BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesan cap jari di kereta

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Kesan cap jari di kereta


KUALA LUMPUR: Kereta Proton Waja yang digunakan perompak dalam kejadian samun di sebuah kedai emas dalam pasar raya besar di Batu Caves, kelmarin, dijumpai ditinggalkan di Stesen Komuter Kepong pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata kereta terbabit ditemui kira-kira jam 5 petang kelmarin dan hasil siasatan mendapati ia adalah kenderaan curi bersabit kes kehilangan kereta di Bandar Sunway, dekat sini.


Menurutnya, kereta itu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu sebelum pemilik kenderaan terbabit yang menyedari keretanya hilang membuat laporan polis kira-kira jam 3 petang, kelmarin.

“Hasil pemeriksaan terhadap kereta terbabit, kita menemui kesan cap jari dan polis akan meneliti rakaman kamera litar tutup (CCTV) di stesen komuter terbabit untuk mengesan pergerakan suspek.


“Kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta membabitkan berlian dan emas namun siasatan lanjut sedang dijalankan. Senapang milik pengawal keselamatan kedai emas itu juga belum ditemui,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pertandingan akhir bola sepak Piala Ketua Polis Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), semalam.


Pada pertandingan itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya muncul Johan apabila berjaya membolosi gawang pasukan IPD Kajang dengan jaringan dua berbalas kosong.

Media semalam, melaporkan kedai emas dalam pasar raya besar di Batu Caves, dirompak empat lelaki bersenjatakan pistol dan melarikan pelbagai barang kemas mengakibatkan kerugian antara RM1 juta hingga RM2 juta, kira-kira jam 11.30 pagi.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kesancapjaridikereta/Article/index_html
 
Xpe.. Jgn rsau.. Indeks jenayah kecik je.. Ni hnya sbahagian je.. X sampai 10% je.. :mad:
 
"Pada pertandingan itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya muncul Johan apabila berjaya membolosi gawang pasukan IPD Kajang dengan jaringan dua berbalas kosong."

aik ape kena mngena ni?
 
"Pada pertandingan itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya muncul Johan apabila berjaya membolosi gawang pasukan IPD Kajang dengan jaringan dua berbalas kosong."

aik ape kena mngena ni?


hahaha...tergelak aku bace td...ttibe je psal bola...
nk tunjuk power kot...
cite porno x de ke...
 
dah dapat cap jari,
abeh la korang..
mana mau lari lagi..
 
hari msuk tv pasal jenayah, lg mau nafi jenayah kurg...adoi la kpn....
 
dah dapat cap jari,
abeh la korang..
mana mau lari lagi..

tak jugak.. parking kat public... dah tentu bnyk tangan yg dok pegang badan kete tu... tapi klau cap jari kat dlm kete berkunci sah2 kena laa... itupun klau rakyat mesia... klau bangla, indon, burma, vietnam, niggers seme... nak carik bukan senang lelagi jenis yg masuk ikut laluan haram...
 
xlama lagi kes selesai laa 2.. polis malaysia kan hebat :D
 
Back
Top
Log in Register