BTC USD 85,092.1 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairuddin keluar PAS

Ahli PAS dah tak hormat pemimpin...

Ahli PAS dah tak hormat pemimpin...
(Gambar fail) Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - NSTP/FATHIL ASRI

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menzahirkan kebimbangannya terhadap suasana ukhuwah atau persaudaraan dalam parti itu, terutama dari segi menghormati pimpinan dan sahabat seperjuangan.

Tanpa memberikan sebarang nama, Tuan Ibrahim berkata, terdapat ahli PAS yang kadangkala membuat kenyataan yang disifatkan beliau sebagai tiada adab dan hikmah terhadap pemimpin parti.

"Kadangkala, sehingga kita rasa seolah-olah pimpinan kita tidak mengetahui apa yang kita ketahui, bahkan ada yang menegur pimpinan mengenai bahaya musuh seolah-olah pimpinan tidak mengenali musuh.

"Ukhuwah dalam jemaah akan lahir bila mana kamu rasa hormat pada pimpinan dan sahabat seperjuanganmu. Engkau akan merasainya bila mana kamu dapat membezakan siapa sahabat dan siapa pula musuh kamu.

"Lalu kamu akan bertindak selaras dengan kedudukan itu. Kamu akan merindui sahabatmu bila mana kamu tidak menemuinya atau kamu tidak berhubung dengannya," katanya melalui Facebook beliau, semalam.

Tuan Ibrahim menjelaskan, keberadaan ahli dalam parti bukan bertujuan menyusahkan parti atau kepemimpinannya, justeru ahli PAS perlu berusaha membantu parti dan pemimpin dalam apa juga situasi.

"Ukhuwah ini lahir daripada hormat serta thiqah (percaya) kita dan pada waktu sama adalah akhlak kita. Engkau tidak mungkin merasainya tanpa sifat itu.

"Lantaran itu, belajarlah untuk menghormati orang lain atau pandangan yang berbeza dengan kita. Engkau perlu menghormati pimpinan dan sahabatmu kerana ia adalah sebahagian daripadamu dalam jemaah.

"Ia lebih daripada apa yang kamu ada di dunia ini. Pandanglah dengan mata hatimu sebelum engkau memandangnya dengan mata zahirmu," katanya.
 
Sanusi selar Khairuddin ‘haiwan politik’, tak kenang jasa Bersatu​

August 9, 2022 3:45 PM

Sanusi-Md-Nor-Khairuddin-Aman.jpg

Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Khairuddin Aman Razali ‘lebih Umno daripada sebahagian orang Umno’.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyelar Khairuddin Aman Razali sebagai “haiwan politik” yang tidak mengenang jasa Bersatu, sebaliknya hanya inginkan PAS memilih Umno sebagai sekutunya.

“Dia sudah tak relevan untuk beri komen atau nasihat apa patut PAS buat… haiwan politik saja yang ambil sikap tidak mengenang jasa orang lain,” katanya yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS pusat.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yang berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan Umno, bukan Bersatu yang disifatkan sebagai “parti kecil” dan hanya bergantung kekuatan orang lain.

Malah, Khairuddin yang keluar PAS pada 14 Mac lalu berkata, strategi parti itu meletakkan kerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata tindakan Bersatu yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) untuk bersama PAS dan Umno membentuk kerajaan perlu dihargai kerana berjaya menyelamatkan negara daripada zaman gelap 22 bulan pentadbiran kerajaan liberal pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“PAS tak selfish (pentingkan diri)…PAS mengenang jasa dan pengorbanan orang. Bersatu keluar PH membolehkan Bersatu bersama dengan Umno dan PAS ambil alih kerajaan.

“Dengan ambil alih kerajaan itulah negara dapat diselamatkan daripada 22 bulan zaman gelap bagi Melayu Islam bawah kerajaan liberal dan cauvinist PH yang dikepalai DAP,” katanya kepada FMT.

Sanusi berkata, jika Bersatu mementingkan politik semata-mata, adalah lebih baik parti itu kekal dalam PH.

“Baik dia kekal dalam PH jadi kerajaan, lebih banyak mereka boleh buat untuk bunuh Umno dan PAS. (Tetapi) kerana mereka juga pentingkan Melayu dan Islam, mereka keluar PH dan bersama Umno dan PAS.
“Sebagai manusia waras, bukankah ini sikap yang patut dihargai?,” katanya.

Sanusi turut menempelak Khairuddin dengan menyifatkan segala pandangan bekas pemimpin PAS itu “sudah tidak relevan”, sambil menyifatkan “Khairuddin lebih Umno daripada sebahagian orang Umno”.

Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan, perladangan dan komoditi dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Feb lalu, sebulan selepas beliau digugurkan sebagai ahli jawatankuasa (AJK) pusat.
 
Lawak sanusi kata Bersatu sayang melayu islam
 
Kenyataan bekas pemimpin PAS, Mohd. Khairuddin Aman Razali bahawa kerjasama parti itu dengan Bersatu sebagai strategi yang salah adalah pandangan peribadi tanpa melihat konteks keseluruhan.

Naib Presidennya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menyifatkan pandangan Khairuddin tidak menggambarkan realiti sebenar penerimaan di akar umbi.

Khairuddin sebelum ini dilaporkan berkata, langkah Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjalinkan kerjasama dengan Bersatu adalah strategi salah kerana sepatutnya kerjasama itu dibuat dengan UMNO.

Sumber video: https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/videos/1162844014446306
 
Sanusi selar Khairuddin ‘haiwan politik’, tak kenang jasa Bersatu​

August 9, 2022 3:45 PM

Sanusi-Md-Nor-Khairuddin-Aman.jpg

Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Khairuddin Aman Razali ‘lebih Umno daripada sebahagian orang Umno’.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyelar Khairuddin Aman Razali sebagai “haiwan politik” yang tidak mengenang jasa Bersatu, sebaliknya hanya inginkan PAS memilih Umno sebagai sekutunya.

“Dia sudah tak relevan untuk beri komen atau nasihat apa patut PAS buat… haiwan politik saja yang ambil sikap tidak mengenang jasa orang lain,” katanya yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS pusat.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yang berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan Umno, bukan Bersatu yang disifatkan sebagai “parti kecil” dan hanya bergantung kekuatan orang lain.

Malah, Khairuddin yang keluar PAS pada 14 Mac lalu berkata, strategi parti itu meletakkan kerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata tindakan Bersatu yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) untuk bersama PAS dan Umno membentuk kerajaan perlu dihargai kerana berjaya menyelamatkan negara daripada zaman gelap 22 bulan pentadbiran kerajaan liberal pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“PAS tak selfish (pentingkan diri)…PAS mengenang jasa dan pengorbanan orang. Bersatu keluar PH membolehkan Bersatu bersama dengan Umno dan PAS ambil alih kerajaan.

“Dengan ambil alih kerajaan itulah negara dapat diselamatkan daripada 22 bulan zaman gelap bagi Melayu Islam bawah kerajaan liberal dan cauvinist PH yang dikepalai DAP,” katanya kepada FMT.

Sanusi berkata, jika Bersatu mementingkan politik semata-mata, adalah lebih baik parti itu kekal dalam PH.

“Baik dia kekal dalam PH jadi kerajaan, lebih banyak mereka boleh buat untuk bunuh Umno dan PAS. (Tetapi) kerana mereka juga pentingkan Melayu dan Islam, mereka keluar PH dan bersama Umno dan PAS.
“Sebagai manusia waras, bukankah ini sikap yang patut dihargai?,” katanya.

Sanusi turut menempelak Khairuddin dengan menyifatkan segala pandangan bekas pemimpin PAS itu “sudah tidak relevan”, sambil menyifatkan “Khairuddin lebih Umno daripada sebahagian orang Umno”.

Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan, perladangan dan komoditi dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Feb lalu, sebulan selepas beliau digugurkan sebagai ahli jawatankuasa (AJK) pusat.
Kasaq sngt kot bahasa yg mb sanusi bg nie...
 
betul tn lau_kau, saya setuju ni
nampak sangat sanusi ni tak berkenan dengan khairuddin
dia marah sangat kot khairuddin sentuh tghh
Boleh marah tp pakai la bahasa beradab sikit....nk jd panglima pun tngk la kiri kanan sama
 
sanusi mmg terkenal cakap lepas kan

bayangkan dulu punya lah baik hubungan ukhuwwah, rapat bagai
once khairudin keluar pas dan kriitk TGHH, terus kena attack mcm takde apa apa hubungan dengan khairuddin

klu mb terengganu ok lagi komennya
 
Back
Top
Log in Register