BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketamin dalam bingkai gambar

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
ALOR STAR: Tindakan seorang lelaki warga India mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan 7.5 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM135,000 dalam 14 bingkai gambar gagal apabila dia ditahan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kedah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, dekat sini, Isnin lalu.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan ketika melalui pusat pemeriksaan kastam di lapangan terbang berkenaan kira-kira jam 3 petang selepas transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New Delhi, India.

Penolong Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan), Datuk Md Hassim Pardi, berkata lelaki terbabit yang dipercayai anggota sindiket penyeludupan dadah antarabangsa menjadikan lapangan terbang domestik negara ini sebagai pintu masuk bagi mengelak pemeriksaan ketat di KLIA.

“Ini antara taktik terbaru sindiket dadah yang menjadikan lapangan terbang domestik sebagai pintu masuk penyeludupan dadah ke negara ini kerana menyangka pemeriksaannya tidak begitu ketat.







“Kami turut mengesan taktik sama di beberapa lapangan terbang lain seperti Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Langkawi,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika ditahan, lelaki terbabit didapati menyembunyikan kira-kira 500 gram ketamin dalam setiap 14 keping bingkai gambar yang diletakkan dalam sebuah beg pakaian.

“Serbuk kristal putih dipercayai ketamin itu dimasukkan ke dalam plastik kecil sebelum disorok dalam bingkai gambar bersaiz 38.5 sentimeter (sm) panjang dan 29.5sm lebar itu.

“Ini juga antara taktik terbaru sindiket penyeludupan dadah kerana sebelum ini mereka sering menyembunyikan dadah terutama jenis ketamin dalam alat pemanas air dan serbuk kunyit,” katanya.

Md Hassim berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan pertama kali memasuki negara ini.

“Setakat ini kami masih menyiasat destinasi sebenar suspek dan ke mana dadah berkenaan akan dibawa,” katanya.

Suspek direman sehingga hari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
 
ni lagi kes sepandai pandai

tupai melompat.......
 
Back
Top
Log in Register