BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketagih makan lilin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SESETENGAH orang mempunyai tabiat menggigit kuku yang dianggap tidak sihat kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Tetapi, kembar berumur 50 tahun dari Bradford, England ini mempunyai ketagihan pelik akibat masalah gangguan makanan atau Pica yang menyebabkan mereka cenderung memakan bahan tertentu.

Adele mendakwa dia gemar memakan lilin sejak berumur lapan tahun dan ia langsung tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatannya.

Kembarnya, Anita memberitahu dia mengalami Pica ketika hamil kira-kira 24 tahun lalu.

"Saya mula mengidam objek yang berbau seperti tiket bas lama dan akhirnya menemui bau sama pada buku terpakai. Rasanya juga lebih enak seperti memakan bar coklat," katanya.

Ahli psikologi, Marcia Karp memaklumkan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang ketagih untuk mengambil 'makanan' pelik sepanjang hidup mereka.

"Sebagai contoh, Pica mungkin dialami sesetengah wanita hamil dan kadang-kadang disebabkan oleh defisit mineral," jelasnya kepada DailyMail.
 
pelik2 tabiat manusia ni..
ada yg suka mkn bulu anjing,
ada yg suka mkn rambut..
ni mkn lilin pulok...
haishhh
 
kesian... nasib aku ketagih makan Mee Sedap jer...
 
untung ni kalau bawak tgk wayang takyah belikan popcorn segala. bawakkan lilin je sebatang, kunyah dendiam dlm gelap. :))
 
rasa ada kenyal2 licin2 tu yg syok kot
 
Buah epal washington pun ada salut lilin bg berkilat

Selamba je org mkn
 
Back
Top
Log in Register