combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,196
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,196
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kes Ugutan Di Facebook, Aktivis Serah Diri Di IPD Port Dickson
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Seorang aktivis yang disyaki membuat ugutan jenayah menerusi Facebook menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson hari ini selepas dipercayai melarikan diri ke Thailand dari Mac lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dalam kenyataan berkata lelaki tempatan berusia 33 tahun itu hadir menyerah diri pada 12.45 tengah hari selepas berada di negara jiran selama lebih empat bulan.
“Polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 6.25 petang 10 Mac mendakwa diugut di laman sosial tersebut oleh suspek.
“Usaha dijalankan bagi mengesan suspek di Kajang, Selangor namun dia dipercayai melarikan diri ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam pada 9 Mac sebelum memasuki Malaysia melalui jalan tidak sah di sempadan Kelantan dan menyerah diri,” katanya.
Alzafny berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.