BTC USD 84,713.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

Dahsyat Khairuddin Takiri ni, berjaya membuka dimensi baru perjuangan Islam.

Perjuangan politik Islam adalah politik nak bagi rakyat kenyang, dan nak bagi rakyat rasa aman.
 
Khairuddin tak layak nasihat ahli PAS sokong BN

Takiyuddin selepas Pengumuman Pelaksanaan Program Tenaga Hijau Korporat di Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: PAS dijangka bertanding di 60 kerusi Parlimen dengan menyasarkan menang 40 daripada kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata senarai calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan di peringkat negeri pada Rabu ini.

Menurutnya, PAS turut menampilkan 10 peratus calon wanita dan beberapa penyandang kerusi Parlimen turut direhatkan bagi memberi laluan kepada muka baharu.

PAS mempunyai 17 wakil dalam kerajaan termasuk menteri dan 'backbencher' yang semuanya memberi perkhidmatan terbaik .

"Dalam PAS apa sahaja keputusan dibuat pimpinan parti akan diterima baik oleh individu yang tidak tercalon atau direhatkan termasuk ada juga yang dipilih untuk dicalonkan menolak kerana bagi mereka jawatan itu satu amanah dan tanggungjawab besar dan bukan kemegahan, "katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Tenaga Hijau Korporat Sokongan Agenda Pembangunan Ekonomi Hijau Negara di Suruhanjaya Tenaga, hari ini.

Dalam pada itu Takiyuddin turut membidas kenyataan dibuat penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyarankan ahli dan penyokong PAS mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU15 bagi mengelak kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang akan membawa mudarat lebih besar kepada negara.

Katanya, Khairuddin tidak layak menasihatkan ahli PAS kerana dia bukan lagi ahli dan kini sebagai orang asing.

Takiquddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu turut membayangkan beliau akan bertanding semula dan mempertahankan kerusi di kawasan itu.
Sombongnya kamu takiyuddin....khalifah islam dl pun suruh rakyat dia tegur dia klau ada salah....nie bkn ahli parti xleh tegur....
 
Dahsyat Khairuddin Takiri ni, berjaya membuka dimensi baru perjuangan Islam.

Perjuangan politik Islam adalah politik nak bagi rakyat kenyang, dan nak bagi rakyat rasa aman.
Boleh dah suruh dia masuk amanah.........
 
Dahsyat betul. Kalau dulu kaedah fiqh "Ma la yatimmul wajib illa bihi fahuwa wajib" adalah dalil yg popular untuk menghukumkan wajib mengundi PAS di kalangan penceramah PAS, kini ada dalil baru "la doror wala diror" dibawa oleh Khairuddin untuk mewajibkan mengundi BN, atas hujah wajib kalahkan PH
 
Dahsyat betul. Kalau dulu kaedah fiqh "Ma la yatimmul wajib illa bihi fahuwa wajib" adalah dalil yg popular untuk menghukumkan wajib mengundi PAS di kalangan penceramah PAS, kini ada dalil baru "la doror wala diror" dibawa oleh Khairuddin untuk mewajibkan mengundi BN, atas hujah wajib kalahkan PH
BN tak boleh diberikan kuasa sgt..... Kalau geng2 mahkamah pun kita nak undi, akan memerintah nanti
 
Back
Top
Log in Register