BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketagih makan kucing

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Andernach (Jerman): Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan.

“Apa salahnya makan kucing,” kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan.

Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu.

Seorang jurucakap polis berkata: “Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.”


pix_gal1

Foto
DAGING kucing dimasak di sebuah restoran di Vietnam.


Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini.

“Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,” katanya.

Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui ‘masakan Vietnam.’

“Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,” katanya.- Agensi



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ketagihmakankucing/Article/index_html
 
Jgn kata kucing... anjing pun diorg mkn... kalo tmpt yg ada org vietnam mesti kucing dan anjing dh pupus
 
Di malaysia geng2 vietcong ni pun makan anjen ngan kucen penduduk .. pihak berkuasa sepatutnya tak bawa masuk golongan pemakan pet ni
 
dahla ko makan kucing, ko makan pulak kucing orang bela....mstilah marah..nak hairan mendanya
 
Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.”

geng vietnam je yg makan kucin padahal..tp satu asia kena.what the betulla!!

patutla european pandang org asia ni low class,sbb ada spesis2 mnusia tak bertamadun mcm ni..
 
dahla ko makan kucing, ko makan pulak kucing orang bela....mstilah marah..nak hairan mendanya

patotnye ternak la sendiri klo nak makan
 
biawak pon dibedalnyer...masuk kampung ligan biawak..
 
Back
Top
Log in Register