BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keta aku kena pecah

apsal kau tak amik insuran cermin dulu? Aku pula siang tadi masa pi cuci keta baru aku perasan cermin depan aku banyak bintik2 kesan kena pasir...dah plan nak ketuk sendiri kasi pecah lepas tu claim insuran sebab kalau tak silap aku claim cermin tak effect NCB insuran...sapa pakar insuran leh confirmkan tak...

:-? :-? :-?

Yang insurans tu windscreen je. Cermin cepan. Memang takde effect kat NCD (No Claim Discount) kalau claim windscreen pecah.
 
sian kat ko ...

aku penah kena, keta kat porch umah lagi ... sakit ati tgk sekeping cermin retak seribu dia letak atas sit ... :(


p/s: lama tak pegi pasar malam uda

Sama la aku, time masuk keta, terkejut tengok cermin kat atas seat penumpang.
 
sabr jer la bro.. nanti allah ganti ngan keta baru terus..
 
Salam semua,

Semalam hari paling suwey dalam hidup aku. Tuhan nak uji aku rasanya. Tujuan aku bukak thread ni nak share story/pengalaman aku semalam. At least orang lain boleh rujuk thread ni kalau kena benda yang sama.

Dekat setahun dah aku duk Bandar Baru Uda, semalam la first time aku gi pasar malam kat Jalan Bali. Park keta area orang lain parking sama, tepi jalan, cerah (ada lampu jalan), orang pun lalu lalang nak gi pasar malam.

Lepas je membeli belah :D aku kembali ke keta aku, alangkah terkejut tengok cermin passenger depan kena pecah. Yang hilang hanya beg pakaian tunang aku, dia letak bawah seat. Alhamdulillah, DVD Player, dll tak hilang. Ni mesti keje mat drug, cilaka punya manusia, memang aku sumpah tak tenang sampai bila2.

Itu baru 50% daripada masalah aku. 50% lagi masalah, sebab nak kena tukar cermin. Keta aku Naza Citra, xleh nak tido semalaman duk fikir berapa la aku kena charge nanti untuk pasang cermin baru.

Pagi ni, aku call Pusat Servis Naza Kia JB, Pusat Servis Naza Kia Selayang dan authorized service center di Kelantan. Semua sekali tak tau berapa kos aku kena charge, semua janji nak call balik. Hampeh. Maybe semua tengah terkejut Tan Sri Nasimuddin meninggal dunia semalam (Al-Fatihah).

Aku bantai je call kebanyakan nombor authorized service center kat buku servis, semua jawapan yang sama, "Kami akan call balik".

Last2 ada satu pusat servis yang bagus. Yong Ming Auto Services, Jalan Abdullah Tahir, JB. Service Advisor dia nama William. Terus dia boleh bgtau harga cermin termasuk ko pasang.

Cermin local, around rm200. Cermin original rm490 termasuk kos pasang. So, aku cakap la nak pasang yang local. Sampai je kat Yong Ming tu, William tu cakap yang local takde, ada yang ori je. Kebetulan time aku drive nak gi kedai tu, pusat servis lain call bgtau kos, semua hanya yang ori. Cost RM546.30. Kecuali Sri Baru Fast Automobil, Kota Bharu je mahal sikit, RM586.30.

So, aku fikir2 takpela, at least kat Yong Ming RM490 je. Sambil2 tu kepala dah pening, duit ada rm300 je. :D Last2 aku teringat iklan Citibank. Hehehe. Kebetulan aku ada Citibank Shell gold card, aku call la customer service, mintak increase temporary credit limit, RM500 je aku mintak. Dekat 10 minit tunggu pengesahan, minah tu cakap Isnin je boleh approve. Aku pun bgtau kensel la kalau Isnin, aku nak guna hari ni.

5 minit lepas tu, Citibank call lagi, bgtau dah approve dah increase credit limit aku. Yeay! lega betul. Skang semua masalah dah settle.

Harap2 semua kat sini berhati2 kalau park keta, kalau boleh keta biar kosong. Malaun2 ni takleh nampak beg/plastik nanti dia pecah keta kalau ada peluang.

Wassalam

WSLM, maaflah yer aku tak nampak semua masalah ko selesai, yg aku perasan ko dah over limit credit card.... ini problem besar ni......... apsal tak bubuh plastik jer sebulan dua............. ala besa ler kalau org tny ckp jer part belom sampai, kalau ada yg suggest kat situ/sini ada, jwb jer tak biasa service kat situ.....takut kena ngap:D
 
Yang insurans tu windscreen je. Cermin cepan. Memang takde effect kat NCD (No Claim Discount) kalau claim windscreen pecah.

ye ker...ini berita baguz...hari isnin aku nak confirm balik dgn insuran company...kalau tak effect kat NCD aku nak teruskan niat aku tu

sapa nak lepas geram boleh joint aku pecahkan cermin keta aku

:eek: :eek: :eek:
 
Actually, aku lega sebab tak banyak yang hilang. Kalau keta hilang? Lagi haru. Huhuhuhu

Inilah ujian dari Allah. Harap2 rezeki aku lepas2 ni berkat hendaknya. Akaun kat IBFX pun dah no swap dah. :D

dah no swap ye bro...ari dengar2 dalam cadangan:-?
 
aku dah claim windsrcreen,, mmg tak effect ncb,, mana2 yg tak amik insuren baik amik, rm15 setiap 100
 
ye ker...ini berita baguz...hari isnin aku nak confirm balik dgn insuran company...kalau tak effect kat NCD aku nak teruskan niat aku tu

sapa nak lepas geram boleh joint aku pecahkan cermin keta aku

:eek: :eek: :eek:

aku kalau joint ko nanti aku takut bukan cermin depan saja...dengan cermin belakang sekali aku pecahkan...hehe sebab tengah geram....:eek: :eek: :D
 
Ada beli insurans cermin tak bro?
 
Back
Top
Log in Register