BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesal terima risalah nombor ramalan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
PEKAN - Penduduk kampung dekat sini tidak menyangka, kiriman pos yang disangka kad raya rupanya risalah nombor ramalan.

Menurut penerima risalah yang mahu dikenali sebagai Mohd, 36, pada mulanya dia menyangka surat tersebut adalah kad ucapan raya seperti yang biasa diterimanya sebelum ini kerana melihat sampul surat tersebut dicop dengan bayaran pos jelas.

"Apabila saya buka sampul surat yang dialamatkan kepada saya baru-baru ini, saya terkejut apabila melihat kandungan risalah yang diposkan kepada saya.

Ia mencemar dan boleh mengugat keimanan sebagai seorang umat Islam.

"Saya tak sangka risalah yang saya terima tersebut adalah risalah nombor ramalan yang kononnya ingin menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dan mahu mendapatkan pertolongan," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam risalah tersebut menyatakan dengan bantuan seorang yang dikenali sebagai tok guru, segala masalah dan kesulitan yang dialami seseorang akan dapat diselesaikan dengan memberikan petunjuk untuk mendapatkan nombor ramalan.

Ujarnya, sebagai seorang Islam dia amat sedih kerana wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan risalah sebegini semata-mata ingin mengaburi mata masyarakat terutamanya yang beragama Islam.

"Saya sendiri hairan bagaimana pihak bertanggungjawab mengedarkan risalah nombor ramalan ini boleh mendapatkan alamat yang lengkap untuk tujuan pos.

"Apa yang paling mengejutkan saya adalah risalah tersebut juga lengkap disertakan nombor telefon untuk dihubungi penerima risalah apabila ingin mendapatkan bantuan daripada tok guru wat tersebut,," katanya.

Lebih menyedihkan, dalam risalah tersebut dipaparkan juga mengenai penghargaan yang diucapkan seorang lelaki berbangsa Melayu dan beragama Islam yang melahirkan setinggi penghargaan kepada individu tersebut kerana telah mengubah nasibnya daripada seorang yang susah dan kini menjadi seorang yang agak berada setelah berjaya memenangi duit yang ditawarkan melalui hadiah nombor ekor tersebut.

"Sebagai umat islam, saya sedih kerana ada umat Islam yang terpengaruh dengan risalah ini dan lebih menyedihkan lagi hidup menggunakan duit haram dengan cara membeli nombor ramalan," katanya.

Seorang lagi penerima, Man, 32, berkata, dia sangat terkejut apabila membaca kandungan risalah tersebut dan sangat kecewa kerana ada orang Melayu terpengaruh dengan agenda risalah tersebut.

"Kenapalah pihak tidak bertanggungjawab ini sanggup menggunakan cara sebegini untuk mengaut keuntungan dan sewenangnya mengirim risalah ini kepada orang kampung," katanya.
 
berita sampah pun nk masuk

da laama benda ni
 
camne nk kontrol benda ni..xkn nk cek stiap sampul? ang dpt nombor tu pastu buang jela...yg ni nk kesal...yg org rompak rakyat x kesal?:eek::eek:
 
Pergi je ler contact tok guru tu. Mintak 4D jackpot. Modal RM 6. Sekali naik, mng RM 13 juta. Lepas tu dah tak kesal dah. Kahkahkah!
 
Back
Top
Log in Register