BTC USD 82,693.7 Gold USD 4,122.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesian kat manusia...

Aku pun alami situasi yg sama..ada sorang amoi kat tempat aku kerja..dia selalu tanya aku apa dia akan jadi lepas mati esok2..apa akan jadi kat dia..adakah dia akan masuk syurga..dia kristian...pastu aku terang sikit2 pasal Islam..aku cakap Tuhan tu satu je..takda anak..Jesus bukan anak Tuhan..jgn sembah Jesus..tapi sembah Tuhan yg satu iaitu Allah..selalu sembang2 dgn dia..dan dalam bulan 8 atau 9 baru ni dia dapat hidayah masuk Islam..alhamdulillah..aku rase masa tu sgt2 gembira dan bersyukur..x sangka pulak aku boleh dakwah orang bukan Islam..yg penting jangan putus asa untuk dakwah..terang sikit2 tapi berterusan

bro patut bimbing dia hingga ke jannah...:D:D
 
tuh fungsi kita.. bimbing mereka ke dlm islam... masalahnye... kite pun x cukup terbimbing... huhuhu
sebab tuh dulu ade persoalan...bagaimana nasib bg sesetengah golongan yg tempat dier islam x sampai... contoh owg asli atau golongan primitif yg dok pendalaman.. yg kawasan owg x jelajah... sbb islam x sampai kt dorg.. dorg lg kesian

insyallah diorang akan masuk syurga..sama juga mcm penduduk asli australia...mereka percaya 1 tuhan sebelum kedatangan mubalig kristian yg ajarkan triniti..kalau nak lebih lanjut boleh dapat info dari zakir naik..
 
Allah Maha Mengasihani

Perkara yg dibincangkan ini, serah sahaja kepada Allah Taala, Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Adil

Apa tindakan yg dituntut ke atas setiap muslim, dalam perkara ini?

Ajak mereka kepada Islam

Bagaimana cara terbaik?
 
Allah Maha Mengasihani

Perkara yg dibincangkan ini, serah sahaja kepada Allah Taala, Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Adil

Apa tindakan yg dituntut ke atas setiap muslim, dalam perkara ini?

Ajak mereka kepada Islam

Bagaimana cara terbaik?

Cara terbaik bagi saya ialah setiap orang Islam yang ada rasa kesedaran untuk menyebarkan Islam mesti berusaha untuk berdakwah mengikut cara dan kemampuan masing2...tak kira guna internet ke, dakwah secara terus depan2 ke atau secara ceramah, atau secara sembang2 santai atau lain2 cara yg dirasakan berkesan. Jangan putus asa untuk ajak mereka kepada Islam. Terangkan perkara yg basic dulu...kemudian baru yang lebih detail. Yang penting mesti berusaha untuk dakwah...baru hidayah tu mudah sampai. Hidayah memang milik Allah. Namun Allah tengok jugak macam mana usaha seseorang Islam tu untuk sampaikan dakwah kepada orang sekelilingnya..Sama jugak macam rezeki..rezeki pun milik Allah..Konsep hidayah ni lebih kurang macam rezeki jugak...contoh kalau kita duduk rumah je hari2 goyang kaki sambil harapkan rezeki datang...memang tak datang la rezeki tu..ada la sikit rezeki masuk melalui jiran2 yg simpati bagi makanan tengok kita tak kerja...tapi setakat tu je la rezeki bagi orang yg tak mau usaha..sama juga macam hidayah...kalau kita orang Islam tak sampaikan memang agak susah hidayah tu nak sampai. Saya teringat kata2 seorang pendakwah, kalau kita berjaya Islamkan seseorang yg bukan Islam, bukan bermakna kita Islamkan seorang saja, tapi macam kita telah Islamkan lebih 1000 orang...sebab orang yg masuk Islam tu insya Allah akan menyebabkan anak2 cucu serta seluruh keturunan dia sampai kiamat insya Allah akan menganut Islam juga.
 
Kadang bab nak kesian manusia

Kita tengok manusia camna kita nak kesian

Kalau dia buat jahat aniaya kita

Bagi kita celaka

Takkan kita nak kesian

Kene tengok orang camna kita nak kesian
 
Kadang bab nak kesian manusia

Kita tengok manusia camna kita nak kesian

Kalau dia buat jahat aniaya kita

Bagi kita celaka

Takkan kita nak kesian

Kene tengok orang camna kita nak kesian

Dalam hal ni terpulang pada diri masing2 nak buat macam mana..sebab sikap setiap orang tak sama...bila org buat salah kat kita, ada orang akan maafkan je salah orang tu..ada juga orang yg akan balas balik dan macam2 lagi...tapi dalam Islam ada diajar untuk kita memaafkan orang lain, tak berdendam dengan orang yg buat salah kat kita dan doakan yg terbaik untuk orang lain termasuk orang yg buat salah atau buat jahat pada kita...itulah yg sebaik2nya
 
Dalam hal ni terpulang pada diri masing2 nak buat macam mana..sebab sikap setiap orang tak sama...bila org buat salah kat kita, ada orang akan maafkan je salah orang tu..ada juga orang yg akan balas balik dan macam2 lagi...tapi dalam Islam ada diajar untuk kita memaafkan orang lain, tak berdendam dengan orang yg buat salah kat kita dan doakan yg terbaik untuk orang lain termasuk orang yg buat salah atau buat jahat pada kita...itulah yg sebaik2nya

yang memaafkan itu adalah lebih mulia dari yang di maafkan...
 
Back
Top
Log in Register