan perjuangan. Ramai minta respons dan ulasan saya terhadap apa yang berlaku.







“Namun saya masih mengambil sikap untuk kekal tidak menjawab dan mengulas apa yang berlaku. Saya serahkan segalanya kepada parti,” katanya, menerusi video berdurasi 13 minit 51 saat itu.



“Saya istiqamah dengan perjuangan PAS dan sabar. Belum masanya saya memberi respons terhadap apa yang berlaku,” tambahnya.
Khairuddin dipercayai bersiaran langsung dari luar negara, melihat kepada suasana latar belakang video berkenaan pada waktu siang dan keadaan bekas Menteri itu sendiri yang menahan kesejukan dengan berjaket tebal.

Kelmarin, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengesahkan pengguguran Khairuddin sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama susulan isu disiplin melibatkan pemimpin itu.
Hadi berkata pengguguran jawatan itu berkuatkuasa pada 10 Feb.

Penyingkiran itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat pada 12 Jan lalu.


 

Pemecatan Khairuddin sah: Mursyidul Am Pas​

Baru-HASHIM-JASIN001.jpg


HASHIM JASIN

  • 14 Februari 2022, 7:30 am


ARAU: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan pemecatan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama adalah sah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, ini kerana pelantikan Mohd. Khairuddin dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini adalah atas kapasiti mewakili Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat. Menurutnya, seramai empat pemimpin termasuk Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dipilih AJK…

 
Isu menyelubungi bekas AJK Pas Pusat itu wajar dianalisa secara mendalam kerana ia mampu memberi implikasi kepada Pas dalam PRU15 nanti

Khairuddin serah nasib kepada kebijaksanaan Mursyidul Am Pas​


13 Februari 2022 | Masa membaca: 4 minit

1496597.jpg

Hashim (kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan Mohd Khairuddin sewaktu beliau masih dalam kabinet. - Foto Facebook Hashim Jasin


SHAH ALAM - Biarpun tindakan pemecatannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama, dikatakan bertentangan dengan perlembagaan parti, namun Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berharap isu berkenaan dapat diselesai dalam semangat kekeluargaan.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu ketika dihubungi wartawan Sinar Premium juga menegaskan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan muktamad mengenai kedudukannya sebagai Ahli dan Setiausaha Majlis Ulama Pas.

Khairuddin yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, ini kerana mengikut Fasal 8(5) dan (7) Perlembagaan Pas hanya Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama yang boleh melucutkan jawatannya selaku seseorang Ahli dan Setiausaha Majlis Syura Ulama.

1496598.jpg

Mohd Khairuddin

"Sementara itu mengenai kedudukan saya sebagai ahli dan Setiausaha Majlis Syura Ulama, saya serahkan pada kebijaksanaan Tuan Guru Mursyidul Am dan ahli Majlis Syura Ulamak seperti ditetapkan mengikut Fasal 8 (5) dan (7), Perlembagaan Pas.

"Bagaimanapun, jika diberi kesempatan saya sangat berharap segala perkara akan dibincangkan secara semangat kekeluargaan kerana ia adalah resipi yang sangat berkesan dalam memperkasakan parti dan jamaah," katanya.

Untuk rekod Fasal 8 (3) Perlembagaan Pas, memperuntukan seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas juga hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli Pas.




Fasal 8 (4) Perlembagaan Pas pula mengariskan empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulama itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulama Pas Pusat.

Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih atau melantiknya setelah tamat tempoh tersebut Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulama itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun.

Bagaimanapun, Fasal 8 (5) Perlembagaan Pas, menetapkan seseorang ahli Majlis Syura 'Ulama itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun. Namun, mereka boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh Majlis Syura 'Ulama yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli mengikut peruntukan ceraian (3) Fasal ini dan sebab-sebab seseorang ahli itu patut diberhentikan.

Sementara, Fasal 8 (7) Perlembagaan Pas pula menetapkan bahawa seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulama hendaklah dilantik oleh Mursyidul ‘Am di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulama dari kalangan ahlinya.

Setiausaha Majlis Ulama Pas, hendaklah memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura Ulama dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

TETAP BERSAMA PAS
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Khairuddin berkata, beliau akan terus istiqamah dengan perjuangan Pas dan akan memberi tumpuan penuh kepada tugas selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus sebaik mungkin.

"Sebagai ahli Pas, insya-ALLAH saya akan terus istiqamah dengan dasar perjuangannya iaitu Islam dan memberikan komitmen terbaik untuk merealisasikan tujuan dan usaha dakwah serta politik Pas sebagaimana termaktub dalam Perlembagan Pas.

"Saya juga akan menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas saya sebagai Ahli Parlimen Pas. Saya mengharapkan doa dari semua sahabat seperjuangan dan seluruh umat Islam yang mencintai perjuangan Islam ini agar saya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik," katanya.

Terdahulu, dalam rakam video berdurasi 13 minit 51 yang dikongsi di laman Facebooknya, Khairuddin menjelaskan beliau akan terus menutup mulut dan menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan Pas untuk menentukan untung rugi nasibnya.

"Ini kali pertama saya bersiaran langsung setelah pelbagai isu dan perkara berlaku terhadap diri saya dalam parti dan perjuangan. Ramai minta respons dan ulasan saya terhadap apa yang berlaku. Namun saya masih mengambil sikap untuk kekal tidak menjawab dan mengulas apa yang berlaku. Saya serahkan segalanya kepada parti," katanya.

Difahamkan Khairuddin kini dipercayai berada di luar negara, melihat kepada suasana latar belakang video berkenaan pada waktu siang dan keadaan bekas menteri itu sendiri yang menahan kesejukan dengan berjaket tebal.

Dalam pada itu, Khairuddin menjelaskan beliau akan terus istiqamah dan kekal bersama perjuang parti biarpun tidak memegang jawatan dalam parti.

"Saya istiqamah dengan perjuangan Pas dan sabar. Belum masanya saya memberi respons terhadap apa yang berlaku," tambahnya.
Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan pengguguran Khairuddin sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama susulan isu disiplin melibatkan pemimpin itu.

1496607.jpg

Abdul Hadi

Abdul Hadi menjelaskan pengguguran jawatan itu berkuatkuasa pada 10 Februari lalu. Oleh kerana pelantikan beliau dalam Majlis Syura oleh Jawatankuasa Pas Pusat maka Pas Pusat membatalkan pelantikan itu.

"Maka dia tak jadi Ahli Majlis Syura lagi dan (jika) nak jadi Setiausaha Majlis Syura mesti ahli Majlis Syura, maka gugurlah daripada Majlis Syura dan (jawatan) Setiausaha Majlis Syura," katanya dalam satu majlis di Marang, Terengganu. Penyingkiran itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat pada 12 Jan lalu.


 
1644894800549.png


'Pemecatan Khairuddin macam air berkocak dalam cawan saja'
Diterbitkan: Feb 15, 2022 9:00 AM
⋅
Dikemaskini: 9:01 AM





Isu pemecatan Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS disifatkan hanya umpama air yang "berkocak di dalam cawan" dan bukannya konflik dalaman parti.

Perkara itu dinyatakan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, yang menyuarakan keyakinan bahawa isu berkenaan akan diredakan secara harmoni dalam masa terdekat selepas majlis syura membuat ketetapan.

Jelasnya, keputusan Jawatankuasa Pusat PAS untuk memecat Khairuddin daripada jawatan itu tidak memberi kesan kepada Majlis Syura.
Malah, katanya, perbincangan bagi mengatasi isu berkenaan sedang dijalankan.




"Isunya tak besar, berkocak air dalam cawan saja. Insya-Allah boleh diatasi, perbincangan sedang berjalan.
"Ada usaha dan saya penuh yakin kita akan selesai dengan cara baik," katanya kepada Malaysiakini.


f5d69c47b5bc540452a82a913a0b849a.jpg


Pada 11 Feb lalu, Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus digugurkan daripada jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata jawatan itu terbatal kerana Jawatankuasa Pusat PAS membatalkan pelantikannya sebagai anggota Majlis Syura.

“Nak jadi setiausaha Majlis Syura kena jadi ahli Majlis Syura. Maka gugurlah (keanggotannya) daripada Majlis Syura dan (jawatan sebagai) setiausaha Majlis Syura,” kata Abdul Hadi ketika itu.

Ditanya sama ada Majlis Syura Ulama PAS akan mendapatkan penjelasan Abdul Hadi berhubung perkara itu, Hashim kata pihaknya sudah pun mendapatkannya.
"Kita sudah dapat penjelasan dan majlis syura juga sedang bermesyuarat serta berbincang mengenai perkara ini," katanya lagi.


 
Isu terkumpul termasuk hubungan dengan seorang aktivis politik gerakan Islam antara sebab bekas menteri itu digugur jawatan.

Hadi terlalu marah, kata sumber dedah punca Khairuddin dipecat​


Dikemas kini 4 jam yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 7:00AM · 0 Komen

abdul_hadi_awang_(2)__full.jpg
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap seorang aktivis politik sebagai dalang yang memecah-belahkan kepimpinan tertinggi PAS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2022.

ISU yang terkumpul melibatkan Mohd Khairuddin Aman Razali, termasuk hubungannya dengan seorang aktivis politik gerakan Islam, punca bekas menteri itu dipecat daripada dua jawatan dalam PAS dalam masa sebulan yang lepas, kata beberapa sumber.

Kemarahan Presiden PAS Abdul Hadi Awang memuncak selepas Khairuddin melibatkan aktivis politik itu semasa mewakili parti dalam satu persidangan mengenai Palestin di Istanbul, Turki pada Disember lalu, kata sumber.
 
Isu terkumpul termasuk hubungan dengan seorang aktivis politik gerakan Islam antara sebab bekas menteri itu digugur jawatan.

Hadi terlalu marah, kata sumber dedah punca Khairuddin dipecat​


Dikemas kini 4 jam yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 7:00AM · 0 Komen

abdul_hadi_awang_(2)__full.jpg
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap seorang aktivis politik sebagai dalang yang memecah-belahkan kepimpinan tertinggi PAS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2022.

ISU yang terkumpul melibatkan Mohd Khairuddin Aman Razali, termasuk hubungannya dengan seorang aktivis politik gerakan Islam, punca bekas menteri itu dipecat daripada dua jawatan dalam PAS dalam masa sebulan yang lepas, kata beberapa sumber.

Kemarahan Presiden PAS Abdul Hadi Awang memuncak selepas Khairuddin melibatkan aktivis politik itu semasa mewakili parti dalam satu persidangan mengenai Palestin di Istanbul, Turki pada Disember lalu, kata sumber.
sape aktivis tu ?
 
Tak kan la Ajak aktivis dah marah.

Kemon la presiden PAS ni. Dia Ajak wak muhyidin join MN, dgn harapan umno tak marah.

Cuba umno Ajak PAN join PN.

PAS ni kene org muda la yg jd leader. Baru la berubah sikit.
kalau bukan org muda pun.. at least org yg boleh terima perbezaan pandangan pun dah ok
 
khairuddin.jpeg
Mohd. Khairuddin



Mohd Khairuddin umum letak jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas​






PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha dan ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, dia mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha MSU Pas dibuat mengikut peruntukan perlembagaan parti di bawah Fasal 8(7).

“Saya dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas yang diadakan secara hibrid pada malam semalam, 20 Februari, jam 9 malam sebagai ahli dan Setiausaha MSU.

“Pada mesyuarat berkenaan, saya mengumumkan peletakan jawatan atau pemberhentian sebagai Setiausaha MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(7).

“Saya juga meletakkan jawatan atau pemberhentian sebagai Ahli MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(5),” katanya.

Beliau turut merakamkan perhargaan kepada parti Pas yang memberi peluang untuk beliau berkhidmat sebagai ahli MSU Pas sejak tahun 2013 dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha MSU sejak 15 Disember 2020.


“Rakaman jutaan terima kasih juga kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Haji Hashim Jasin dan semua Ahli MSU yang telah bertindak selaras dengan Perlembagaan Pas untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan parti,” jelasnya.

Mohd. Khairuddin berkata, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Pas dan tugasan-tugasan lain dalam parti.
 
Back
Top
Log in Register