BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketibaan Trump Di Malaysia Disambut Meriah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
cb6f8d9d7e05902f3d6538b9fe92432168fd9f4067050

c48ec8fbb3b5f189e8c1d781218bf64668fda0195a11e

2b92ba31bcc6bd47951cc341e86ca1df68fda18ae6662

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tiba di Malaysia hari ini bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, dalam suasana ceria apabila disambut mesra oleh Perdana Menteri Datuk Seri dan sekumpulan penari tradisional Melayu yang berwarna-warni.

Pagi Ahad yang cerah dipenuhi senyuman apabila ratusan tetamu, menyambut pemimpin Amerika itu, mewujudkan suasana positif menjelang perbincangan penting di sidang kemuncak.

Trump menggembirakan hadirin dengan menyertai para penari sambil menonjolkan gaya tariannya yang terkenal.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang memulakan lawatannya ke Malaysia hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan kelihatan ceria apabila turut menari bersama kumpulan persembahan yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebaik sahaja keluar dari pesawat Air Force One, Trump tersenyum sambil melambai kepada para pegawai dan delegasi yang berada di lapangan terbang sebelum disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diiringi alunan zapin dan rentak gendang pemimpin Amerika itu kelihatan tertawan dengan sambutan yang diberikan.

Trump turut menari seketika sekali gus menceriakan suasana sambutan sempena lawatan pertama dan bersejarah Presiden itu ke Malaysia.

Beliau kemudian mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Amerika Syarikat yang dipinjamnya daripada kumpulan penari, mencetuskan momentum positif sebelum meneruskan agenda di sidang kemuncak itu.

Presiden AS berkenaan tiba pada 9.54 pagi dengan pesawat Air Force One yang sebelum itu diiringi pesawat pejuang FA-18 Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Trump bersama Anwar kemudian menuju ke kenderaan rasmi Presiden AS yang dikenali sebagai “The Beast”.

Kereta itu dibawa khas dari AS untuk kegunaan Trump sepanjang lawatan beliau di negara ini.

 
Back
Top
Log in Register