BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kevin Rudd digelar 'Kevin Rude'

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
SYDNEY 3 April - Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd hari ini digelar sebagai "Kevin Rude" oleh pembangkang hari ini selepas terdedah laporan mengenai tindakan beliau memarahi seorang pramugari sehingga wanita itu menangis setelah pramugari itu tersilap menyajikan hidangan makanan dalam penerbangan.

Khabar angin yang tersebar luas berhubung insiden itu yang menyifatkan Rudd sebagai seorang yang panas baran, cuba menyembunyikan insiden itu apabila ia dibangkitkan pada satu sidang akhbar semalam ketika beliau menghadiri Sidang Kemuncak G20, di London.

"Biar saya ingat kembali... rasanya saya telah berbincang dengan salah seorang daripada pramugari yang terlibat dalam penyediaan makanan.

"Ia tidak memakan masa yang panjang dan sekiranya ada sesiapa tersinggung dengan perkara itu, termasuk pramugari terbabit, saya minta maaf," kata Rudd.

Rudd berkata, beliau telah memohon maaf kepada pramugari itu pada masa kejadian.

Akhbar Australia's Daily Telegraph hari ini melaporkan, kejadian itu berlaku ketika penerbangan Tentera Udara Diraja Australia dari Papua, New Guinea ke negara itu. - AP

P/S: Silap hidang pon nak marah? Macam budak2 la ko ni!!!
 
hek eleh...

pasal makanan pun bole hangin ker....
 
tk profesional... sbb tk dapat kawal marah..

baik tk yah jadi PM...
 
hmmm tat was rude innit? ya, he's rude...
 
klu kt tmpt kita mst pmimpin tu mati2 nafikn...
lps tu kta plak e2 taktik kotor pmbangkng nk cmarkn imej 'baik' dia
 
dia marah sebab pramugari tu tak letak belacan... macam cerita P.Ramlee Seniman Bujang lapok... heh heh...
 
Back
Top
Log in Register