BTC USD 84,742.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

Khairudin ...ok je ngan gaya bahasa menatang tu...

Kalut tak tentu pasal.....akhlak tu had nya pada nabi....bukan pada muhaizad atau kadir jailani

Ramai plak yg terlompat lompat ....sama macam kes....TGNA pada quran mencarut dulu

Dah lah ngaji malas....membaca pun malas
 
Mohd Khairuddin balas sindiran Muhammad Sanusi Md Nor yang menyelar dirinya sebagai ‘haiwan politik’.
1f4f2.png
Sinar Harian juga ada akaun Twitter. Jom follow https://twitter.com/SinarOnline

Khairuddin balas sindiran Sanusi​


10 Ogos 2022 02:09pm Masa membaca: 1 minit


1868340.png

Tangkap layar kenyataan dimuat naik Mohd Khairuddin Aman di Facebooknya. Gambar kanan: Mohd Khairuddin


SHAH ALAM – Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tampil membalas sindiran Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang menyelar dirinya sebagai ‘haiwan politik’.

1868344.jpg

Muhammad Sanusi

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan, dalam politik seseorang itu perlu menjadi manusia yang bertutur baik kerana ia menjadi teladan kepada rakyat.



Ujarnya lagi, ulama dalam ilmu Mantik menggelar manusia sebagai haiwan yang bertutur.
“Kalimah haiwan pula berasal daripada kata kerja ‘Hayaa’ bermaksud hidup bernyawa. Haiwan bermaksud makhluk yang ada nyawa dan hayat kehidupan.

"Haiwan yang bertutur baik akan jadi haiwan yang baik, ada pun yang bertutur jahat maka menjadi jahat.
“Dalam politik pula kita perlu menjadi manusia yang bertutur baik kerana kita menjadi tauladan kepada rakyat,” katanya dalam catatan di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan Muhammad Sanusi Md Nor menyelar Khairuddin Aman Razali sebagai 'haiwan politik' yang tidak mengenang jasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebaliknya hanya inginkan Pas memilih UMNO sebagai sekutunya.
 
Dlm islam sesama agama memang payah nak muafakat

Sejarah kita pun telah menunjukkan, selepas kematian nabi, sahabat2 yg beragamawan pun sanggup mencela menabur fitnah dan membunuh sesama sendiri demi utk menjd khalifah

Agama bukan tool utk penyatuan ummah
Tp adalah tool utk menunggang ummah
 
Dlm islam sesama agama memang payah nak muafakat

Sejarah kita pun telah menunjukkan, selepas kematian nabi, sahabat2 yg beragamawan pun sanggup mencela menabur fitnah dan membunuh sesama sendiri demi utk menjd khalifah

Agama bukan tool utk penyatuan ummah
Tp adalah tool utk menunggang ummah

sejarah mungkin berulang
 
Idris Ahmad menempelak Khairuddin yang menyifatkan PAS rugi meninggalkan Muafakat Nasional untuk terus bekerjasama dengan (Bersatu).

Khairuddin yang rugi tinggalkan Pas: Idris​


12 Ogos 2022 11:31am Masa membaca: 1 minit


1870903.png

Idris hadir merasmikan wakaf pertanian bersepadu (WATANI) di sini pada Jumaat.



PUTRAJAYA - Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memulangkan paku buah keras kepada Datuk Seri Khairuddin Aman Razali selepas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menyifatkan parti itu rugi meninggalkan Muafakat Nasional (MN) untuk terus bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

Enggan mengulas lanjut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata:



"Sebenarnya Khairuddin itu yang rugi tinggalkan Pas...tolong beritahu kat dia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Laman Watani Yayasan Wakaf Malaysia, di sini pada Jumaat.

Khairuddin pada Mac lalu mengumumkan keluar daripada parti itu selepas 33 tahun menyertainya.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas itu bagaimanapun enggan mendedahkan alasan berhubung pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi ahli Parlimen bebas.

Meskipun dilihat lebih mesra UMNO, Khairuddin mengambil sikap 'kunci mulut' berhubung status dan perancangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi laporan portal pada Khamis, Khairuddin berkata, jika Pas meninggalkan UMNO untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) ia tidak membawa sebarang keuntungan seperti terbukti ketika gabungan itu tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Pandangan saya, merugikan (tinggalkan UMNO) kerjasama dengan Bersatu, tetapi saya kena berkecuali juga...itu hak Pas dan hak Presiden Pas untuk berijtihad dengan cara dia,” katanya.



Artikel Berkaitan:
 
Khairudin ...ok je ngan gaya bahasa menatang tu...

Kalut tak tentu pasal.....akhlak tu had nya pada nabi....bukan pada muhaizad atau kadir jailani

Ramai plak yg terlompat lompat ....sama macam kes....TGNA pada quran mencarut dulu

Dah lah ngaji malas....membaca pun malas
Pepatah melayu ada kata bahasa tu jiwa bangsa....buruk bahasa buruklah bangsanya...benda yg xelok knp perlu ikut bang....xperlu mengaji pun klau nak jd beradab nie...tu antara ilmu dn adab sy pilih adab lg dr ilmu...sebab adab boleh bwk ilmu jd elok...klau ilmu saja tanpa adab yg xketahuan hala...sorry tu pandang saya
 
Pepatah melayu ada kata bahasa tu jiwa bangsa....buruk bahasa buruklah bangsanya...benda yg xelok knp perlu ikut bang....xperlu mengaji pun klau nak jd beradab nie...tu antara ilmu dn adab sy pilih adab lg dr ilmu...sebab adab boleh bwk ilmu jd elok...klau ilmu saja tanpa adab yg xketahuan hala...sorry tu pandang saya

tn lau_kau, rasanya khairuddin pun tak berkenan sanusi panggil dia haiwan sebab khairuddin sebut camni pada sanusi
"Haiwan yang bertutur baik akan jadi haiwan yang baik, ada pun yang bertutur jahat maka menjadi jahat'
 
Back
Top
Log in Register