BTC USD 82,317.4 Gold USD 4,193.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keunikan Ahli Syurga

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Keunikan Ahli Syurga
Hadith:

DARI Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.

"Para sahabat bertanya:"Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."

Riwayat Muslim
 
nikmat nya kat dalam syurga.
'wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu
namun tak pula aku sanggup ke neraka mu'
 
aku pernah dengar ceramah yg mengatakan kalau gugur kuku ahli syurga ke dunia ini nescaya pudarlah matahari kerana tak terlawan cahaya yg keluar dari kuku ahli syurga tersebut
 
aku pernah dengar ceramah yg mengatakan kalau gugur kuku ahli syurga ke dunia ini nescaya pudarlah matahari kerana tak terlawan cahaya yg keluar dari kuku ahli syurga tersebut

Itulah Islam .... Malangnya pengiat Islam hanya tahu memomokkan keburukan... Bukan keindahannya .....
 
Saya ada terbaca tapi tak ingat dimana,sebab Adam dan Hawa diturunkan ke bumi.Setelah termakan buah (Khuldi),masing2 rasa sakit perut.Jadinya syurga adalah tempat yang bersih,kerana oleh itu Adam dan Hawa dihantar ke dunia untuk membuang kekotoran.Tidak pasti samada ianya satu kisah atau dari hadis.

Tapi ada benarnya juga,dalam syurga mana ada benda2 kotor.Segalanya yang ada hanyalah nikmat dan kesedapan yang tidak tercerita dek akal.
 
Di syurga juga terdapat sebuah telaga yg dipanggil Telaga Kautsar.Diriwayatkan bahawa airnya putih lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu serta lebih sejuk daripada embun. jika seseorang itu minum pasti tidak akan haus selam-lamanya. :):)
 
Back
Top
Log in Register