BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KESUMA Perkukuh Intervensi Menyeluruh Tangani Kehilangan Pekerjaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
a46a83700c45ef729c12bd17c50fe4196715e989a8dab

--fotoBERNAMA (Fail/File)

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkukuh intervensi secara menyeluruh bagi menangani isu kehilangan pekerjaan dan memelihara kesejahteraan tenaga kerja negara.

Dalam kenyataan hari ini KESUMA memaklumkan, usaha itu dilaksanakan melalui program latihan semula kemahiran, serta peningkatan kemahiran berfokus kepada kemahiran masa hadapan seperti automasi, e-dagang dan teknologi digital melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta platform MyMahir di bawah TalentCorp.

Menurut KESUMA, kementerian itu turut mempergiat padanan pekerjaan melalui portal MYFutureJobs dan penganjuran karnival kerjaya bersasar, khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur, di samping melaksanakan intervensi awal bersama majikan berisiko bagi mengelakkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran.

"Pendekatan ini bagi memastikan peralihan pekerjaan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, seterusnya meminimumkan tempoh pengangguran dan memelihara kesejahteraan tenaga kerja negara," menurut kenyataan itu.

Menurut KESUMA, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung peningkatan kes kehilangan pekerjaan yang tertumpu di Selangor dan Kuala Lumpur bagi Mac 2026, dengan data semasa merekodkan  5,900 kes kehilangan pekerjaan di Malaysia pada Mac, iaitu penurunan sebanyak 21.3 peratus berbanding 7,500 kes pada bulan sebelumnya.

"Walaupun jumlah keseluruhan menunjukkan trend penurunan, tumpuan kes di Selangor dan Kuala Lumpur adalah sejajar dengan kedudukan kedua-dua negeri sebagai hab ekonomi utama negara yang mempunyai kepadatan tenaga kerja yang tinggi," menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, perkembangan pasaran buruh menunjukkan tanda positif dengan peningkatan peluang pekerjaan kepada kira-kira 107,000 kekosongan pada Mac, mencerminkan daya tahan ekonomi domestik yang berterusan.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap perlindungan keselamatan sosial pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terus komited memastikan kebajikan pekerja yang terjejas sentiasa terpelihara melalui pelaksanaan inisiatif di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Selain itu, KESUMA melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) melaksanakan langkah intervensi strategik bagi melindungi kebajikan pekerja yang berhadapan dengan penamatan perkhidmatan.

 
Back
Top
Log in Register